Tuesday, April 26, 2011

Tindakan drastik

Pernahkah anda terfikir hendak membuat sesuatu tetapi tertangguh - tangguh.?
Ya. banyak kali! selamat menjadi sahabat alam maya saya. hehehehehehe

Di bawah ini ialah Grammatophyllum Speciosum.
Gramma ini sakit semasa saya beli tapi tak perasan.Ada calitan seperti karat pada daunnya. Patut lah macam grandma aje , tak mahu bertukar wajah.Dari di beli dalam tahun 2008 hingga 2011, macam tu aje. Maka saya telah mengambil tindakan drastik baru2 ini dengan membuang semua yang patut di buang. Harap2 hidup la, kalau mati melayang lah ratusan ringgit.
Sebelum di pangkas.
setelah di pangkas

perlu di buang untuk mengelakkan jangkitan.

Monday, April 18, 2011

tempahan orkid




hari ini sibuk mengemaskinikan tempahan orkid dari peminat orkid 1Malaysia. motip guna satu malayasia????
Hah!! salah ke, i guna ?tapi i tak la gunakan duit tuttttt.............. untuk beri email untuk 1 rakyat malaysia. muahahahahaha

You all tau tak sekarang ada jualan kereta 1Malaysia?
mcmana tuh?
setiap keter yang hendak di jual perlu buat pemeriksaan Puspakom. Kiranya kena ada cap mohor Puspakom baru boleh jual. Kalau tak anda boleh di denda $25 000.00 atau tiga tahun penjara, atau kedua2nya sekali.....
Oh! bukan keter aje tau. motorsikal juga begitu.
Kiranya anda perlu keluarkan duit sebelum dapat duit.Hmmmmm........
alasan : agar pembeli tidak tertipu dengan menjual kereta curi atau rosak.hhmmmm......
adakah terjamin???
sedangkan kes bukan terpencil, pendatang perlu ada passport sebelum masuk 1Malaysia pun boleh ......... ahem...ahem...ahem....

Tapi ..............kan................
Jangan lah selalu bersangka negatif, silalah berfikiran positif....................
Bagaimana tu dong?........
Ya, kiranya saya di posisi pembeli, mesti lah saya gembira ..................
kerna, saya yakin kereta terpakai yang saya beli tip top kondisinya.............
Ya lah..... ada cap mohor Puspakom gitu...................
hik!hik!hik!hik...........
Phal Bellina Pink, Yang ini bentuk bunganya cantik dan wanginya hingga ia layu.Semasa saya beli harganya $30.
Nampak tak kesan terbakar itu?
Itu adalah disebabkan sinaran mentari terik.Agak2 kalau ada pemeriksaan mcm Puspakom tu boleh lepas tak?
Yang ini ialah Phal violacea var sumatra"USA". Juga berbau sangat wangi..........
rose lagi.....
dwi-warna, bila ia semaking kembang , warna akan berubah dari cream ke pink.
warna lemon.....
kepada yang bertanya, inilah rupa paras Queen of Sweden yang akak tut tempohari.

Sunday, April 17, 2011

Kucing

Anda peminat kucing?
Jika ya, silalah jaga kucing anda sebagaimana anda menjaga diri anda sendiri.
Kenapa?
Sebab, anda patut tahu yang jiran anda terfikir2 nak sepak kepala kucing ke atau kepala tuan kucing? hohohoho...... serius sih......

Semestilah, bukan kepala kucing sebab kucing tu haiwan, dia tak tau apa2. Lagipun, kucing adalah salah satu haiwan kesayangan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Jadi, faham2lah sendiri......

satu lagi, anda sebenarnya di sumpah seranah oleh jiran2 anda, kerana anda cuma tahu membelai2 aje kucing tu ( kononnya sayang sangat). yang lain2

makan - laukpauk untuk hidangan tengahari dan dinner jiran anda
air besar - di tepi pintu masuk rumah jiran anda, di lantai dapur jiran anda
air kecil - di langsir jiran anda, di tayar kereta jiran anda
tempat melepak - sofa jiran anda dan paling hot...... didalam pasu bunga jiran anda..........hua.........
toys - bra, panty, underwear jiran anda.

Kejadian - setiap hari tanpa henti, dari isnin hingga ahad . 7days and round the clock.
TIDAK PERCAYA?????
sebab anda bukan sahaja membela seekor dua tetapi saya rasa anda boleh buka zoo untuk kucing sahaja, pelbagai jenis, pelbagai jantina, pelbagai size dan pelbagai umur....

sakit hati......................hoccay...................
Di bawah ini adalah anak2 kucing yang mengunjungi rumah saya, tak kira hujan,panas, ribut, petir, saya ada di rumah , saya tiada ...................
laluan berpagar................
saya tetap tidak suka walaupun cuba memujuk rayu,
SILA JANGAN MASUK...........................

Aisyah tolong angkat dan hantar balik ke rumah tuannya....
anak i pakai sarung tangan pegang kitty hoccay.... geli katanya......
ok, line clear.....
boleh masuk sekarang......
ok, grill dah terbuka tu....
cepat sikit..........................
oho........ sudah basah kena simbah dengan air paip
pergi balik tukar baju!!!
Gambar ini saya jumpa masa nak upload gambar2 kucing tadi
amboi!amboi!amboi!....... patutla tak kasi ibu kamera tadi
ada cerita di sebalik gambar rupanya....
gambar2 ini di ambil semasa saya menghantar daily maid ke stesen komuter
Gembiranya...................
Malam kena ambil gas.......
asthma.........

harus la ku buang anak2 kucing ini bersama ibunya di pasar........

Friday, April 15, 2011

rose dan anda



Wanita biasanya akan menyukai rose....
2 sebab aje, cantik dan wangi.....
ada ke wanita tidak menyukai rose?
Mungkin ada, tetapi tidak la ramai , saya rasa....

rose lebih disukai wanita dari lelaki.
kenapa?
sebab rose cantik , tidak kacak
kalau kacak , mungkin lelaki suka...hehehehehhehe
eh! kalau kacak bukan wanita suka ke? muahahahhahaha

Pernahkah anda mendapat rose dari lelaki kesayangan anda?
Saya pernah ,itupun sekali aje. hantar kat office masa kerja dulu.
Office mate semua kagum, tetapi sebenarnya,.........
mereka kagum kepada coklat yang di hantar lebih kepada rose yang wangi itu. ahaks.....

sekarang , saya sudah tidak bekerja dan saya tidak mengharapkan Encik Suami menghantar rose ke rumah.
Kenapa?????....................
Sebab di rumah saya sudah ada rose yang wangi, besar, kecil , cantik, buruk, warna kuning, pink, putih, belang2 etc.......
Kalau terasa teringin letak di dalam rumah, cuma keluar dan potong sebanyak yang suka dan letak dalam rumah.......
save budget suami untuk bunga, dan wang itu boleh buat beli kasut baru ke, baju baru ke , bla...bla... bla.... hehehhe

Meh la kita cuci mata.....................

tak tahu nama floribunda ke? david austin ke?Tapi yang pastinya, susunan kelopak sangat cantik dan warna merah semestinya di gemari....


Purpla dari Thai, tersangat wangi dan warna berbeza dari biasa.
saya sangat minat warna ini........ sweet sangat
Dari pasu yang berbeza

Rakan2 seangkatan rose, ada bertanya macamana mahu membiakkan rose. Ada banyak cara sebenarnya, tetapi hari ini saya ingin menunjukkan cara tut. Saya pelajari dari tokeh yang menjual rose.....

Peralatan yang di perlukan.......
Pisau yang tajam,
sarung tangan
penggalak akar
plastik pembalut
tanah baja
Pilih pokok rose yang akan hendak di jadikan mangsa di tut. Tolong abaikan pemandangan yang menyakitkan mata di belakang tuh.hehehhehe
Pilih batang rose yang sudah matang dan keras,
Jika boleh pilih yang sebesar batang pensil ,
Buat kelaran merentasi batang tersebut seperti gambar di atas
Kelaran mestilah antara ruas
Buat satu lagi kelaran yang berjarak 2/3 cm dari yang atas tadi.

Kikis kulit batang tadi, lihat gambar di atas,
pastikan bahagian dalam batang ini tidak luka
Seeloknya guna belakang pisau.
Beginilah rupa bahagian yang telah di kikis tadi
siram bahagian kelaran tadi dengan air. sila abaikan sidaian di belakang tu ye.....
sapukan penggalak akar
masukan pembalut plastik
Pastikan plastik tersebut di ikat dibawah bahagian yang telah di kikis tadi
Ikat bahagian tersebut
Masukkan tanah baja tadi

Pastikan tanah tersebut menutupi kesemua bahagian yang telah di kikis tadi.
Ikat bahagian atas pembalut tadi, dan picit tanah tersebut agar ia rata menutupi bahagian yang terdedah tadi
Telah pun siap
Tulis tarikh anda mengetut (mcm bunyi kntut pulak, eiiiiiiwwww......)dahan ini dan nama orang yang menmbuat tempahan tersebut
telah pun siap .
Dan ambil PERHATIAN, sila jangan gatal tangan hendak membuka ikatan hanya hendak mengintai samada akar sudah keluar ke belum..........
Tunggu sekurang2nya 4 minggu hingga 8 minggu, dimana anda boleh nampak akar dari luar pembalut plastik tersebut ( jika anda tidak tahu ,pembalut plastik itu lutsinar, dan transparent ye....)
Yang di atas kepunyaan andak dari kuantan.
saya akan menulis entry untuk semaian cara lain dalam entry yang lain
da.....





Thursday, April 14, 2011

Kaya

"Kalau ibu kerja balik mesti kita kaya macam dulu......", kata anak perempuan ke dua saya.
" Ibu kita kaya ke?", tanya anak lelaki saya.
' Kita cukup sifat , ada kakitangan kita kaya la', jawab saya.
"ibu ni..........., adam cakap kaya tu.......banyak duit, keter besar, pergi holiday............"
' Kita boleh kaya gitu la, sebab kita cukup sifat dan ada semua anggota kat badan kita, so kita boleh lah bekerja dan berfikir bagaimana nak dapatkan semua tu......", jawab saya
"ooooooo...........", adam mengangguk kan kepala....

tak tahu la dia faham ke tidak.....
Saya rasa budak2 suka bertanya kan soalan ini. Masa saya kecik2 dulu, semasa emak saya sibuk menjahit baju di bawah cahaya pelita, di malam yang sunyi( wah! syahdunya bunyi....). Saya pernah bertanyakan emak saya , kenapa kita tak kaya. Jawapan emak saya adalah seperti yang saya beritahu Adam..

Kenapa kalau kaya aje mesti material tidak yang lain. Maksudnya kaya budi pekerti. Mulanya , saya hendak memberitahu Adam, kalau kita ada keter besar macam kawan adam tu ada Mercedes, tapi buli Adam , itu bukan kaya namanya. Tapi saya bimbang dia tak faham....


Merepek pula saya , marilah kita tengok kaum kerabat yang bukan saja mampu dimiliki oleh si kaya material tetapi juga kaya budi pekerti.....hehehehehehehe
Phal tetrapis var alba. Agar sukar untuk di cari sekarang ini.
Phal amboinensis var common, telah naik taraf dari rakyat marhaen ke kerabat....
Phal bastianii, untuk mendapatkan yang tidak berbunga adalah sukar apatah lagi untuk mendapatkan yang berbunga.

Phal speciosa, dari salah satu spike. Ada 4 spikes semuanya.
Ini juga dari pokok yang sama. Phal ini akan berlepas ke Utara untuk menemui tuan barunya yang kaya dengan kedua2 sifat yang saya ceritakan di atas tadi.
Yang ini ada satu petal yang berwarna putih.
ok la....rehat dulu...

Wednesday, April 13, 2011

keiki dan rumpun untuk di lepaskan - samb.

Selain daripada mempunyai kepandaian dalam bidang IT dan menjadi kuli di O***** *** ***, encik HB saya mempunyai kepandaian lain yang tidak di sangka2.

2 hari sebelum majlis gader2 di rumah saya, saya telah meminta tolong Encik HB meluaskan kawasan porch yang dipenuhi dengan barangan berkebun saya.Begini la perbualan pasangan suami isteri ini. hehehehehhehe

isteri, " bang....... boleh tak tolong kemaskan kat depan tu"
suami, 'depan mana'
isteri," ala...... depan tempat tina letak baja dan barangan berkebun tu"
maka encik HB pun keluar meninjau kawasan
porch yang di penuhi dengan berbagai2 barangan berkebun.

suami, ' yang ini tina nak lagi tak? yang itu? yang bawah pasu ni? yang macam kandang kambing ni?, yang hitam2 ni? yang bau busuk ni? bla...bla...bla....

isteri," ok, yang ini tina nak, yang itu nak, yang sana tak nak, yang kecik tu tak nak, yang besar tu nak, yang kat bawah pasu tak nak, bala...bla....bla......

Maka, encik HB pun dengan senang hati telah membantu saya mengemaskan ruang tersebut. tidak lama kemudain, setelah saya selesai membuat kerja - kerja rumah saya jenguk ke depan.
Eh! dah siap? dan encik HB telah naik ke atas menonton American Idol.

isteri, " cepatnya bang! terror la abang mengemas, dah bersih kat depan tu..........
abang guna magic wand ke?

Encik Hb hanya tersengih...
Saya tidak sangka encik HB mempunyai kepakaran silap mata yang saya tidak tahu. Semua yang saya tak mahu tengok sudah hilang dari pandangan mata......

3/4 hari yang lepas , masa saya hendak membaja pokok orkid saya. sebab sudah lama tidak berbaja dan meracun orkid2 tersebut, saya tidak jumpa di manakah barang2 tersebut. Hanya tadi berkesempatan bertanya encik HB.

isteri, "bang! kat mana abang letak baja orkid dgn racun yates tu."
suami," kat belakang la"
isteri," belakang mana? tadi tina cari tak jumpa?"
suami,' belakang la........., tempat orkid tina kat belakang tu........semua yang tina kata nak tu ........abang letak kat belakang"
isteri, " tina dah cari , tak jumpa pun........, yang lain semua ada.... tapi baja dengan racun orkid tak ada..........
suami, " yang tak ada tu, memang tak ada la........, yang tak nak tu semua abang dah buang......."

Hmmmmmmmmmmm........... memang encik suami terror la dalam silap mata ni.............
sah la.......baja yang hampir sama dengan harga phal gigantea flowering size tu dah kena buang la tu..........
Memang dah hilang dari pandangan mata, untuk selamanya...........

Ok la , meh kita sambung lagi , jualan keiki dan rumpun yang hendak di lepaskan.....


Dendrobium linguella - rege $10.

renathera phillipinensis - $10

keiki mimi palmer coklat - $5. sudah di borong oleh shida dan enie.

keiki vanda tesselata ( ada keiki di keiki )- $10. Ini adalah species ye, bukan cross dgn mimi palmer. ia adalah parent kepada mimi palmer dan baunya tersangat wangi. lebih wangi dari mimi palmer.

keiki vanda coerulea - $10

keiki phal borneensis - $10 yang atas, yang bawah $5

keiki phal carribean sunset x phal budi linohong - $5
vanda hybrid berwarna kuning , rajin berbunga dan wangi. harga $18.
keiki Phal purple martin var alba $8
dendro lamellatum, medium size. harga $8
vanda mimi palmer kuning, sama dengan kejariahnya, cuma belum berbunga lagi. $5. telah di book oleh shida.
vanda ustii - $10
keiki vanda mimi palmer blue....
dendro curly $8.bunga seperti di bawah.

keiki vanda luzonica kepunyaan ct .
Eh!!!!bukan untuk di jual, seronok berbuah sulong ....hehehehehe .....okra.....