Tuesday, March 16, 2010

Pah tua menjaga okid yang baru di beli

Vanda tricolor var suavis.
Percayakah anda vanda ini berharga $100?Maksudnya yang gambar di atas ini. Percayalah.....
Saya beli keiki yang sihat dan gebu berharga $35 setelah berhempas pulas menawar dari tokeh lelaki ini yang tak pandai senyum, panjangnya dalam satu kaki.Saya beli di negeri sembilan.
ok, cukup satu iklan aje. hehehehe
Hari ini sssaya hendak bercerita passssal okid yang baru di beli dan bagaimana hendak memelihara agak tetap gebussssssssss.....
ini berdasarkan pengalaman sahaja , jika sesuai saya beri hak cipta ini untuk digunakan......
wah!!!! adakah anda rasa loya.sila muntah.......ahaks

Ini ialah dendrobium semi alba(harap betul la ye, sebab masa saya beli tadak bunga dan tag).akarnya cuma 6 inci paling panjang, aunty kata boleh hidup, jangan lisau. ok la sebab dah hendak sangat sampai mimpi2 ngeri gitu, maka saya pun belilah.
Saya baringkan pokok ini dalam posisi menelentang, bukan meniarap atau kuak lentang atau mengiring.
Selepas seminggu, canenya masih hijau subur .akar2 barupun telah mula keluar.
Ini pula dendrobium pink, mempunyai akar yang sihat dan dilihat dari segi rupa paras dan kesihatan akar ini, pasti anda percaya ia boleh hidup dengan mudah.

tadaaa...........
Inilah rupanya, kurus kering dan tidak bermaya. Kesilapan yang saya buat ialah saya terus gantung dengan canenya menjuntai ke bawah.
Kenapa jadi begitu, sebabnya posisi ataupun kedudukan pokok mempengaruhi kesihatan dalaman pokok itu.betul ke? Saya agak aje. hahahhahahhahahahha
Tapi saya cuma hendak bercerita pengalaman saya .But , then seriously, I do believe that the plant is stress and we need to take xtra care . Ye, la kita sekalipun kalau tiba2 kita kena pindah duduk kat US nun setelah membesar di Malaysia, pasti kita perlukan kawan2 senegara dan se agama untuk memudahkan kita menyesuaikan diri. betul tak?
motif, pindah kat US bukan kat Sabah ke, Johor ke etc? Saja je nak bagi contoh international. hehehhehe

ok, dah citer pah tua ari nih.

tolumnia

Phal lamelligera
Dtps Phal Cassandra x doritis Pulcherrima.Cantikkan warna dia.
Dtps hybrid, di beli setahun yang lepas. slug sangat suka makan spikenya.
Pokoknya.

Monday, March 15, 2010

Dendrobium Pierardii


Dtps Red Summer( Phal cornu cervi x Doritis Pulcherrima). Cantik tak cik merah nih.
Ok tak ada kena mengena dengan entry ini.

Hari ini saya sengaja buat entry khas untuk encik dendro ini. Ini kerana saya sangat berminat dengan bunganya yang comel, kombinasi warna yang menarik dan wangi. saya jatuh cinta pandang pertama kepada dendro ini dengan hanya melihat gambar aje di nursery, walaupun saya tengok pokoknya( di nursery), rasa macam tak percaya sebab kurus kering dan kecil aje. Menurut info yang saya dapat dari lebai google, panjang canenya ialah 2 kaki dan boleh mencecah 3 kaki. Bunga dari pokok kepunyaan saya berwarna light pink petal/sepal, yellowish lip dan ada lorekan merah jambu terang di lipnya(tidak la seperti wanita memakai lipstick ye hehehheehhe).

Nama komersial dendro ini ialah Pierardii , sekali dengar mesti ingat dari Perancis . Ialah kan dekat2 nak bunyi Pierre gitu..
Nama kampung dia Aphyllum, sekarang baru boleh teka dari mana kan????
Dendrobium ini boleh didapati di India(Assam), China, Burma, Thailand juga Malaysia.Mungkin ada tempat lain kot sebab encik lebai kata banjaran himalaya juga.
Ia sangat sesuai di ikat di kayu ataupun fern bark.Juga boleh ditanam didalam bakul kecil atau pasu kecil.

Semasa saya sibuk mencari species ini, saya berjumpa dengan seorang pengumpul okid di Negeri Sembilan.Beliau ada menyimpan okid ini dan harganya ialah $15 untuk 3 urat( kecik gilos). Saya bertanyakan beza Pierardii dan Aphyllum dan beliau mengatakan hanya berbeza di lip sahaja. Pierardii yellowish dan Aphyllum white.Hmmm..... sebab Aphyllum saya( dari cik bungazaleha) belum berbunga, maka saya tidak boleh buat perbandingan.

Ok lah mari kita lihat dendro ini yang menginap di rumah okid saya.

Ini ialah bunga Pierardii dari pandangan belakang.Petalnya berwarna light pink, begitu juga sepalnya.Ini pula pandangan dari bawah, lihat ada lorekan di lip nya. Bunga ni dah lama kembang , so warna kekuningan lipnya /labellum sudah tidak berapa terang.


close up pandangan dari belakang.Gambar di atas ialah buds dari cane yang sama.Saya sangat berharap dapat mempunyai clump yang sebegini rupa.lihat sini
close up .
Semoga cane di bawah ini akan berbunga seperti salah satu cane dari gambar yang dinyatakan.

Ini pula keiki dari salah satu cane dari pot yang sama.


Inilah yang di jual di nursery dan yang ini berharga $26, Motif letak 26 hengget???? supaya bila peminat okid tawar dapatlah harga 25 hengget . heheheeheheheh

Oh! Hari ini baru saya tahu nama lain okid ini ialah Dendrobium Cuculatum(kuku la tum). nak jadi celebrety apa, asyik tukar nama aje.ahaks....

Thursday, March 11, 2010

cerita di hari ini.

Semasa saya mula-mula membuka blog ini, saya begitu teringin , malah berjanji akan menulis di dalam Bahasa Melayu yang lengkap dan betul seperti di dalam buku. Ini kerana anak-anak saya boleh belajar sesuatu dari blog saya. Masa berlalu, saya telah alpa dengan janji saya itu, maka bahasa rojak yang lebih santai dan mesra telah banyak di gunakan di dalam hampir kesemua 'posting saya'.Maka dengan itu, saya dengan perasaan teruja hendak menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya, silalah muntah darah sekarang pada hari ini .hehheheheheh

Pah tua hari ini, keiki yang tumbuh samada di tangan emaknya(spike) atau di kaki emaknya (clump), silalah jangan di ubah ( di potong dan di pasukan) sehingga ia betul2 matang atau cukup besar. Ini kerana , keiki yang tinggal berhampiran dgn ibunya lebih cepat membesar berbanding yang di bela berasingan. Macam lah juga anak manusia. Jika ia tinggal bersama ibu nya lebih cepat membesar sebagai johan berbanding yang dijaga maid. alamak!!!!jangan terasa ye, sebab saya pun salah seorang dari mereka ahaks.

Ini ialah keiki phal borneensis,lihatlah daunnya yang hijau dan akarnya yang gebu itu.
ini pula keiki gotton sunray,rasanya baru sebulan dua, tapi kalau masuk kategori baby sihat, pasti menang. muahaaahahahaha

Ok, cukup dulu citer pah tua.Untuk mencuci mata yang hampir terlelap itu tooth pick pun tidak mamapu untuk menahannya apatah lagi secawan kopi., marilah kita melihat koleksi terbaru saya.

vanda tesselata 'alba', pokok yang comel dan bunga yang mungil, pasti menawan sesiapa saja yang memandang.Menurut kata empunya bunga, ia adalah sejenis species, bila di tanya kenapa terlalu comel lote. species memang gitu cik tina. Disebabkan dah terpikat, maka saya pun membelinya lah. Saya ada membeli 2 xtra, yang saya'' reserve'', untuk kawan di selatan tanah air. Harganya adalah mampu milik bagi golongan gila okid.
Ini pula oncidium species katanya. saya tidak ingat nama penuhnya, tetapi semasa saya mula2 melihatnya di Ipoh, saya telah jatuh cinta pandang pertama tetapi ia tergolong dalam golongan bangsawan yang tinggal di rumah agam, maka saya cuma boleh bermimpi kan mereka sahaja.Tapi kini ia telah sudi berpindah ke teratak saya yang serba sederhana ini.

Begitu lah cerita saya hari ini. Hingga ke temu lagi.

Wednesday, March 10, 2010

Pah tua hari ini

ari ni cik tina nak beri pah tua kepada pembaca blog ini yang pernah bertanya.Juga kepada yang tidak pernah bertanya.hehehehe

pah tua ini berdasarkan kepada pengalaman yang setahun jagung nih dan juga ada yang di baca dari mana2 article yang di google. ahkak tidak ada izazah ye. so kalau pembaca rasa ia bersesuaian dengan selera okid dan juga selera pembaca boleh la diguna pakai pah tua ini.

Ramai yang mengatakan jenis vanda serta suku sakatnya suka akarnya lepas bebas gitu. Berdasarkan pengalaman akak , akak yakin mereka suka . Kenapa mereka suka?
sila baca posting akak berkenaan aerial roots dahulu.


lihatlah pinchtawit spot ini, akarnya telah terkeluar dari pot.
more interesting, dia tak dak medium. tapi dia berbunga dengan meriahnya.

Bukan saja vanda tetapi jenis lain seperti dendro.Btw, ini ialah clump dendro anosmum alba . Bunganya seperti posting semalam.
Juga phalaenopsis species
Begitu juga phalaenopsis hybrid
Phal ini di ikat kepada kayu seawal di keluarkan dari compot.
Itu sahja pah tua ari ni. esok2 kalau rajin ahkak up date lagi.

happy gardening

Tuesday, March 9, 2010

tertinggal la pulak

Oooooppppppssssssss

sorry! terlupa nak update gambar2 yang telah dijanjikan secara offline kepada pembaca blog ini.


phal rofino,muda remaja lagi
phal equestries

phal equestries

phal hybrid, bunga tahan lama dan warna bertukar bila malar.

pokoknya.
seedling bellina alba
cornu cervi alba
phal hybrid ini sebesar duit 50 sen tersangat comel sebab bunganya rapat2 dan banyak.

phal hybrid ini meriah berbunga, kepada yang ingin memilikinya sila lah cepqt yea.

ini pokoknya, harga tidak termasuk accessori ye.
phal ini besar bunganya dan berwarna purple serta tepinya putih.
pokonya, harga tidak termasuk accessori.

Monday, March 8, 2010

citer dari garden cik tina

apa citer nya tu cik tina oiiii.....
ala citer okid la. La ni rose meriah ,( manggapun tompang sekaki berbunga) tapi walaupun cantik dan murah berbanding okid, tetap juga okid di hati.
tak tahu la apa la yang di jampi dik penunggu okid nih.Oooopppssss tahyul.... kena sensor.hehehhe

Hah! ni cik tina..... alang2 dah bersembang ni , nak la tanya cik tina apa petua cik tina nak kasi okid ni meriah berbunga.

ala......... saya ni baru dalam dunia okid nih, tak pandai la nak kasi2 pah tua.nanti kalau lebih2 bercakap kang, ada pulak orang bercakap2. Macam ada sorang nih mengata saya cik tipah ooiiiiii....

Apa yang dia kata cik tina?

Ni ha dia dok kata' kalau tak pandai , usah la nak bercerita pasal okid'.Saya tak tahu pulak kita kena perlu bijak pandai kalau nak bercerita pasal okid ni cik tipah. Saya ni tak ada la sijil ke, izazah( sila pronouns mcm citer bujang lapuk tuh)ka , saya cuma ada pah tua aja dari opah saya.
Dia mungkin ada Phd kot.


Apa Phd tu cik tina? saya biasa la dengaq izazah, Phd tak besa. Perasaan Hasad Dengki ka.

Ahaks.......

bukan la cik tipah oiii.... cari lah dalam kamus maksudnya.

amboi3x, panjang nya sembang. dah ! meh kita dengar pasal okid pulak.


Gambar ini di ambil hasil pengaruh dari citer avatar. tak tengok lagi 3D avatar tu. oh! btw, ada sesiapa tahu beza avatar dengan matrix? Sila ambil perhatian ini bukan sejenis okid ya. hheheheheh

dendro anosmum alba. saya rasa macam nak let go yang ini. kalau ada sesiapa berminat sila beritahu , nanti saya beri full image.
dendro pierarrdii

kesayangan saya sebab comel dan wangi. mudah angkat ubah.
kuntuman peirarrdii yang perlukan lebih dari 2 minggu untuk kembang kot.
another cane of pirarrdii from another pot yang ada buds keluar dari nodes nya.
Phal david lim
abang david yang saya sayangi.

remaja bellina alba yang di beli seangkatan dengan shah dan shida. Kepada parents yang mempunyai anak seangkatan dengan anak saya ini , sila la citer sikit.

Equestries kepunyaan anggerik, setelah habis berbunga, saya telah repot okid ini dan kini telah mengeluarkan keiki. rasanya dah kena ubah keiki nih.kesian dia tersepit sempit kat situ.
Phal modesta, juga telah habis musim bunga.
Phal courelea, belum berbunga lagi tapi seronok tengok daunnya yang menghijau dan panjang itu.
oncidium ini di dalam previous posting tak jelas, ini lah rupa parasnya. kuning yang terang danbersih.
agaknya ini musim dendro anosmum berbunga, yang ini belum kembang.bunga seperti di bawah yang telah kembang meriah.



Saya juga nak let go phal bellina pink ini. Pokok yang sihat dan bunga yang cantik. sesiapa berminat sila beritahu, siapa cepat ye.
penang girl


doritis

ok la cik tina ni nak tido kejap cik tipah. lain kali kita gossip lagi ye.