Dtps Red Summer( Phal cornu cervi x Doritis Pulcherrima). Cantik tak cik merah nih.
Ok tak ada kena mengena dengan entry ini.
Hari ini saya sengaja buat entry khas untuk encik dendro ini. Ini kerana saya sangat berminat dengan bunganya yang comel, kombinasi warna yang menarik dan wangi. saya jatuh cinta pandang pertama kepada dendro ini dengan hanya melihat gambar aje di nursery, walaupun saya tengok pokoknya( di nursery), rasa macam tak percaya sebab kurus kering dan kecil aje. Menurut info yang saya dapat dari lebai google, panjang canenya ialah 2 kaki dan boleh mencecah 3 kaki. Bunga dari pokok kepunyaan saya berwarna light pink petal/sepal, yellowish lip dan ada lorekan merah jambu terang di lipnya(tidak la seperti wanita memakai lipstick ye hehehheehhe).
Nama komersial dendro ini ialah Pierardii , sekali dengar mesti ingat dari Perancis . Ialah kan dekat2 nak bunyi Pierre gitu..
Nama kampung dia Aphyllum, sekarang baru boleh teka dari mana kan????
Dendrobium ini boleh didapati di India(Assam), China, Burma, Thailand juga Malaysia.Mungkin ada tempat lain kot sebab encik lebai kata banjaran himalaya juga.
Ia sangat sesuai di ikat di kayu ataupun fern bark.Juga boleh ditanam didalam bakul kecil atau pasu kecil.
Semasa saya sibuk mencari species ini, saya berjumpa dengan seorang pengumpul okid di Negeri Sembilan.Beliau ada menyimpan okid ini dan harganya ialah $15 untuk 3 urat( kecik gilos). Saya bertanyakan beza Pierardii dan Aphyllum dan beliau mengatakan hanya berbeza di lip sahaja. Pierardii yellowish dan Aphyllum white.Hmmm..... sebab Aphyllum saya( dari cik bungazaleha) belum berbunga, maka saya tidak boleh buat perbandingan.
Ok lah mari kita lihat dendro ini yang menginap di rumah okid saya.
Ini ialah bunga Pierardii dari pandangan belakang.Petalnya berwarna light pink, begitu juga sepalnya.Ini pula pandangan dari bawah, lihat ada lorekan di lip nya. Bunga ni dah lama kembang , so warna kekuningan lipnya /labellum sudah tidak berapa terang.
close up pandangan dari belakang.Gambar di atas ialah buds dari cane yang sama.Saya sangat berharap dapat mempunyai clump yang sebegini rupa.lihat sini
close up .
Semoga cane di bawah ini akan berbunga seperti salah satu cane dari gambar yang dinyatakan.
Ini pula keiki dari salah satu cane dari pot yang sama.
Inilah yang di jual di nursery dan yang ini berharga $26, Motif letak 26 hengget???? supaya bila peminat okid tawar dapatlah harga 25 hengget . heheheeheheheh
Oh! Hari ini baru saya tahu nama lain okid ini ialah Dendrobium Cuculatum(kuku la tum).
pjg nyerrr....
ReplyDelete