ala citer okid la. La ni rose meriah ,( manggapun tompang sekaki berbunga) tapi walaupun cantik dan murah berbanding okid, tetap juga okid di hati.
Hah! ni cik tina..... alang2 dah bersembang ni , nak la tanya cik tina apa petua cik tina nak kasi okid ni meriah berbunga.
ala......... saya ni baru dalam dunia okid nih, tak pandai la nak kasi2 pah tua.nanti kalau lebih2 bercakap kang, ada pulak orang bercakap2. Macam ada sorang nih mengata saya cik tipah ooiiiiii....
Apa yang dia kata cik tina?
Ni ha dia dok kata' kalau tak pandai , usah la nak bercerita pasal okid'.Saya tak tahu pulak kita kena perlu bijak pandai kalau nak bercerita pasal okid ni cik tipah. Saya ni tak ada la sijil ke, izazah( sila pronouns mcm citer bujang lapuk tuh)ka , saya cuma ada pah tua aja dari opah saya.
Dia mungkin ada Phd kot.
Apa Phd tu cik tina? saya biasa la dengaq izazah, Phd tak besa. Perasaan Hasad Dengki ka.
Ahaks.......
bukan la cik tipah oiii.... cari lah dalam kamus maksudnya.
amboi3x, panjang nya sembang. dah ! meh kita dengar pasal okid pulak.
Gambar ini di ambil hasil pengaruh dari citer avatar. tak tengok lagi 3D avatar tu. oh! btw, ada sesiapa tahu beza avatar dengan matrix? Sila ambil perhatian ini bukan sejenis okid ya. hheheheheh
dendro anosmum alba. saya rasa macam nak let go yang ini. kalau ada sesiapa berminat sila beritahu , nanti saya beri full image.
dendro pierarrdii
kesayangan saya sebab comel dan wangi. mudah angkat ubah.
kuntuman peirarrdii yang perlukan lebih dari 2 minggu untuk kembang kot.
another cane of pirarrdii from another pot yang ada buds keluar dari nodes nya.
Phal david lim
abang david yang saya sayangi.
remaja bellina alba yang di beli seangkatan dengan shah dan shida. Kepada parents yang mempunyai anak seangkatan dengan anak saya ini , sila la citer sikit.
Equestries kepunyaan anggerik, setelah habis berbunga, saya telah repot okid ini dan kini telah mengeluarkan keiki. rasanya dah kena ubah keiki nih.kesian dia tersepit sempit kat situ.
Phal modesta, juga telah habis musim bunga.
Phal courelea, belum berbunga lagi tapi seronok tengok daunnya yang menghijau dan panjang itu.
oncidium ini di dalam previous posting tak jelas, ini lah rupa parasnya. kuning yang terang danbersih.
agaknya ini musim dendro anosmum berbunga, yang ini belum kembang.bunga seperti di bawah yang telah kembang meriah.
Saya juga nak let go phal bellina pink ini. Pokok yang sihat dan bunga yang cantik. sesiapa berminat sila beritahu, siapa cepat ye.
penang girl
doritis
ok la cik tina ni nak tido kejap cik tipah. lain kali kita gossip lagi ye.
Ada lagi ke org berperangai Phd mcm tu..huh....tak koser.
ReplyDeleteakak, ingat ye yg saya berkenan tu, sumatrana hutan kalau ada lagik.....