Thursday, March 11, 2010

cerita di hari ini.

Semasa saya mula-mula membuka blog ini, saya begitu teringin , malah berjanji akan menulis di dalam Bahasa Melayu yang lengkap dan betul seperti di dalam buku. Ini kerana anak-anak saya boleh belajar sesuatu dari blog saya. Masa berlalu, saya telah alpa dengan janji saya itu, maka bahasa rojak yang lebih santai dan mesra telah banyak di gunakan di dalam hampir kesemua 'posting saya'.Maka dengan itu, saya dengan perasaan teruja hendak menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya, silalah muntah darah sekarang pada hari ini .hehheheheheh

Pah tua hari ini, keiki yang tumbuh samada di tangan emaknya(spike) atau di kaki emaknya (clump), silalah jangan di ubah ( di potong dan di pasukan) sehingga ia betul2 matang atau cukup besar. Ini kerana , keiki yang tinggal berhampiran dgn ibunya lebih cepat membesar berbanding yang di bela berasingan. Macam lah juga anak manusia. Jika ia tinggal bersama ibu nya lebih cepat membesar sebagai johan berbanding yang dijaga maid. alamak!!!!jangan terasa ye, sebab saya pun salah seorang dari mereka ahaks.

Ini ialah keiki phal borneensis,lihatlah daunnya yang hijau dan akarnya yang gebu itu.
ini pula keiki gotton sunray,rasanya baru sebulan dua, tapi kalau masuk kategori baby sihat, pasti menang. muahaaahahahaha

Ok, cukup dulu citer pah tua.Untuk mencuci mata yang hampir terlelap itu tooth pick pun tidak mamapu untuk menahannya apatah lagi secawan kopi., marilah kita melihat koleksi terbaru saya.

vanda tesselata 'alba', pokok yang comel dan bunga yang mungil, pasti menawan sesiapa saja yang memandang.Menurut kata empunya bunga, ia adalah sejenis species, bila di tanya kenapa terlalu comel lote. species memang gitu cik tina. Disebabkan dah terpikat, maka saya pun membelinya lah. Saya ada membeli 2 xtra, yang saya'' reserve'', untuk kawan di selatan tanah air. Harganya adalah mampu milik bagi golongan gila okid.
Ini pula oncidium species katanya. saya tidak ingat nama penuhnya, tetapi semasa saya mula2 melihatnya di Ipoh, saya telah jatuh cinta pandang pertama tetapi ia tergolong dalam golongan bangsawan yang tinggal di rumah agam, maka saya cuma boleh bermimpi kan mereka sahaja.Tapi kini ia telah sudi berpindah ke teratak saya yang serba sederhana ini.

Begitu lah cerita saya hari ini. Hingga ke temu lagi.

2 comments:

  1. Mcm mana agaknya rupa bunga keiki tu yer??

    Cantiknya 'baby baru' tuuuu...

    ReplyDelete
  2. Hi Cath J,
    Terima kasih singgah di blog saya.Bunga keiki selalunya sama dengan mother plant, kalau lainpun mungkin sedikit sahaja.

    ReplyDelete