Saturday, July 18, 2009

merisik khabar

Dah lama tak dengar khabar berita dari mya.apa khabar adinda ku itu, sudah berapa bulan kah dia atau sudah melahirkan kah?

Begitu juga dengan kekanda zana, sudah sembuhkah dari sakit belakang nya kerana terjatuh di nursery tempoh hari.

saya berharap kedua2 mereka berada dalam lindungan Allah dan semoga gembira selalu.amin...

Saya ada menerima SMS dari Kak Ani, HBnya tidak sihat. Saya berharap Kak Ani tabah dengan dugaan ini, mungkin abang perlu banyak rehat.Saya dan suami teringin hendak melawat Kak ani di rumah , tapi bimbang Kak Ani sibuk ataupun tiada di rumah kerana melawat anak atau menantu serta cucu di Taiping.

apa-apapun, saya berdoa agar Kak Ani sekeluarga sihat dan tabah.amin...

Juga kepada semua pembaca blog saya, semoga anda semua juga sihat dan gembira selalu.amin....

Kepada Rozie, anak mu ini sedang meriah berbunga. Akan pulang hari isnin nih, sila lah lihat email yea.
Ini pula, anak ct yang jauh diperantauan. Juga sedang meriah berbunga.
Harap yang bersarung satu lagi ini juga akan mengeluarkan bunga yang meriah.

ok la, sampai di sini dulu hari ini.

Wednesday, July 15, 2009

DD=SS part 2

Hi ,
Apa khabar peminat2 blog saya? Mesti semua sihat minyak afiat dan riang gembira. kan?kan?kan?
Sebenarnya banyak citer nak citer kat pembaca semua tapi disebabkan tak sesuai kat sini, sebab tiada sangkutan dengan okid. saya rasa saya akan tulis kat blog satu lagi lah.........
Blog mana pulak nih???????
Ala...........
yang satu lagi la........

meh! kita tengok apa yang ada dalam part 2 nih...

Ini ialah dendro strebloceras, bunganya tahan lama. Kalau tak silap saya melebihi sebulan.
Keiki ni mula2 spike keluar cenonit aje, sekarang dah besar panjang. Harga $18.
Ini ialah Phal gigantea, membela phal jenis ini memerlukan kesabaran tahap langit ke7. hehehehehe
Kenapa pulak? sebabnya ia adalah very.......slow.............. grower
Daun yang panjang dalam 61/2 inci
Daun yang pendek dalam 31/2 inci. Daun paling panjang dah gugur.

Untuk tatapan aidy dan juga pembaca blog lain yang berminat dengan seedling phal gigantea x phal bellina, di atas ialah size sekarang setelah beberapa bulan keluar dari flask.

Hanya 5 pots ini sahaja ,saya hendak jual. setiap satu berharga $5.Perbandingan dengan phal hybrid yang seusia. Kiranya phal yang ada genetik gigantea ni, awet muda sikit. hehehehehehe


Ini dendro binoculare.Colour hijau yang agak pekat , maka lorekan merah lebih terserlah.

Gambar ini separuh dari clumpnya.
closer shoot utk clumpnya.close-up tag dari nursery pulak. tapi kepada sesiapa yang berkenan boleh sms atau email untuk harganya ye,boleh runding harga. siapa cepat ye sebab saya cuma ada satu saja untuk di lepaskan.
Farmeri pink
cattleya noid, warna akan berubah apabila telah lama kembang.
clump kecil ada lebih kuang 10 bulb kot dan 3 buds baru nak kembang harga$18
Clump yang besar dan bunga baru kembang 2kuntum, $25.
.
Ini ialah bulbo phalaenopsis, pandangan depan
Pandangan belakang dengan sekuntum bunga yang belum kembang.
Ada 3 helai daun dan daunnya memang berwarna pink gitu.
Daun yang paling panjang mencecah 23". Hanya akan di jual jika menerima tawaran yang bersesuaian dari pembaca blog okid saya ini.

Penat la mengarang citer kat blog kan. hehehehehe
stop dulu la, akan ada ke part 3???

tungggguuuuuuuuuuu

Tuesday, July 14, 2009

DD = SS

apa maksud kat atas tuh, budak2 ekonomi kalau tak tahu kena piat telinga lah.hehehehehehehe
Saya mendapat pertanyaan dari ramai pembaca blog ini, adakah okid yang saya hendak jual(ss)? kerana mereka mahu membeli(DD).
Saya kurang sihat dan juga kurang vitamin R, maka banyak pertanyaan yang tertangguh.Maka untuk siri pertama ini yang juga akan di ikuti sekuel berikutnya.Ewah! macam citer transfomer pulak ada sekuel2 gitu.
Tapi kan........... , nak citer la sikit siri tu. Rasanya part 2 ni , scene dia terlalu kusut tak cantik mcam part 1, nampak lebh teratur. Mungkin banyak sangat robot yang hendak di ketengahkan, so dgn masa yang terhad, kebanyakan robot2 tu cuba dikeluarkan dalam satu2 masa.Maka nampak kelam kabut sikit dan susah untuk kita identify autobot dan juga decepticon.
Hmm...... pada kita mungkin tiada apa tetapi kepada dia orang itu promosi, ye la nak jual toys nya pulak kan.................
Adam tengah giat memujuk ayahnya untuk membeli otimus prime, kalau tak silap $400 kot. Hmmmm..... kalau beli okid tuh, byk boleh dapat.........................
anak2 saya selalu cakap , ibu ni asyik okid2 aje.apa nak buat dah terkena racun okid.........hehehehehe

ok, iklan tamat.

Ok , mari tengok penawaran kali ini. tapikan saya sedang menunggu sekuel shrek,best gila citer tuh.rasanya paling kelakar di abad ini

Buat cik CT yang jauh di perantauan, ini ialah clump dendro gutton sunray.Ada dalam belasan juga canenya.

Photo besar sikit untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.Inilah bunganya.
Rhy coelestis, untuk di jual. Baru lepas berbunga.
Keiki baru naik.

Photo penuh

Ini pula dendro thailand yang saya selalu ceritakan. Sedang meriah berbunga.

Close-up bunganya.Ini pula clumpnya, ada 2 keikis yang sangat gemuks. dan juga 3 cane yang matang.


Primary hybrid ini tersangat wangi dan bunga tahan lama.
Photo penuh pokoknya . ia baru habis berbunga . Harganya $35.

Ini ialah Brassa David Sanders. Bunganya besar tidak seperti kebiasaan.
Ini gambar keseluruhan, ada satu sedang mengeluarkan sarung.Harga $25.
Ini pula catacetum NOID, tak sure bunga warna apa, mungkin merah atau kuning kehijauan. Harga $25.Ada 2 psebulb matang yang ready untuk berbunga.
spike doritis pulcherimma
ada 2 pokok matang dan 2 spikes yang ready hendak berbunga. satu lagi spike baru keluar.Harga $20.

Gambar ini di ambil dari rumah se orang pegawai kanan kerajaan yang sangat menggilai okid. okid di atas ialah renanthera apa tah.
Ini pula cymbidiam encifolium kot.
Saya lupa nak snap clumpnya yang tersangat la besar bagak.
Ini gambar di nursery, mokara kot.
Ini juga gambar di nursery, saya suka susunan bunganya yang tersangat rapat dan warna yang cerah gitu.
eh! dah habis dah!!!!!
ok, part 2 bakal muncul. heheheheheh

Monday, July 13, 2009

rasa mcm dah lama tak up date blog

adakah pembaca blog saya rasa dah lama saya tak up-date blog. atau saya aje yang merasakan sedemikian rupa.

ok lah, mari kita lihat apa yang ada untuk santapan mata hari ini.

doritis. saya namakannya doritis orange-white -purple, sebab tak tahu idnya.
Yang di bawah ini juga, saya namakan doritis light pink
Ini pula phal cornu cervi
Yang ini borneensis kot, dari paradox.
dendro biloculare yang banyak mencetuskan kontroversi di forum. saya masih menamakannya biloculare sebab tiada satupun yang dapat memberi saya jawapan yang menyakinkan tentang id okid ini.

Phal yellow noid. tersangat mudah berbunga dan di jaga. hanya yang ini terdedah lebih kurang 80% kepada cahaya matahari.
ency. tampensis. yang ini green+ white.sudah lama tidak berbunga kerana saya memecahkan clumpnya masa ia sedang mahu berbunga. mungkin merajuk agaknya. saya ada jumpa tokeh nt nursery masa agrofest di sg sipot bulan lepas, dia nak jual ency. tapi alba dan harganyasaya boleh dapat 2 pots ency. di bawah ini.
Di bawah ini pula vanda dari indonesia menurut kata tokehnya. masa saya beli, okid ini di ambil dari pokok , jadi saya terpaksa mengikatnya di batang kayu.pokoknya besar gedabak bersesuain lah dengan harganya. Sekarang ia berbunga kembali, maka harum la pond saya didepan rumah.


Rasanya ini bunga bulbo phalaenopsis, tak tahu la jadi ke tidak sebab selalu tak bersiram pokok nih. dah tu pulak asyik lupa aje nak repot. tak tahu la nasib nya.
phal equestries ?
doritis lagi
bulbo dearie saya yang layu sebelum sempat kembang. tak tahu la apa masalahnya, ini kali ketiga jadi macam tuh. kena menuntut ilmu dari sifu paradox nih.
Ini pula mimi palmer yang tergantung tinggi, so tak dapat nak focus gambar bunganya.memang rajin berbunga la mimi palmer nih. Sekarang ni, hybrid yang berwarna perang baru keluar spike.
ishhh.... balik2 doritis, yang ini yang baru di hantar kepada kejariah untuk shida and the geng.
arachnis ni kepunyaan kejariah dan dah selamat sampai kepada tuan punya.
phal violacea sumatra, juga mudah berbunga.
kepunyaan bonda saya.
phal bellina ni sangat rajin berbunga, yang lama baru gugur yang baru tak sempat2 nak kembang. ada 2/3 buds yang menunggu untuk kembang. Maka Kembang juga hati saya.
saya sayang doritis ini sebab susah nak dapat. Tidak macam doritis lain, sudah setahun lebih saya menjaganya baru satu aje keiki yang naik. Rasanya ia mementingkan kualiti berbanding kuantiti, sebabnya yang keiki itu pun dah besar panjang dan mengeluarkan bunga. Kalau register SIRIM ni, sah2 boleh lulus surveillance test dengan sekali tengok aje. heheheheheheheeh
kepunyaan bonda saya juga, merah menyala.
close -up bunganya.
Baja yang saya gunakan , sesiapa nak beli sila angkat tangan sms saya.
eh! macamana boleh ada buah cili ni pulak. tersilap kategori nih. ahaks
ini ialah aerides hybrid tak tahu odorata dengan apa, tapi bunganya berbau wangi. sesiapa berminat sila beritahu saya yea. $20 aje.

ok la . bye.....