Dah lama tak dengar khabar berita dari mya.apa khabar adinda ku itu, sudah berapa bulan kah dia atau sudah melahirkan kah?
Begitu juga dengan kekanda zana, sudah sembuhkah dari sakit belakang nya kerana terjatuh di nursery tempoh hari.
saya berharap kedua2 mereka berada dalam lindungan Allah dan semoga gembira selalu.amin...
Saya ada menerima SMS dari Kak Ani, HBnya tidak sihat. Saya berharap Kak Ani tabah dengan dugaan ini, mungkin abang perlu banyak rehat.Saya dan suami teringin hendak melawat Kak ani di rumah , tapi bimbang Kak Ani sibuk ataupun tiada di rumah kerana melawat anak atau menantu serta cucu di Taiping.
apa-apapun, saya berdoa agar Kak Ani sekeluarga sihat dan tabah.amin...
Juga kepada semua pembaca blog saya, semoga anda semua juga sihat dan gembira selalu.amin....
Kepada Rozie, anak mu ini sedang meriah berbunga. Akan pulang hari isnin nih, sila lah lihat email yea.
Ini pula, anak ct yang jauh diperantauan. Juga sedang meriah berbunga.
Harap yang bersarung satu lagi ini juga akan mengeluarkan bunga yang meriah.
ok la, sampai di sini dulu hari ini.
Terharu sangat bila tahu ada orang ingat pada kita. Terima kasih tina. Memang rindu sangat nak berjalan2 ke nurseri macam dulu tapi keadaan tidak mengizinkan sangat. Dua2 tak berapa sihat.
ReplyDelete