ok lah, mari kita lihat apa yang ada untuk santapan mata hari ini.
doritis. saya namakannya doritis orange-white -purple, sebab tak tahu idnya.
Yang di bawah ini juga, saya namakan doritis light pink
Ini pula phal cornu cervi
Yang ini borneensis kot, dari paradox.
dendro biloculare yang banyak mencetuskan kontroversi di forum. saya masih menamakannya biloculare sebab tiada satupun yang dapat memberi saya jawapan yang menyakinkan tentang id okid ini.
Phal yellow noid. tersangat mudah berbunga dan di jaga. hanya yang ini terdedah lebih kurang 80% kepada cahaya matahari.
ency. tampensis. yang ini green+ white.sudah lama tidak berbunga kerana saya memecahkan clumpnya masa ia sedang mahu berbunga. mungkin merajuk agaknya. saya ada jumpa tokeh nt nursery masa agrofest di sg sipot bulan lepas, dia nak jual ency. tapi alba dan harganyasaya boleh dapat 2 pots ency. di bawah ini.
Di bawah ini pula vanda dari indonesia menurut kata tokehnya. masa saya beli, okid ini di ambil dari pokok , jadi saya terpaksa mengikatnya di batang kayu.pokoknya besar gedabak bersesuain lah dengan harganya. Sekarang ia berbunga kembali, maka harum la pond saya didepan rumah.
Rasanya ini bunga bulbo phalaenopsis, tak tahu la jadi ke tidak sebab selalu tak bersiram pokok nih. dah tu pulak asyik lupa aje nak repot. tak tahu la nasib nya.
phal equestries ?
doritis lagi
bulbo dearie saya yang layu sebelum sempat kembang. tak tahu la apa masalahnya, ini kali ketiga jadi macam tuh. kena menuntut ilmu dari sifu paradox nih.
Ini pula mimi palmer yang tergantung tinggi, so tak dapat nak focus gambar bunganya.memang rajin berbunga la mimi palmer nih. Sekarang ni, hybrid yang berwarna perang baru keluar spike.
ishhh.... balik2 doritis, yang ini yang baru di hantar kepada kejariah untuk shida and the geng.
arachnis ni kepunyaan kejariah dan dah selamat sampai kepada tuan punya.
phal violacea sumatra, juga mudah berbunga.
kepunyaan bonda saya.
phal bellina ni sangat rajin berbunga, yang lama baru gugur yang baru tak sempat2 nak kembang. ada 2/3 buds yang menunggu untuk kembang. Maka Kembang juga hati saya.
saya sayang doritis ini sebab susah nak dapat. Tidak macam doritis lain, sudah setahun lebih saya menjaganya baru satu aje keiki yang naik. Rasanya ia mementingkan kualiti berbanding kuantiti, sebabnya yang keiki itu pun dah besar panjang dan mengeluarkan bunga. Kalau register SIRIM ni, sah2 boleh lulus surveillance test dengan sekali tengok aje. heheheheheheheeh
kepunyaan bonda saya juga, merah menyala.
close -up bunganya.
Baja yang saya gunakan , sesiapa nak beli sila
eh! macamana boleh ada buah cili ni pulak. tersilap kategori nih. ahaks
ini ialah aerides hybrid tak tahu odorata dengan apa, tapi bunganya berbau wangi. sesiapa berminat sila beritahu saya yea. $20 aje.
ok la . bye.....
salam kak.bulbo phal tu cun tak pokoknya?nak jual x? :)
ReplyDeletesalam aidy,
ReplyDeletenanti akak post gambar penuhnya. Kalau akak nak jual tak ahu la kalau2 ada orang sudi membelinya.
Harga kat tag $150, nanti akak tunggu harga tawaran dari awak. hehehehee