Wednesday, December 1, 2010

seedling

Anak teruna saya sudah hampir sembuh dari berkhatan. Dia begitu lega sebab dah boleh pakai underwear dan jeans.Saya masih ingat on the way balik dari klinik selepas berkhatan, dia menangis, sakit katanya. saya pun memujuk dia tapi lagi kuat dia menangis.Dia ada bercakap sesuatu dalam sendu sedannya.Saya mendengar dengan teliti

Adam,'hmhmhmhmhm, sakit....sakit ...ibu...
Adam, ' ibu..... sakit....sakit....!@$%%&*((
saya , " apa dia , apa adam cakap, ibu tak dengar..
Adam, '!@##%$%^%^^&& huh...huh...huh...
Saya , ' Adam cakap la elok2, jangan la menangis, ibu tak faham'
Adam,' Bird Adam sakit, ni mcamana Adam nak pakai under wear nih!!!!
Saya dan Hb, 'Huh! ha!ha!ha!ha!.....
Saya,' Adam............ doktor kata 3 hari aje , tapi sebab adam lain sikit mungkin seminggu kot'
Adam, ' Oh! ye ke! ok.

Begitu lah seedling saya yang seorang tuh. Setiap kali dia nak buka baju, dia akan berkata kepada adiknya Julia
Adam," Julia, pusing belakang, abang nak buka baju, jangan pandang aurat abang tau!"
Julia pun ikut aje arahan abangnya. Tapi lepas Si adam ni mandi di bilik air saya, selamba aje dia berbogel ke biliknya. Hmmmmm..... bukan semua aurat dia terdedah ke? aduhai........anak ku....

cukup la tu, meh la kita tgk seedling orchid pulak.
Kepada yang ada membeli seedling samada dari saya atau dari sesiapa sahaja, silalah lihat cara2 menggantung, meletak dan tempat di mana seedling ini patut berada.
Kepada yang hendak meletak dalam clear pot, sila pastikan ia di gantung seperti di atas.Di atas ialah seedling phal bellina alba.
Juga boleh di letakkan seperti gambar dia ata. sebelah kiri seedling phal violacea , diikuti phal gigantea 2 pots dan hujung tu lupa.
Jika hendak di ikat di kayu. boleh diikat seperti di atas atau terbalikkan pokok tersebut. saya buat seperti di atas dan tidak terbalik, risau pokok tu pening atau gayat. hehehhe
di atas ialah seedling phal amabilis.
Kepada yang membeli seedling pha gigantea, sila gantung kan seperti di atas. saya ada meletak dawai penyangkut dan pastikan dawai tersebut tidak di ubah, ini untuk memastikan pokok tersebut senget untuk mengelakkan air bertakung di pucuknya dan celah2 kelopak daun. adalah perlu diingatkan daun phal gigantea tersusun rapat, jadi sangat mudah untuk air bertakung.
Kaedah ini elok juga di buat untuk phal jenis lain, gambar dia atas ialah seedling phal tetrapis x phal pantherina dan phal cornu cervi.

Kesemua seedling saya tidak kena hujan, ini untuk mengelakkan crown rot dan juga fungus. Di siram sekali atau 2 kali sehari bergantung kepada keadaan.
Gambar di atas tiada mengena dengan tajuk, saja nak letak si comel ini iaitu hybrid phal bellina ke violacea tak ingat. bau harum dan kaler sweet.
Ini pula phal amabilis var sabah. sabar menunggu spike nya keluar .

No comments:

Post a Comment