Thursday, December 2, 2010

menjaga dan merawat seedling





Kak! dah bertahun saya bela seedling nih, tapi masih cenonit lagi. Kalau nak tunggu berbunga mungkin saya dah bertongkat kot.saya tambah sendiri. hehehehhe

kak seedling hari tu , pucuknya lembik,tak tahu la kenapa.
tak beberapa hari, kak! dah arwah dah seedling tuh.

Berdasarkan intro di atas, mesti murid2 dah tahu apa subjeck kita hari ini kan?Kan?kan?
Kita mulakan dengan menjaga seedling.

Tempat :

Sila letakkan seedling anda di tempat yang terang dan adalah lebih baik terkena cahaya matahari yang tidak begitu terik. Yang di maksudkan tidak begitu terik seperti datr pukul 8 pagi hingga 11 pagi . Kebanyakkan seedling saya terletak di bawah teduhan dan jika terkena sinaran cahaya matahari hingga pukul 10 pagi sahaja.
Kenapa saya letakkan di tempat yang mempunyai teduhan? Ini kerana untuk memudahkan pengawalan siraman dan juga pembajaan.

Baja :
Membaja adalah perlu seminggu sekali.Untuk seedling sila gunakan baja pokok seminggu sekali dan baja bunga sebulan sekali. Eh! awatnya nak guna baja bunga, bukan baja bunga untuk pokok matang ka?Bagus saoalan itu. Eh! pujian untuk diri sendiri. hehehehehe. Ok. untuk jawapan itu, saya dapat ilmu tersebut daripada Dr. Noraini dari Hexagon semasa saya pergi training bersama mod shida dahulu. Dia berkata, tujuannya adalah untuk kesuburan akar.Apa perlunya akar ini subur? Ini kerana dalam proses membuat makanan atau lebih dikenali sebagai fotosintesis, akar adalah element penting untuk mendapatkan air dan nutrients.Biasakah anda mendengar pokok yang sihat adalah akar yang sihat? atau akar sihat pokok sihat? hah.... itulah sebabnya.

Sekadar berkongsi, baja apakah yang saya gunakan untuk seedling.
Baja pokok. untuk medium size seedling letak 1/2 sahaja dan untuk seedling yang kecil 1/3 sahaja.
Yang ini juga baja pokok. campurkan 1 sudu makan dgn 1 liter air dan spray keseluruhan pokok.
Baja bunga juga begini cuma warna aje berbeza iaitu kaler pink.



Siraman:
siraman bergantung kepada media apa yang anda gunakan dan di manakah anda merumahkan seedling orkid anda ini.
- media :
Jika anda menggunakan moss sepenuhnya , silalah jangan disiram air 2 kali sehari, lemas pokok tuh. Moss adalah bersifat menyerap air dan menyimpannya. Siraman yang berlebihan ( walaupun biasa kepada media lain spt arang atau diikat pada kayu) adalah mudharat kepada seedling tersebut. air yang berlebihan akan menyebabkan media sentiasa basah (bukan lembap ye) dan menarik untuk kehidupan seperti fungus dan bakteria. Ini akan menyebabkan busuk akar , lembik daun dan air yang bertakung di pucuk akan menyebabkan crown rot.
Jika anda menggunakan serpihan arang dan batu, siraman yang kerap diperlukan . Begitu juga jika anda mengikat seedling anda samada di kayu atau fern slab.

- lokasi orkid
Jika seedling tersebut di letakkan di kawasan terbuka yang terdedah kepada hujan. Maka , pengawalan siraman di perlukan semasa musim hujan seperti sekarang. sebab? seperti yang telah dinyatakan di atas.

Pengudaraan:

Orkid anda perlukan tempat yang selesa untuk hidup. Seperti kita mereka memerlukan ruang yang selesa untuk membolehkan mereka bernafas. Janganlah letakakan orkid anda berlapis2 atau bertindih2 di antara satu sama lain.Nanti mereka berebut2 untuk mendapat CO2, persaingan ini akan mneyebabkan yang lemah tidak mampu untuk meneruskan kehidupan.

Jika anda perhatikan dengan teliti, semua yang saya sebutkan di atas adalah berkaitan dengan element penting dalam pembentukan makanan atau pun lebih dikenali sebagai fotosintesis.
Meh! kita tengok video nih.
maaf ye, slang bahasanya. saya rasa sebab saya selalu tengok citer "outsourced" kot.hahahahahahha
http://www.youtube.com/watch?v=1gLa5EWn9OI
credit to Appu Series.

Jika anda perhatikan , didalam proses ini O2 akan di bebaskan ke udara.
Jadi, untuk mendapatkan udara segar dan awet muda, silalah luangkan banyak masa anda bersama tumbuh-tumbuhan hijau. atau anda yang peminat orkid, kena tambah masa dan koleksi la lagi nampak gayanya. hehehehehehe


apakah faktor yang mempengaruhi proses fotosintesis ini?
Info ini saya dapat dari sini.

Saya pastekan di bawah untuk kemudahan anda.
Laju fotosintesis dipengaruhi oleh beberapa faktor :

1. Konsentrasi (kadar) Karbon Dioksida

Laju/ kecepatan proses fotosintesis sangat dipengaruhi oleh konsentrasi karbon dioksida di udara. Pada saat cahaya matahari sangat terik, tumbuhan akan menutup sebagian besar stomatanya untuk mengurangi transpirasi. Dalam keadaan ini, laju fotosintesis akan menurun karena hanya sedikit CO2 yang dapat memasuki daun. Apapila konsentrasi CO2 ditingkatkan perlahan-lahan, maka laju fotosintesis akan meningkat pada tingkat tertentu.

2. Intensitas cahaya

Intensitas cahaya matahari sangat mempengaruhi laju fotosintesis. Pada batas-batas tertentu, semakin tinggi intensitas cahaya maka semakin banyak energi cahaya yang diserap oleh klorofil, sehingga laju fotosintesis meningkat. Tetapi apabila intensitas cahaya terlalu tinggi, fotosintesis akan menurun dan bahkan berhenti.

3. Suhu

Mempengaruhi enzim untuk fotosintesis. Jika suhu naik 10′c, kerja enzim meningkat 2xlipat. Tetapi jika suhu terlalu tinggi, maka enzim akan rusak sehingga proses fotosintesis akan terhenti.

Kesemua yang disebutkan didalam faktor yang mempengaruhi proses fotosintesis ini; adlah menerangkan dengan lebih terperinci tentang apa yang telah saya ceritakan di dlaam perenggan cara2 menjaga seedling.i.e. tempat,siraman, baja dan juga pengudaraan.
jika anda ingin menambahkan ilmu lagi anda boleh mencarinya di internet. Di sini juga ada diceritakan dgn lebih mendalam.

Merawat orkid
Orkid perlu di spray dgn racun sebulan sekali. saya menggunakan jenama seperti di bawah.
Untuk penyakit lainnya saya gunakan samada Thiram ataupun Bennex.

2 comments:

  1. good info and tips..kak tetrapis akak aritu dah kuar seed pod..mcm mana nak buat..kot2 saya nak semai..tengok boleh jadik ke x?thank u

    ReplyDelete
  2. TQ waliz.
    tahniah , pandai awak dapatkan seedpodnya. Kalau nak hantar ke nursery, tunggu hingga seedpod tu masak , dah masak petik balut dgn kertas tisu dan masuk ke dalam plastik. nanti boleh hantar nursery buat flasking.
    kalau tak nak, biarkan dia pecah sendiri, pastikan media tempat benih2 tu jatuh ke atas moss yang lembap, atau ke atas fern slab yang ada moss hidup . Insya-allah , diizinkannya, akan tumbuh la anak2 phal nanti.

    ReplyDelete