Tuesday, August 25, 2009

ramadhan al mubarak

sebenarnya posting ni saya nak post awal tapi ada rasa kemalasan, maka ia tertangguh dan hari ini baru nak post.

Kepada semua pembaca blog ini, selamat menyambut ramadhan al mubarak.semoga ramadhan di tahun ini membawa keberkatan kepada anda semua.
Jika hari Jumaat ialah penghulu hari , maka bulan ramdhan ialah penghulu bulan. Rebut lah peluang setahun sekali ini untuk memperbaiki diri dan menambah rezeki untuk akhirat dan juga dunia.

Hari ini sudah 6 hari kita berpuasa. Puasa tak hari ini? hehehehehehe
apakah yang telah kita dapat pada hari ke enam kita berpuasa? Pinggang bertambah 6 inci ( sebab hampir satu pasar ramadhan kita hangkut balik dan letak atas meja makan) . ataupun pinggang kita kurang 6 inci , ewah!!! biar betul , kalau pinggang 30 inci, akhir ramdhan jadi 0 inci !!!!!!!! hahahahahahahahaha

apa la cik tina merepek hari ini.

ok la serious la sikit. Saya sebenarnya dalam minggu ini agak sukar di hubungi, ini kerana laptop saya kena gastric dan hampir lumpuh sepenuhnya. maklum lah tak bangun sahur.
lepas tu charger handphone saya terkena H1N1, so kena kuarantine kat kampong, tu yang rasa macam duduk dalam gua. Kamera saya pula asyik hilang ingatan, tiap kali on " error in memory stick".

laptop satu lagi, anak2 guna. hah! ni nak citer pasal laptop anak saya. Saya memang against la beri anak saya laptop sebab susah nak kawal dia orang nih. mula2 hari itu ok la, sebab anak saya yang nombor dua tu kreatif terlebih. ni blog ni dia la yang buat, hanya cosmetic nya saja ayahnya yang tolong apply kan.so, HB saya beri dia dan kakaknya satu laptop. tapi satu lagi laptop, pak sunya pinjam dah dekat setahun dah, tak reti2 la nak pulangkan balik. tak tahu la, mungkin dia terkena penyakit hilang ingatan pada barang2 yang dia pinjam. hehehehehehehe

Ok la bercerita pasal laptop tadi, semalam saya perasan anak saya berperangai pelik pada sebelah petang masa nak suruh solat asar. Aisyah cuba log out laptop itu, saya kata jangan ; ibu nak tengok. Bila saya buka latop, saya tengok mereka main game cartoon "play a naughty nanny". tak ada la teruk tapi saya memang pantang bab2 macam ini.walaupun setakat buka blouse and nampak baju kecik, tapi itu sudah melanggar peraturan kat rumah nih. bila saya tanya siapa punya kerja, kedua2nya saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

maka dengan rasminya, laptop itu di simpan di dalam kotak, dialam almari didalam bilik ibu.kejam ke saya...... hehehehehehe..... memang saya kejam untuk kebaikan mereka.

ok, tak ada kena mengena dengan tajuk di atas.

next !!!!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
next entry la, malas pulak nak menulis

No comments:

Post a Comment