Thursday, August 20, 2009

hanya yang ini berbunga

setiap nursery yang saya pergi, kebanyakannya mengeluh sebab tidak banyak okid mereka yang berbunga. Dan seperti biasa,perubahan cuaca menjadi isu utama yang menyebabkan musibah ini.

Pada saya, walau apa pun sebabnya. terima lah dengan hati yang lapang sebab kalau tidak nanti ada yang kena heart attack dan ada pulak yang arwah kang

marilah kita tengok apa pulak yang menarik perhatian saya dan mungkin juga perhatian anda.

Rhy coelestis, hanya yang ini berbunga. Harga $30, samada brbunga atau tidak.
ini ialah species dari vietnam, harga di tag $70 tapi dia kata kalau mahu yang ini dia boleh tolak pada harga $50. Tak apa la, lain kali kot. hehehehehehe......
tak tahu idnya, tapi kita orang (geng okid saya)panggil dia limbata. Harga $20.
Sejenis dendro hybrid, saya berkenan dengan warnanya tapi disebabkan pokoknya besar sangat, maka saya tidak jadi membelinya.
catacetum hybrid
comelnya cattleya nih, harga pun mampu milik $30. tapi saya tak beli sebab ongkosnya enggak ada.

yang ini sejenis vanda species, bunganya keras. Tokeh ni tak tahu pulak apa idnya , ia bukan vandanopsis .harganya memang cekik darah la satu cutting $250. Tapi sesuai la dengan pokok dan bunganya memang cantik dan wangi pulak tuh. ishhhh...
Yang ini dendro species dari Phillipines, saya beli cutting . satu cutting $20, tapi sebab mungkin muka saya muka rezeki, maka dapat lah $30 untuk 2 cutting.Sesiapa berminat nak yang satu lagi , boleh lah bagi tahu yea.
Phal bellina saya, untuk tontonan aje .hehehhe

maaf la , saya guna kamera orang, so gambar blur la sikit sebab tak pandai guna kan .... maklum la orang punya alasan, ahaks.....
doritis yang tahan lama
cutting farmeri, saya bercadang hendak tanam di kampong, namun sesiapa yang masih belum ada dan teringin hendak memilikinya; Harga berbeze serendah $15 hingga ke $35.
Phal bellina x phal violacea, saya ada 3 pokok. Hanya yang ini berbunga, sesiapa berminat , harga cuma $25 aje. Berbau harum semerbak sebab ada darah bellina di situ.

da......

No comments:

Post a Comment