Thursday, April 30, 2009

malang tidak berbau

Saya minta kawan2 yang kenal id okid ini, saya minta tolong dapatkan id itu.

serumpun, mcm aerides
yang ini pula, bunganya seperti di bawah
Yang di bawah ini baunya agak kuat.

eh! mana citer malang tadi?
next entry la yea.

Wednesday, April 29, 2009

pengumuman penting


Vanda Kultana Gold x asco fuchs gold sudah kehabisan stock yea. Saya tidak boleh menduga bila stock baru sampai. minta maaf yea.

marilah kita belajar

Pepatah mengatakan Lautan ilmu itu sangat dalam dan luas,tidak akan dapat kita pelajari semua , hatta dolmat . eh! tersilap hatta kita menggunakan separuh (separuh lagi buat apa???) dari usia kita untuk belajar.
Perlu ke kita belajar se lautan ilmu,dan jangan lupa; lautan kat dunia ni ada berapa ? ( sila cari dalam buku geografi - mgkn akan keluar dalam spot test bulanan). Isshhhhhhh, jenuh nak belajar tu. Tapi perlukah kita belajar semua itu?????? (hint - soalan bocor, sila memorise)

Sebagai seorang yang bijak, kita cuma perlu belajar yang bermanfaat sahaja kepada kita. contoh ilmu bermanfaat:
Bermanfaat: belajar lah cara2 marketing yang berkesan follow by sales strategy yang sesuai agar product anda laku di pasaran.
Tidak bermanfaat : Memarahi tokeh nursery sebab beri saya harga reseller seperti orang lain. hihihihihi
aik!!! apasal ada citer semalam yang sensitif tu, pulak ni cik tina oiiii.....

ok contoh lain.hahahahahaha


Bermanfaat: senyum itu sedekah, jadi senyum lah selalu. Bila kita tersenyum ratusan otot2 di muka kita bergerak dan boleh menjadikan kita jelita (utk wanita) dan kacak(utk lelaki)
tidak bermanfaat: Hanya beberapa kerat aje otot kita yang bergerak semasa kita mengerut kan muka, marah dan juga bermasam muka . Ini menyebabkan mereka yang suka berbuat demikian cepat tua dan buruk, tidak kira lelaki atau perempuan. Bolehkah anda teka di manakah anda selalu berjumpa dengan mereka ini??? (hint- kira ter, kira ter)

Moral of the story, senyum lah selalu.
kesian pembaca blog saya, kena layan celoteh saya. hihihihihi

ok tadi mukaddimah( betul kan ejaan nih)

mematahkan pucuk dendro untuk menggalakan keluar spike( tangkai ?). Maksudnya menggalakkan keluar bunga, sebab dendro yang di maksudkan ini keluar tangkai dulu baru kuntuman bunga dan akhir sekali bunga.
Peralatan yang diperlukan , cutter(dinyahkuman), anti fungus dan pokok dendro yang masih hidup. hehehehehe




Sila picit cane pokok dendro yang hendak di potong pucuknya. Alamak!!! lupa pulak nak pakai cincin byk2 mcm rancangan memasak di tv, nak siang ikan jek , pakai gelang sampai siku dan cincin penuh jari.hihihihihi, sorry selingan tadi.
Soalan cepumas, Adakah anda merasakan saya memakai cincin atau gelang semasa mengambil gambar ini?


Pastikan, anda hanya memotong cane yang sudah keras sahaja.Kalau cane seperti gambar pertama tadi adalah tidak di benarkan sama sekali memotongnya. Anda mgkn terpaksa menunggu lebih lama untuk berbunga atau mgkn tidak berbunga langsung.
Setelah anda sudah pasti, sila gunting dengan cutter yang telah dinyahkuman tadi.Selepas di potong pucuknya, silalah sapu antifungus.Inilah contoh dendro yang berbunga setelah di potong pucuknya.

Ini gambar dendro curly yang baru di potong pucuknya.Ini gambar lama , ada 2 tangkai di cane ini. sekarang saya menunggu dan berharap ia mengeluarkan keiki pula.

Ini juga contoh pucuk dendro yang di potong, sila lihat dgn teliti, yang ini spike naik dari tempat potonga tadi.Sila lihat cane yang belakang itu, ini kali kedua keluar spike, juga canenya di potong.
Kenapa gambar ini gelap?????
Ini untuk mempelajari ilmu seterusnya.
Bila??????
Tunggu!!!!!!!!!!

Tuesday, April 28, 2009

apa lah dosa saya...............

Yea! Saya telah memungkiri janji saya ( bukan kah janji itu memang untuk di mungkiri hehehehehehe) yang di buat beberapa hari yang lepas. Saya telah ke nursery okid hari ini.
Saya tengok tokeh sudah tunggu saya, mungkin juga dia rindu pada saya. Saya tersengih2 seperti kerang busuk.

Bila saya sampai di meja okid tempat tokeh itu duduk. Dia berkata

Tokeh , " Tina , saya gembira tengok awak, awak sangat cantik".
Saya, " Wah! tima kasih la tokeh, u kena kasi saya harga murah lagi, sebab saya sudah buat tokeh gembira." hihihihihihi

Adakah anda percaya tokeh berkata begitu kepada saya. Sebenarnya tipu jek. Hahahahahahahahaha ( sila lah gelakkan saya)
Di bawah ini lah perbualan yang sebenarnya.

Tokeh , "Tina u jual banyak murah ka itu okid, ~!@#$%^&*()_+| ( sila shift dan tekan semua button di atas untuk mendapatkan nama si polan ini) cakap u jual sangat murah"

Tina," Ya ka , mana dia tahu saya jual murah? Dia ada hack ka saya punya laptop , curi saya punya haliga? ok, itu soalan tipu, hihihihihi
yang sebenarnya

Tina, " tak la , napa dia cakap mcm tuh, harga saya sama dengan harga nursery. "
"ok, sekarang saya cakap dulu, aerides lawrencia saya jual $25, u jual berapa".

Tokeh ," $25 juga, tapi dia kata u jual okid2 banyak2 murah , semua customer dia lari sama u".
Saya cakap sama dia , harga saya beri tina sama dengan harga saya beri awak, ~!@#$%^&*()_+|.
aiya, dia punya haliga juga sama.( Tapi saya dapat tahu dari seseorang, harga yang si ~!@#$%^&*()_+| ini, lebih murah dari saya, malah murah $5 ok)

Tina," Tokeh , saya bukan ambil dari tokeh saja, saya amik mana2 nursery yang murah,". Saya tara tahu siapa customer dia yang sudah lari, nape dia tara kejar customer dia, ( yang last selepas koma itu tipu hihihihihihihi)

Tokeh," Aiya.... Tina, manyak susah la".

Tina." Tokeh, kalau u rasa susah, saya amik tempat lain tara apa la, saya tara suka gaduh2. saya suka happy2, sebab saya suka okid. saya tidak jual hingga untung sampai $30 atau $40 mcm dia". untung saya $2/3 ringgit untuk cover duit tol and mileage saja sudah cukup la tokeh. Aiya! saya tara mahu beli sama tokeh la ini macam, sikalang saya sudah sedih tau.

Tokeh. " Aiya tina, tara apa, tara apa. saya dengar saja". Mari2 k, kita tengok okid.

Dalam saya upset itu, saya membeli belah melebihi $1/2 ribu ok.........
Ishhh..... kesedihan ini memaksa saya berbelanja begitu banyak.
moral of the story, kalau sedih sila lah memandu pulang ke rumah sambil mendengar lagu pink... " so what........ "

Untuk mencuci mata,dan list kedua untuk di order ialah:


Ini ialah paraphal hybrid, bunga berwarna kuning lembut dan bau sangat harum.

Ini pula dendro inoglosum ( cari kat cik google tak de pulak, kena tanya balik la) tetapi memang sejenis species. Lupa pula nak cium samada berbau ke tidak.Harga cuma $25 jek.
Ini pula paraphal pink, sama seperti di atas, berbau wangi lebut.warna tanpa flash di bawah.TEngok kepada lipnya kita sudah tahu ia ada darah Paraphalaenopsis serpentilingua. Nanti saya tanya cross dengan apa.

Ini ialah asco su fun beauty, kejariah. adakah anda berminat.
Ini cattleya apa tak ingat dah. Berbau wangi dan berharga $30.
Ini ialah vanda kultan gold x asco fuchs gold. berwarna kunig cerah dan berbau sangat harum, Hanya untuk 5 pembeli sahaja, yea.
Mini cattleya purple ini tersangat comel dan berbau sangat wangi. Masa saya di nursery tadi , matahari sudah meninggi, tetapi cattleya ini masih harum.
Cattleya secrect love violacea, sesuai dengan namanya. memang berbau sangat wangi dan warnanya begitu lembut. Setiap clump nya besar. jadi memang mudah untuk sentiasa berbunga.


Phal violacea red, baru di pasaran dan tersangat cantik dan wangi.Harga mampu milik dan saya percaya anda tidak menyesal membelinya. hehehehehehe, adakah anda teruja sudah......

Monday, April 27, 2009

Eh! tetamu

Hujung minggu yang baru lepas nih, saya terlepas peluang pegi belajar decorating cupcake. Ini kerana otak saya terkeliru, saya fikir 25hb, hari ahad. Bila trainer call, baru perasan hari sabtu rupanya , so terlepas lagi kelas yang memang saya tunggu2 ini.Hmmmmmm dah berusia saya nih, terlupa pulak.

Pada tengahari sabtu, abang kepada pembaca blog ini Ct datang mengambil okid di rumah. Maaf yea Ct abang awak kena tunggu akak pulak, sebab kita orang dari KL, dan tak sangka lambat pulak sampai rumah.Dia membawa , anak nya yang comel itu. Baik sungguh hati abang ct nih, tolong ambil dan jaga bunga ini untuk Ct. Masa saya terangkan cara2 penjagaan dan siraman, tekunnya dia mendengar. Rasanya , kalau ada test , mesti abang Ct boleh dapat A.
hehehehehehehehehe

Kemudian, Kejariah pula datang satu keluarga. Satu keluarga yang nampak sungguh harmoni. Anaknya yang seorang itu , cepat sahaja berkawan rapat dengan Adam. Dan, sungguh pandai Kejariah mendidik anak terunanya yang seorang ini, walaupun dia tunggal ( setakat ini lah.....he....he....he....), tetapi dia tidak besar kepala atau manja. Petah bercakap pulak tu, sungguh kelakar masa dia nak eja nganga dalam jawi. sebab dia terlupa huruf apa dulu, then nga alif nga, nga alif nga = nganga. Comel sungguh.

Senja tadi, kak zana ;alamak kak, seganlah nak panggil u kak coz u look so young from ur age. Tergugat saya hehehehehehehehehehe
Sebenarnya saya tidak pack pun orchid kak zana kerana saya hendak dia memilih sendiri orchid di halaman rumah tuh. Saya bimbang, kerana kak zana baru dalam dunia okid ini. Bimbang saya, kerana seedling, terutama species , perlukan penjagaan yang rapi. Tetapi, rupanya akak ini sudah 6 bulan meminati okid so sudah ada pengalaman menjaga okid ini. So, beliau(ewah! mesti anak saya Sarah & Aisyah kagum ibu mereka boleh menggunakan perkataan ini ) telah membeli beberapa jenis seedling okid, phal violacea courellea,doritis pulcherrima serta doritis lilac. Kemudain, akak ini telah memperkenalkan anaknya yang menjangkau usia 24 tahun esok. Wah! tinggi lampai anaknya macam model. selamat hari jadi yea nina( eh! betul ke namanya nina)

Shida dan Kak Har pula ada halangan pada hari yang di janjikan dan akan datang pada hari lain.


Di bawah ini, gambar2 okid saya yang sedang kembang di rumah.

Mariposa orangae, baru 90% kembag,

Cymbidium finlay ini, sangat rajin berbunga. Kali ini cuma satu tangkai, sebelum ini sekali keluar 3/4 tangkai. Kak ani yang membeli dari saya dulu juga mengakui, cymbidium ini tidak putus2 berbunga. Tetapi yang satu lagi , tak ingat kak ani beli di mana, masih lagi mogok tidak mahu berbunga.

Phal Bellina alba ini juga, seperti pot pouri di laman rumah saya. ini kerana, bunganya yang agak banyak dan berbau wangi , bertindak sebagai pewangi di sudut laman.

Asco ini berwarna peach, pokoknya agak besar dan ada 2 spikes.
Ini pula brassia, atau lebih di kenali sebagai orchid sotong. Ini kerana petalnya yang panjang itu menyerupai sesungut sotong.
Ini pula oncidium tapi terlupa Idnya. Bunganya seperti di atas dan spikenya panjang melebihi satu meter.Tak dapat ambil penuh, sebab tak boleh nak enter frame. hihihihi
Yang ini bukan kembang di rumah, tetapi saya saja belikan untuk Kak ani. Ini kerana, sebelum ini Kak ani berkenan yang ini tetapi cuma ada satu pot aje. so, dia tak dapat hendak beli. Kalau kak Ani tak mahu, saya open kepada pembeli lain. Harganya cuma $35.

Saturday, April 25, 2009

first list untuk bulan Mei

Saya rasa sungguh letih tetapi sangat gembira dengan lelongan awam serta permainan bida pasar ikan. Untuk sementara, saya hendak berehat dari ke nursery.Tak tahu la boleh ke...( diri sendiri pun tak yakin ...hahahahahahaha)

Untuk itu, saya hanya akan meletakkan gambar dahulu agar pembaca boleh membuat order. Dibawah ini adalah yang saya recommend untuk setiap peminat okid untuk memilikinya.Untuk mendapatkan harga, sila email atau sms saya yea.Percayalah semua okid ini boleh dimiliki pada harga mampu milik.ewah!!!! bagusnya ... promo............hehehehehehehe

arachnis x rhy chorchalood
Warna bunga agak unik dan berbau wangi.Agak sukar untuk di dapati sekarang,terhad kepada 5 pembeli sahaja.Sani telah letak order, jadi tinggal empat cutting lagi.
Renanthera sri perak.
Warna bright pink dan bunga jenis yang menyerlah.
Kalau bernasib baik boleh dapat 2 spikes untuk satu pokok.
3. Renanthera singaporeans.
Warna merah darah dan bunga hampir sama dengan Renanthera Kalsom.
Mudah berbunga, oleh itu selalu menjadi penghias laman
Renanthera Tuanku Bainun
Bunganya besar dan berwarna kemerahan.
Padanan warna dan size bunga, menyebabkan ia menjadi pilihan peminat okid.
Aerides Lawrencia five friendship.
Berbau sangat wangi, gambar kepunyaan kejariah. Saya juga memiliki satu pasu. spikennya yang panjang tidak sepadan dengan pokoknya ynag comel itu.Anda tidak menyesal membeli yang ini. Terhad kepada 5 pembeli juga.Sani telah letak order, jadi tinggal empat pot lagi.

Trichoglottis fasciata x Vanda denisoniana


Menurut seorang otai okid ia adalah satu kacukan yang unik kerana dari genus yang berbeza.
Berwarna kuning terang dan berbau wangi. Terhad kepada 5 pembeli sahaja.
Itu sahaja untuk kali ini, saya akan update lagi dari semasa ke semasa.

Friday, April 24, 2009

Keputusan penilaian bidaan pasar okid

sold

sold

Tujuan saya buat bidaan ini adalah untuk memberi peluang kepada pembaca blog ini membeli okid pada harga mampu milik. Sebab itu saya beri hint," bida aje". Saya agak terperanjat dengan sambutannya kerana saya sangka yang ini lebih hot dari lelongan awam itu, tetapi terbalik pulak. hehehehehehehehe

Saya sudah berkira2 saya akan memilih harga terendah bukan tertinggi, tetapi tak menjadi pulak. sebab tiada bidaan yang melebihi dari satu. hahahahahahaha

Dan saya agak terperanjat sebab bellina blue yang cukup matang dan tidak putus berbunga itu tiada siapa yang membida. Paling kelakar , pembida kata tak tahu nak letak harga. Saya pernah jumpa bellina blue yang di jual paling murah $30. Yang saya letak di sini adalah yang terpilih sahaja, so mesti yang lebih baik. Berapa saja yang di letak mengikut kemampuan pembida, saya terima.Malangnya bagi model ini..heheheheheeh

Ok la, pembida yang berjaya ialah
Model :Phal violacea courellea
Harga bidaan : $20
Pembida bertuah : Shah bandar eh! bukan ! shaharuddin aka webbiz04

Model : Enc Kyogushu
Harga bidaan : $ 15
Pembida bertuah : Harun aka sani79


Model : Phal bellina blue
Harga bidaan : tiada bidaan
Pembida bertuah : tiada

Ok, itu sahaja . Moga kita berjumpa di permainan bidaan lain pula tahun depan.
Semoga pembida yang berjaya gembira dengan bidaan mereka.

Latest up dates

Adakah anda merasa bidaan anda akan berjaya???
Tinggal lebih kurang satu jam sebelum bidaan di tutup.
hint dari akak "Bida aje"

tunggu yea.

Thursday, April 23, 2009

bida pasar ikan

Kepada pembaca yang ternanti2kan bida pasar ikan ini, saya minta maaf la yea sebab lambat buat posting.
Reason, ramai pembaca yang terlepas lelongan awam sebelum ini kerana tiada access ke internet pada malam hari dan juga pembida dari new zealand ada kelebihan sebab waktunya 4 jam awal di sana. Maaf yea pembida dari New Zealand, akak try hendak berlaku adil kepada semua yea.

Ok, bagaiamana kita hendak bermain bidaan ini. ewah!!! main2 aje pulak.
Sebelum saya teruskan, saya hendak semua pembaca saya seronok dan berpuas hati dengan apa saja aktiviti atau posting yang saya buat.Jadi terlebih terkurang saya minta maaf dan berharap pembaca tidak berkecil hati.

Pernah tak tengok bagaimana peraih ikan membida hasil tangkapan nelayan di jeti2 persinggahan nelayan?

Kepada yang tidak pernah tengok, caranya begini.

1. Pembida pilih orchid mana yang hendak di bida.
2. Pembida setkan harga orchid yang telah di pilih tadi.
3. Pembida ikan akan membisikkan ke telinga nelayan harga yang sanggup di beli,
tetapi pembida okid susah pula nak bisik ke telinga saya kan....heheheheheeh
Jadi pembida perlu sms, ym, email saya harga yang pembida sanggup bayar untuk
okid tersebut.
4. Sms perlu di hantar ke 019-6011285, email ke sratne@gmail.com, Ym ke
sratne@yahoo.
5. Pembida boleh menaikkan harga seberapa yang di sukai sepanjang bidaan ini.
6. Bidaan akan di tutup pada pukul 3 petang ini.
7. Pembida yang berjaya akan di beritahu sebaik saja saya mendapat harga yang sesuai.
8. Kesemua pembaca blog saya boleh membida okid ini.


Sebarang soalan sila hantar ke contact yang di sebut di atas tadi.

Model yang pertama Phal bellina blue
Portfolio : Usia tak tahu
Bunga mula malar pagi nih, agak lama juga boleh bertahan dalam 2 minggu rasanya.
Ada satu bud yang sedang menunggu masa untuk kembang.
Pucuknya terkena hujan, jadi saya buang daunnya, untuk mengelakkan jangkitan.
Jadi nampak mcm cacat sikit, tetapi bukan cacat kekal yea.
Nampak tak aerial root itu, maka sesiapa yang berjaya nanti perlu repot phal ini.
Adalah sangat cantik jika di ikat di kayu dan di gantung.



Model yang ke dua Phal violacea courellea

Portfolio : Usia agak muda
Rupa paras menarik
Masih ada bud yang menunggu untuk kembang
Phal ini juga perlu di ikat ke kayu aga nampak lebih natural
Gambar penuh

Model ke tiga Epc Kyoguchi
Portfolio: ada 4 bulb yang sudah matang
setiap satu telah mengeluarkan bunga, dan ini bulb terakhir mengeluarkan bunga.
Maksudnya, pembida yang berjaya perlu membajainya dgn baja pokok dan kasih
sayang untuk mendapat keiki baru.
close up bunga

close up spike

gambar penuh


Ok, itulah saja yang ada untuk di bida.
Selamat membida okid yea.

Wednesday, April 22, 2009

Latest up dates

sold out
1. cuculata
2. cutting nestor
3. Ptph 105
4. Dendro strebloceras
5. Arachnis x Rhy gigantea( mother plant)
6. Aracgnis x Rhy gingatea (cutting)
7.Tangerinum
8.coel fimbriata
9. Doritis lilac (cutting)
10. DWOP
11. Phal sra gold
12. seedling phal bellina
13. DWYC
14. DWCP

available
1. cattleya harrisoniana (1 pots)
2. oncidium (2 pots)
3. PKH 102 (2 pots)
4. PCCS 101 (2 pots)
5. Phal violacea (2 pots)
6. Darwinara (1 pot)
7. Neofinitia falcata (1 pot)
8. Blc little star (5 pots)
9. Phal purple hybrid (1 pot)
10.cattleya don herman (1 pot)
11.Begonia (1 pot)

Lelongan di atas akan berakhir pada pukul 5.30 petang ini.

Bida pasar ikan akan di buat samada ke semua orchid di atas sold out atau pun esok.

Okid yang akan di bida ialah dari koleksi terpilih saya

1. Phal bellina blue
2. Phal courelea
3. Epc Kyoguchi

Ok, selamat membida dan bergembira dengan okid anda.

lelong awam terakhir

Sukar untuk membuat lelongan awam ini rupanya.
Ok ini lah yang terakhir. sila bida sekarang.
must go

brassia cuculata ( bentuk love)
BCCS 400
Harga $3/each
Notes : cuma ada 3 sahaja

cutting dendro nestor
CDNS 300
Harga $3
Nota : cuma ada satu sahaja

(Phal tetrapis x phal cornu cervi alba) x pantherina - medium size
Code PTPH 105
Harga $5
Blc little star ( division - some with spike)
Harga $7/pot
2 pots $11



dendro cleoptra beauty
$9


Phal Purple Hybrid
Harga $ 13
Curly Dendro
Dendrobium strebloceras
gambar bunga sila lihat di sini http://www.orchidspecies.com/denstrebloceras.htm
spike panjangnya dalam satu kaki
Harga $13

Ini clumpnya


Arachnis x Rhy gigantea ini di beli dengan harga $18. Oleh kerana cross dengan rhy gigantea , maka baunya sangat wangi.
Untuk pembeli terbanyak setakat ini ialah ct(anggerikpink) yang juga telah membuat pembayaran.Maka saya offer orchid ini dengan $5 saya sponsor. Jadi harganya ialah $13
pokoknya
Silanyatakan samada anda bersetuju atau tidak, jika tidak ia akan di buka kepada pembida lain.

Ini ialah cutting nya yang saya beli tahun lepas, setiap satu berharga $5, tetapi jika kedua2nya berharga $9.



Dendro tangerinum (species)
flowering size dan ada 3 spikes
Harga $23
clumpnya



neofinitia falcata (species). Pokoknya kecil sahaja , yang pernah saya jumpa dalam sejengkal sahaja. Berbau sangat wangi.
contoh bunga


Harga pasaran $35
Harga lelong $15, cuma ada dua sahaja.matured plant.


Ini pula darwinara (Ascocentrum x Neofinetia x Rhynchostylis x Vanda)
Bunga hampair sama seperti neofinitia falcata , cuma ia agak besar dan masih berbau wangi.
Harga pasaran paling murah $25
Harga lelong $13, matured plant. cuma ada dua sahaja .
contoh bungaseperti di bawah

doritis lilac, big clump
saya beli dengan harga $25. disebabkan saya terbeli dua dan tiada ruang hendak meyimpan. saya hendak let go orchid ini dengan harga hanya $19.

ada 2 spikes sedang kembang, 1 spikes sudah layu dan 2 spikes baru naik.
cattleya don herman, saya beli agak lama dan berharga $25 . Sepanjang bersama saya sudah beberapa kali ia berbunga.Malah sekarang pun masih berbunga, clump yang hampir memenuhi pasu ini saya hendak jual dengan harga $19.



begonia ini saya dijual pada harga $9

close up