Monday, April 27, 2009

Eh! tetamu

Hujung minggu yang baru lepas nih, saya terlepas peluang pegi belajar decorating cupcake. Ini kerana otak saya terkeliru, saya fikir 25hb, hari ahad. Bila trainer call, baru perasan hari sabtu rupanya , so terlepas lagi kelas yang memang saya tunggu2 ini.Hmmmmmm dah berusia saya nih, terlupa pulak.

Pada tengahari sabtu, abang kepada pembaca blog ini Ct datang mengambil okid di rumah. Maaf yea Ct abang awak kena tunggu akak pulak, sebab kita orang dari KL, dan tak sangka lambat pulak sampai rumah.Dia membawa , anak nya yang comel itu. Baik sungguh hati abang ct nih, tolong ambil dan jaga bunga ini untuk Ct. Masa saya terangkan cara2 penjagaan dan siraman, tekunnya dia mendengar. Rasanya , kalau ada test , mesti abang Ct boleh dapat A.
hehehehehehehehehe

Kemudian, Kejariah pula datang satu keluarga. Satu keluarga yang nampak sungguh harmoni. Anaknya yang seorang itu , cepat sahaja berkawan rapat dengan Adam. Dan, sungguh pandai Kejariah mendidik anak terunanya yang seorang ini, walaupun dia tunggal ( setakat ini lah.....he....he....he....), tetapi dia tidak besar kepala atau manja. Petah bercakap pulak tu, sungguh kelakar masa dia nak eja nganga dalam jawi. sebab dia terlupa huruf apa dulu, then nga alif nga, nga alif nga = nganga. Comel sungguh.

Senja tadi, kak zana ;alamak kak, seganlah nak panggil u kak coz u look so young from ur age. Tergugat saya hehehehehehehehehehe
Sebenarnya saya tidak pack pun orchid kak zana kerana saya hendak dia memilih sendiri orchid di halaman rumah tuh. Saya bimbang, kerana kak zana baru dalam dunia okid ini. Bimbang saya, kerana seedling, terutama species , perlukan penjagaan yang rapi. Tetapi, rupanya akak ini sudah 6 bulan meminati okid so sudah ada pengalaman menjaga okid ini. So, beliau(ewah! mesti anak saya Sarah & Aisyah kagum ibu mereka boleh menggunakan perkataan ini ) telah membeli beberapa jenis seedling okid, phal violacea courellea,doritis pulcherrima serta doritis lilac. Kemudain, akak ini telah memperkenalkan anaknya yang menjangkau usia 24 tahun esok. Wah! tinggi lampai anaknya macam model. selamat hari jadi yea nina( eh! betul ke namanya nina)

Shida dan Kak Har pula ada halangan pada hari yang di janjikan dan akan datang pada hari lain.


Di bawah ini, gambar2 okid saya yang sedang kembang di rumah.

Mariposa orangae, baru 90% kembag,

Cymbidium finlay ini, sangat rajin berbunga. Kali ini cuma satu tangkai, sebelum ini sekali keluar 3/4 tangkai. Kak ani yang membeli dari saya dulu juga mengakui, cymbidium ini tidak putus2 berbunga. Tetapi yang satu lagi , tak ingat kak ani beli di mana, masih lagi mogok tidak mahu berbunga.

Phal Bellina alba ini juga, seperti pot pouri di laman rumah saya. ini kerana, bunganya yang agak banyak dan berbau wangi , bertindak sebagai pewangi di sudut laman.

Asco ini berwarna peach, pokoknya agak besar dan ada 2 spikes.
Ini pula brassia, atau lebih di kenali sebagai orchid sotong. Ini kerana petalnya yang panjang itu menyerupai sesungut sotong.
Ini pula oncidium tapi terlupa Idnya. Bunganya seperti di atas dan spikenya panjang melebihi satu meter.Tak dapat ambil penuh, sebab tak boleh nak enter frame. hihihihi
Yang ini bukan kembang di rumah, tetapi saya saja belikan untuk Kak ani. Ini kerana, sebelum ini Kak ani berkenan yang ini tetapi cuma ada satu pot aje. so, dia tak dapat hendak beli. Kalau kak Ani tak mahu, saya open kepada pembeli lain. Harganya cuma $35.

2 comments:

  1. Adeeh....tercabar membacanya. Paling lewat pun hujung minggu ni saya jemput anak² kecil tu ....

    ReplyDelete
  2. kak tina tima kasih ya...heheheh..ct da pesan jaga orkid leklok,tu abg ct dengar btui2 pesan kak tina..heheheh...

    ReplyDelete