Thursday, April 23, 2009

bida pasar ikan

Kepada pembaca yang ternanti2kan bida pasar ikan ini, saya minta maaf la yea sebab lambat buat posting.
Reason, ramai pembaca yang terlepas lelongan awam sebelum ini kerana tiada access ke internet pada malam hari dan juga pembida dari new zealand ada kelebihan sebab waktunya 4 jam awal di sana. Maaf yea pembida dari New Zealand, akak try hendak berlaku adil kepada semua yea.

Ok, bagaiamana kita hendak bermain bidaan ini. ewah!!! main2 aje pulak.
Sebelum saya teruskan, saya hendak semua pembaca saya seronok dan berpuas hati dengan apa saja aktiviti atau posting yang saya buat.Jadi terlebih terkurang saya minta maaf dan berharap pembaca tidak berkecil hati.

Pernah tak tengok bagaimana peraih ikan membida hasil tangkapan nelayan di jeti2 persinggahan nelayan?

Kepada yang tidak pernah tengok, caranya begini.

1. Pembida pilih orchid mana yang hendak di bida.
2. Pembida setkan harga orchid yang telah di pilih tadi.
3. Pembida ikan akan membisikkan ke telinga nelayan harga yang sanggup di beli,
tetapi pembida okid susah pula nak bisik ke telinga saya kan....heheheheheeh
Jadi pembida perlu sms, ym, email saya harga yang pembida sanggup bayar untuk
okid tersebut.
4. Sms perlu di hantar ke 019-6011285, email ke sratne@gmail.com, Ym ke
sratne@yahoo.
5. Pembida boleh menaikkan harga seberapa yang di sukai sepanjang bidaan ini.
6. Bidaan akan di tutup pada pukul 3 petang ini.
7. Pembida yang berjaya akan di beritahu sebaik saja saya mendapat harga yang sesuai.
8. Kesemua pembaca blog saya boleh membida okid ini.


Sebarang soalan sila hantar ke contact yang di sebut di atas tadi.

Model yang pertama Phal bellina blue
Portfolio : Usia tak tahu
Bunga mula malar pagi nih, agak lama juga boleh bertahan dalam 2 minggu rasanya.
Ada satu bud yang sedang menunggu masa untuk kembang.
Pucuknya terkena hujan, jadi saya buang daunnya, untuk mengelakkan jangkitan.
Jadi nampak mcm cacat sikit, tetapi bukan cacat kekal yea.
Nampak tak aerial root itu, maka sesiapa yang berjaya nanti perlu repot phal ini.
Adalah sangat cantik jika di ikat di kayu dan di gantung.



Model yang ke dua Phal violacea courellea

Portfolio : Usia agak muda
Rupa paras menarik
Masih ada bud yang menunggu untuk kembang
Phal ini juga perlu di ikat ke kayu aga nampak lebih natural
Gambar penuh

Model ke tiga Epc Kyoguchi
Portfolio: ada 4 bulb yang sudah matang
setiap satu telah mengeluarkan bunga, dan ini bulb terakhir mengeluarkan bunga.
Maksudnya, pembida yang berjaya perlu membajainya dgn baja pokok dan kasih
sayang untuk mendapat keiki baru.
close up bunga

close up spike

gambar penuh


Ok, itulah saja yang ada untuk di bida.
Selamat membida okid yea.

1 comment: