Friday, October 10, 2014

Promosi rumah bersepah

as salam

apa habaq orang malaysia, sihat ka....
akak la ni tengah tunggu pembentangan budget 2015 oleh YB PM M'SIA kita......
dengaq cita, ada baguih punya pakage nak bagi pada penyumbang terbesaq cukai, golongan tengah2( bukan dua alam ya), ala yang tengah tu , apa depa dok panggei, golongan pertengahan ....gitu la kira2nya.....

tengok tajuk kat atas tu, macam kasaq kan bunyinya....
mai cek nak habaq, bahasa haluihnya promosi renovate ubah suai rumah. gitu la kiranya......

Ok, yang pertama......


doritis pulcherrima
bunga adalah seperti gambar di bawah.
ciri2.
1.mempunyai spike yang panjang
2. kuntuman bunga yang banyak
3. bersaiz sederhana( kalau lihat di bawah, hampir 1.5 inci)
4. harga yang di jual di sg buloh untuk yang sedang berbunga ialah rm 60 ke atas.


size bunga


yang kiri adalah flowering size. kanan pula, almost flowering.

gambar di bawah adalah ke semua yang hendak di jual. silalah pilih dan message /komen di bawah.

setiap satu pasu adalah berharga rm 25. pos rm 10.










Yang ke dua pula ialah Phal cornu cervi big size.
Di nursery LC , ia di jual pada harga rm 80 ke atas. Manakala di nursery lain range harga dalam RM 65 ke atas.
online akak biasa tengok rm 55
Akak nak lepaskan pada harga rm 49.


ada 2 spikes

antara kuntuman yang sudah kembang dan baru hendak kembang.




Gambar di atas ialah Phal violacea mentawai. berbau wangi terutamanya di pagi hari.....
ada 4 pots untuk di lepaskan. 
setiap satu berharga rm 27.

contoh bunga phal violacea mentawai...


seterusnya Phal doritis pulcherrima var champorensis
contoh bunga 

ada lebih kurang 20 cutting hendak di jual pada harga rm 5 setiap satu. antara conoth cutting adalah seperti di bawah....














ok, pilih, jangan tak pilih, nanti kalau berminat; boleh lah sms/whatsapp/sms atau komen di sini.

terima kasih , da.....


Thursday, September 25, 2014

Phalaenopsis Bellina

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Lama sungguh akak tak mengemaskini blog ini..
Bukan lah malas tidak juga kurang rajin, cuma tak ada mood aje...eh! tak sama ke tu...sama ....cuma dalam erti kata yang berbezaHari ini kita akan membicarakan tentang Phal Bellina. Sebut aje
nama orkid ni, mesti yang ketegaq , tegar atau tidak tegar , baru atau otai, ramai yang kenal orkid ini. Bagi peminat tegar orkid
species jenis Phalaenopsis, Phal Bellina wajib ada dalam koleksi.macamana la rupa paras Phal Bellina ni ye.hhaa.... macam kat bawah ni la






Phal Bellina mempunyai haruman yang semerbak wangi. Ia sangat sesuai untuk di tanam di halaman anda. Petalnya agak lebar di bahagian tengah dan meruncing ke hujungnya. Bahagian tengah berwarna merah jambu dan di hujung kelopak berwarna hijau kekuningan atau hijau keputihan di hujung kelopak yang meruncing itu.daunnya agak tebal bila sihat, bermakna ia perlukan kelembapan yang agak tinggi iaitu lebih kurang 70 %-80%.



Membela Phal Bellina tidak la sesukar mana. Jika kita tahu , cycle kehidupannya ataupun habitatnya; ia menjadi amat mudah.

Phal bellina perlukan cahaya yang banyak, jadi, kalau didalam rumah orkid anda, ia antara paling atas. 
Ia boleh ditanam didalam pot kecil atau sederhana besar. Boleh juga di ikat pada kayu, fern slab atau pokok hidup seperti mangga, rambutan dan sebagainya.sudah pasti yang didalam didalam pot tidak perlukan siraman sekerap yang diikat pada kayu atau fern slab.

anda perlu spray baja seminggu atau 2 minggu sekali dan racun sebulan sekali.
Phal sangat alah kepada serangan spidermites, maka anda perlu pastikan ia bebas daripada jangkitan mites ini. Yang dijangkiti mites perlu di asingkan agar pokok yang lain tidak terjangkit.
Jika keadaan phal anda sudah agar sukar untuk dikawal, ambil satu penutup racun , masukkan kedalam satu baldi sederahana besar, rendamkan phal anda tadi. pastikan ia di rendam penuh selama satu minit. angkat dan gantung di tempat berangin.

Anda boleh mengikat pahl bellina anda seperti gambar di atas. 5 pokok yang berbunga,  sudah cukup untuk mengharumkan halaman anda.

akak ada beberapa pokok bellina yang pelbagai size untuk di jual.



Kesemua yang di atas adalah seedling bellina yang sudah stabil dan agak besar. Jika penjagaan yang baik dan pembajaan yang betul, tidak sampai setahun , ia akan mula mengeluarkan bunga.Harga rm 10 satu pot.

Yang ini pula sudah boleh berdikari dan di pindahkan ke pasu  daripada compot ke dua.Rm 7 satu pot.



Ini adalah yang akak bela daripada seedling dan kini telah mula keluar spike. Harga rm 28.




Yang ini adalah second compot, didalamnya ada lebih kurang 15 seedlings.apakah second compot? Ia bermaksud copot kali kedua. akak suka buat, selepas flasking, 1st compot then 2nd compot , 4"single potting and lastly masuk post besar dan gantung atau ikat pada fern slab/kayu. akak nak let go compot ini pada harga rm 50.


Selain daripada itu, akak ada secunda untuk di jual pada harga rm 13/pot. 


Juga Phal violacea pada harga rm 7 satu pot.Ada few pots.

Phal amabilis sabah rm 17/pot.

akhir sekali, di bawah ini adalah koleksi saya. Jika berminat, silalah contact via sms atau whatsapp atau wechat di 012-2330665.Harga mampu milik....

Hingga berjumpa lagi.... da......












Monday, September 10, 2012

ada sesiapa berminat

akak ni dah tak aktif dah tanam menanam nih, baik orchid mahupun rose.
rose akak yang imported, kebykannya dah arwah.

begitu juga orchid akak, yang rege beratus2 hengget kebyakannya dah mati, stapi masih ada banyak lagi, hb akak sedang berkira2 nak re-renovate bahagian dapur , so akak yakin mesti byk lagi yang akan ke syurga.

oleh itu akak nak let go orkid akak, sesiapa yang berminat , boleh lah datang rumah tengok dan membeli belah.


Maaf ye, akak tak akan post mengepost sebab akak terlalu sibuk dengan tempahan baju, kelas jahitan dan paling penting anak akak yang sulong akan menduduki PMR tahun ini. mgkn anda boleh menghantar sahabat handai yang rajin utk membeli dan memgepost kepada anda.

tq

Monday, April 16, 2012

Hutang

as salam.......

Pernah kah anda berhutang atau memberi hutang......
Saya pernah kedua-duanya sekali........

Apa yang saya baca, roh orang yang berhutang tidak diterima dan tergantung antara langit dan bumi....
saya tidak pasti dengan anda....
tetapi jika ada rakan2 orchid atau ros, jika saya ada berhutang , silalah beritahu ye........

vanda limbata, rajin berbunga bila tiba masanya dan juga sangat subur system production nya  . yang ini ada 3 keiki

vanda NOID - ada bau yang tidak kuat
sejak di beli hampir 2 tahun lepas, kini baru ia kembali berbunga... gambar di ambil sebulan yang lepas.
sekarnag semua bunga sudah gugur.. 





Tuesday, April 10, 2012

sickening

R u sick?
I am not referring to you, but to those who wrote with hidden intention in my chat box.
I have warned quite some time ago, please do not advertise whatever product/blog/spam(making money through internet) etc. It seems to no avail........

the chat box is meant for my reader to ask question about orchid or related issue that i posted here.Any idea how to get rid of them.......
sick...sick..sick....

to my dearest customer in trengganu, please let me know if you have received the orchids.
i need to brief you on how to re-pot them........


till the next post...
da........................

Thursday, April 5, 2012

terlebih rajin

as salam mualaikom...................................

amboi!!!!!!!......
berbulan-bulan tak hapdate, sekarang hapdate selalu pulak.....
mabuk ubat apa cik tina ni........
bukan la mabuk ubat ke hapa......
tapi bila tengok balik orchid2 kat kampong yang berbunga walaupun beribu tiri di sana.......
semangat hendak berorkidan datang semula......
lupa pulak akak nak amik gambo masa balik dulu.....
nanti la ye.... balik kampong sekali lagi akak amik and hapload kat sini...


sebenarnya hari ini nak cerita pasal racun red mites.
ada sesiapa pernah guna yang seperti gambar kat bawah ni tak?
boleh beri review sikit???

ok la, itu aje nak hapdate....hehhehehhe
jangan kuciwa ye, sebab tiada gambar yang d'boom.


ok la , hingga di next entry. da...

oppsss....... lupa pulak, moklong, sila beri email id ye......

Tuesday, April 3, 2012

up date

assalammualaikom!!!.......................

apa khabar...............
sihat???...................

saya baru aje sembuh dari viral fever , batuk, selsema dan seangkatan dengan nya......
tiada la cerita baru, cumanya saya sangat sibuk dengan anak yang akan menduduki PMr tahun ini.


dah lama tak hapdate, so marilah kita tengok yang sedang berbunga dan akan di let go....

cymbidium alaifolium, sedang berbunga.


gambar penuh, ada lebih kurang 9/10 bulbs. bersama saya didalam pot kecil itu adalah lebih kurang setahun.....

encyclia tampensis var alba
sudah stabil sejak dipindahkan setahun yang lepas.

kepunyaan ahmad farazi, yang akan kembang tidak lama lagi. ada 2 spikes.


vanda luzonica, bunga sudah sampai terkeluar dari atapnya...perlu berpindah rumah la .....
nak pindah ke mana la gamaknya ye......

dendro anosmum phillipinnes, berbau sangat wangi



phal cornu cervi red


                                                     juga phal cornu cervi red, yang lebih besar

brassacola cuculata......


ok la, dah panjang citer ni, nak siap maska untuk anak teruna yang nak ke sekolah kejap lagi....
da.......