Bukan lah malas tidak juga kurang rajin, cuma tak ada mood aje...eh! tak sama ke tu...sama ....cuma dalam erti kata yang berbezaHari ini kita akan membicarakan tentang Phal Bellina. Sebut aje
nama orkid ni, mesti yang
species jenis Phalaenopsis, Phal Bellina wajib ada dalam koleksi.macamana la rupa paras Phal Bellina ni ye.hhaa.... macam kat bawah ni la
Phal Bellina mempunyai haruman yang semerbak wangi. Ia sangat sesuai untuk di tanam di halaman anda. Petalnya agak lebar di bahagian tengah dan meruncing ke hujungnya. Bahagian tengah berwarna merah jambu dan di hujung kelopak berwarna hijau kekuningan atau hijau keputihan di hujung kelopak yang meruncing itu.daunnya agak tebal bila sihat, bermakna ia perlukan kelembapan yang agak tinggi iaitu lebih kurang 70 %-80%.
Membela Phal Bellina tidak la sesukar mana. Jika kita tahu , cycle kehidupannya ataupun habitatnya; ia menjadi amat mudah.
Phal bellina perlukan cahaya yang banyak, jadi, kalau didalam rumah orkid anda, ia antara paling atas.
Ia boleh ditanam didalam pot kecil atau sederhana besar. Boleh juga di ikat pada kayu, fern slab atau pokok hidup seperti mangga, rambutan dan sebagainya.sudah pasti yang didalam didalam pot tidak perlukan siraman sekerap yang diikat pada kayu atau fern slab.
anda perlu spray baja seminggu atau 2 minggu sekali dan racun sebulan sekali.
Phal sangat alah kepada serangan spidermites, maka anda perlu pastikan ia bebas daripada jangkitan mites ini. Yang dijangkiti mites perlu di asingkan agar pokok yang lain tidak terjangkit.
Jika keadaan phal anda sudah agar sukar untuk dikawal, ambil satu penutup racun , masukkan kedalam satu baldi sederahana besar, rendamkan phal anda tadi. pastikan ia di rendam penuh selama satu minit. angkat dan gantung di tempat berangin.
Anda boleh mengikat pahl bellina anda seperti gambar di atas. 5 pokok yang berbunga, sudah cukup untuk mengharumkan halaman anda.
akak ada beberapa pokok bellina yang pelbagai size untuk di jual.
Kesemua yang di atas adalah seedling bellina yang sudah stabil dan agak besar. Jika penjagaan yang baik dan pembajaan yang betul, tidak sampai setahun , ia akan mula mengeluarkan bunga.Harga rm 10 satu pot.
Yang ini pula sudah boleh berdikari dan di pindahkan ke pasu daripada compot ke dua.Rm 7 satu pot.
Ini adalah yang akak bela daripada seedling dan kini telah mula keluar spike. Harga rm 28.
Yang ini adalah second compot, didalamnya ada lebih kurang 15 seedlings.apakah second compot? Ia bermaksud copot kali kedua. akak suka buat, selepas flasking, 1st compot then 2nd compot , 4"single potting and lastly masuk post besar dan gantung atau ikat pada fern slab/kayu. akak nak let go compot ini pada harga rm 50.
Selain daripada itu, akak ada secunda untuk di jual pada harga rm 13/pot.
Juga Phal violacea pada harga rm 7 satu pot.Ada few pots.
Phal amabilis sabah rm 17/pot.
akhir sekali, di bawah ini adalah koleksi saya. Jika berminat, silalah contact via sms atau whatsapp atau wechat di 012-2330665.Harga mampu milik....
Hingga berjumpa lagi.... da......
Meletup kak tina. Tahniah!
ReplyDelete