Monday, December 28, 2009

sekeping gambar menceritakan pelbagai

adakah pokok mangga ini berbungakan orchid? atau okid itu tumbuh meliar di pokok mangga ini, atau saya lekatkan okid ini di pokok mangga ini. kan banyak boleh cerita, sape nak cerita lagi. kalau menang boleh dapat keiki okid ini bila ia tumbuh nanti.bila tu........
bila ada keiki la.......
rose kesayangan saya tidak pernah gagal menceriakan saya dengan bunga yang cantik walupun penuh badannya dgn thrip( eh! mcamna nak eja ni, ok la janji ada bunyi kan hehehehe)
rose ni kekurangan baja dan cahaya, oleh itu kelopak dan kuntumannya tidak besar tapi ........bo...leh....la.....
phal hybrid ber"wall"kan begonia
oncidium mariposa alba
close up
rose karer pink , peberet karer anak saya............
ipoh superstar yellow, dah kembang pun semalam, ini gambar lama sehari
phal hybrid yang mula mengeluarkan spike, menyebabkan saya teruja terus ke nursery setelah berpantang melangkahkan kaki ke sana. sesampai aje di sana
toke," hi !!!! tina sudah lama tidak mari wooo....."
saya," mana ada lama baru aje".
toke," last u mari , bulan julai, sekalang sudah bulan december"
saya," ya..ya...ya..., wa..... toke ingat ya. toke rindu wang saya ka?
toke, "ingat wo....."
di sebabkan terharu sebab tokeh ingat pada saya dan tamak , maka terembat la phal hybrid nih

phal bellina blue nih
phal merry christmas merriclone ini
dendro lamelatum red stem(padahal tak red pun - tapi bunga kaler hijau kekuningan instead of normal pink)


dan dendro hiroshima (hehehehe- saya lupa nama nya takshima ke hapa ke - nanti2 hapdet la ye)
lipnya kelar merah pink memang cantik tapi sayangnya saya tak ada gambar yang sedang kembang sebab amik guna handphone , punya la blurrrrr.........
cymbidium ni memang dah beli lama dulu dah, tak perasan dah banyak kali berbunga rupanya. bila tengok...., byk spike lama.
gambar spikenya,
phal bellina yang sedang spiking

ntah apa la ini, setelah ia menghisap petal bunga nih, bunga ni akan layu dan gugur.
kesayangan saya, phal gigantea. close up daun baru
jauh sikit
jauh banyak .....ahaks
rose jepun
begonia
begonia
rose kampung




tammat

Sunday, December 20, 2009

rojak

hmmmm........ sedapkan rojak,kemudian diregukan dengan cendol. alamak..........
eh!e!eh! tolong lap air liur yang meleleh tu.....hehehehhehe

terlalu banyak yang hendak diceritakan dan terlalu sedikit masa yang ada, maka saya gaulkan kesemua bahan dan hasilnya adalah seperti di bawah

rhy retusa alba, sebelum nih ada banyak spike yang keluar, disebabkan kesibukan saya okid 2 ini selalu berpuasa. maka dengan itu , hanya satu spike aje yang mampu bertahan.
tengok dari gambar ini , saya berharap ia akan mengeluarkan bunga yang banyak.
Yang ini pula ialah rhy gigantea spot. Juga cuma satu spike kali ini.
Rhy retusa spot, nampak macam ada nak keluar spike tapi tak check secara details,nanti2 up-date lagi.
Phal mentawai seperti tertera di tagnya. Kawannya telah dirembat oleh tan sri khairi. Yang ini masih menunggu rumah baru.
Posisi lain.
sejenis cattleya???
Phal bellina
Juga phal bellina versi jelita.ahaks......
Kepada rehan, inilah yang akak katakan itu. gambar penuh , ada 2 spikes.
sebelah kanan
sebelah kiri
sekarang ini musim aerides berbunga agaknya, yang ini odorata. ada lagi 2 pot yang mengeluarkan spike.
ada 4 tangakai, harum lah rumah jiran saya kerana saya letakkan di luar pagar dan berdekatan dengan pintu rumah jiran.
Ini bukan gambar okid tidak juga gambar princess and frog. tapi gambar kolam ikan saya yang hendak di baik pulih. Pagi tadi pergi ke Selangor Ria membeli EM, terjumpa lah dengan shida sekeluarga. mak aiiii....... jauhnya bershopping barangan dapur. Saja hendak berkongsi info - tidak semestinya barang di Pasar tani itu murah dan fresh.Sebab saya sudah terkena, memang sakit hati.

okid pemberian bunga zaleha, masih tidak mahu berbunga. perlukah saya paksa dia berbunga????

seedling phal bellina alba.

Phal gigantea untuk teman di sarawak. bila sudah sihat dan gembira hendak naik belon, akan saya terbang ia ke sana.
Phal cornu cervi alba.
telahpun memiliki keiki yang gebu dan sihat.
ini ialah vandanopsis, saya kurang pasti adakh itu keiki atau akan mengeluarkan spike. rasanya tan sri khairi boleh jawab, tolong tan sri!!!!
sebenarnya ada banyak gambar lagi nak citer, tapi dah tengah malam nih. penat la pulak...

Thursday, December 17, 2009

percutian/perkelahan aka outing

last week, kita orang pergi bersantai di tepian pantai sungai. Nak pergi pantai, risau kena sun burn ataupun tsunami. heehehehe


anak teruna saya sedang bermandian di kolam yang di sediakan, budak kecik adalah tidak digalakkan bermandian di sungai tanpa pengawasan orang dewasa. sebab ayah ibu pun nak berseronok, anak2 kena pandai2 bawa diri. hahahhaa

aisyah dan julia berharap hendak memancing mermaid datang ke tebing sungai. jadi mereka sibuk membentuk ekor ikan di kaki mereka. ada mermaid ke kat sungai?, bukan tepi pantai ke .
Part yang paling seronok, orang Perak kata beranyut(dari perkataan hanyut), it was really fun sebab bila kena dekat batuan badan kita akan macam melambung , kalau tak pandai imbang kan badan, mesti terjatuh sungai, macam yeob saya. tengok la video kat bawah tuh.
dua orang anak dara saya sedang mengangkut tube.
dann kalau dah gila okid tu kan, mesti terjumpa la juga okid.okid ini rasanya owner chalet kat sini potong dahan balak ni sebab dia nak buat flying fox.dan okid tu terbiar mati macam tu aje. rugi.....
ini lagi
akak bawa balik satu dahan aje,hajat hati nak angkut semua ,jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi. satu lagi tinggal, harap2 ada orang lain selamatkan dia. akak cuma sempat siram dengan air sungai sebelum berangkat pulang.

Tuesday, December 15, 2009

short up-date

sibuk sesangat sekarang nih, kepada ct maaf la akak tak prepare kedatangan awak dan terpaksa menunggu akak mencari okid2 awak. hehehehe

ok, mari tengok apa yang ada hari ini.

hamran from singapore, flask phal dan vanda. rasanya akak beli 6 bulan lepas dan sekarang ready untuk transfer ke single pot.


ini ialah keiki untuk phal hybrid untuk bunga di bawah. phal ini sangat senang berbunga dan 1 spike boleh tahan berbulan2 , sepanjang akak membelanya naik 2 spikes sekaligus dan setiap kali berbunga tak kurang dari 8 kuntum untuk setiap spikes. sesiapa berminat dgn keiki yang telah pun di alihkan ini , sila lah email atau mssg.
nama tak ingat , sorry la yea hehehhe.
gambar tidak memuaskan, kali ini berbunga sangat sedikit 2 kuntum aje. mungkin merajuk sebab dipindahkan banyak tempat due to initial stage of renovation process.
tidak pernah gagal mengembirakan hati saya. kesayangan yang diterbangkan jauh dari malaysia timur.
pulcherima , tersangat sayang dengan yang ini kerana combination yang cantik iaitut kuning terang dan putih bersih serta bunga yang besar. ada juga versi lain tapi kuning yang agak pudar dan bunga kecil.
ini lah satu2 nya okid jenis bertanah yang saya ada dan berbunga. agak gagal dalam menternak okid jenis ini.
nak keluar la pulak.hingga jumpa lagi.......