hmmmm........ sedapkan rojak,kemudian diregukan dengan cendol. alamak..........
eh!e!eh! tolong lap air liur yang meleleh tu.....hehehehhehe
terlalu banyak yang hendak diceritakan dan terlalu sedikit masa yang ada, maka saya gaulkan kesemua bahan dan hasilnya adalah seperti di bawah
rhy retusa alba, sebelum nih ada banyak spike yang keluar, disebabkan kesibukan saya okid 2 ini selalu berpuasa. maka dengan itu , hanya satu spike aje yang mampu bertahan.
tengok dari gambar ini , saya berharap ia akan mengeluarkan bunga yang banyak.
Yang ini pula ialah rhy gigantea spot. Juga cuma satu spike kali ini.
Rhy retusa spot, nampak macam ada nak keluar spike tapi tak check secara details,nanti2 up-date lagi.
Phal mentawai seperti tertera di tagnya. Kawannya telah dirembat oleh tan sri khairi. Yang ini masih menunggu rumah baru.
Posisi lain.
sejenis cattleya???
Phal bellina
Juga phal bellina versi jelita.ahaks......
Kepada rehan, inilah yang akak katakan itu. gambar penuh , ada 2 spikes.
sebelah kanan
sebelah kiri
sekarang ini musim aerides berbunga agaknya, yang ini odorata. ada lagi 2 pot yang mengeluarkan spike.
ada 4 tangakai, harum lah rumah jiran saya kerana saya letakkan di luar pagar dan berdekatan dengan pintu rumah jiran.
Ini bukan gambar okid tidak juga gambar princess and frog. tapi gambar kolam ikan saya yang hendak di baik pulih. Pagi tadi pergi ke Selangor Ria membeli EM, terjumpa lah dengan shida sekeluarga. mak aiiii....... jauhnya bershopping barangan dapur. Saja hendak berkongsi info - tidak semestinya barang di Pasar tani itu murah dan fresh.Sebab saya sudah terkena, memang sakit hati.
okid pemberian bunga zaleha, masih tidak mahu berbunga. perlukah saya paksa dia berbunga????
seedling phal bellina alba.
Phal gigantea untuk teman di sarawak. bila sudah sihat dan gembira hendak naik belon, akan saya terbang ia ke sana.
Phal cornu cervi alba.
telahpun memiliki keiki yang gebu dan sihat.
ini ialah vandanopsis, saya kurang pasti adakh itu keiki atau akan mengeluarkan spike. rasanya tan sri khairi boleh jawab, tolong tan sri!!!!
sebenarnya ada banyak gambar lagi nak citer, tapi dah tengah malam nih. penat la pulak...
No comments:
Post a Comment