Wednesday, December 9, 2009

yang mahu dilepaskan

assalammualaikom,

apa khabar? baik ke.......
sudah lama saya tidak up-date blog, bukannya malas tapi sibuk yang tidak bertepi.
nanti2, bila saya ada masa lapang saya akan cerita kan kesibukan saya itu ye.

ok la, sebenarnya terlalu banyak okid yang saya nak lepaskan tetapi tidak berpeluang lagi hendak mengambil gambar dan meletakkannya disini. Sesiapa yang teringin membelinya, silalah ym atau tinggalkan pesanan disini ye. phone itu tidak berfungsi lagi.

tasellata x thai no 1, berbau vanilla.sangat rajin berbunga, belum sempat spike lama gugur, spike baru dah muncul. sudah 4 kali kalau tidak silap berbunga di tangan saya.
miss tiger, bukan bapanya yang ada scandal tu . ahaks....
tiger ni suci murni, juga hendak dilepaskan.
tetrapis, baru habis musim bunga.ada keiki yang sudah hampir sebesar induk.
ini ialah doritis yang selalu saya postkan gambarnya sebelum ini. berwarna merah dan antara rare species, spike baru keluar, yang ini siapa cepat dia dapat ye,cuma ada satu aje.
aerides kepunyaan shah, bilalah dia nak datang rumah amik.
sherry baby kepunyaan ct.
apa ke nama nya dah lupa, bnga mcm neofinitia falcata tapi besar dan berbau wangi. sejenis species.
juga kesayangan saya yang hendakdi lepaskan.berbunga sejak beli hingga sekarang dari spike yang sama.
ini ialah pokoknya.
phal mentawai apa tah lupa pulak namanya. keseluruhan kelopak berwarna pink.
ada 2 kuntum bunga yang baru kembagn
bellina yang mempunyai 2 spikes
closeup bunga
keseluruhan pokok
ini ialah mentawai yang miza ingin tengok, mempunyai 2 spikes dan berbunga meriah.
clospe up bunga dari satu tangkai.

ok la pembaca budiman, silalah buat pilihan dan beritahu la saya jika berkenan.

bye................

Tuesday, October 20, 2009

ada lagi ke orang nih

kreuuukkkk........
ish.........beratnya pintu nih.ish! banyaknya sawang, spider pun ada, cicak pun ada.
eh! apa tuh, harimau ke????
oo....kucing hutan, nasib baik bukan harimau.


ok.ok.ok.
cukup2 la tu mengata saya, saya nak up date la blog nih. hehehehehhe

pada pembaca blog ini yang sangat budiman, saya ada cuma sibuk dengan hal2 rumahtangga dan juga hal2 bukan rumahtangga.
saya juga sibuk bercucuk tanam dan menjaga ternakan , di alam maya fv. penat tau kerja ni,hehehehehehehehehehe

ok la terlalu banyak orchid yang sedang berbunga dan mengeluarkan spike. antaranya sperti di bawah ini.oh.... disebabkan saya sibuk dengan hal lain, saya hendak let go kebanyakan dari orchid saya.sesiapa yang berminat, sila beritahu awal dan saya akan terus post sebab kekurangan masa nak jaga. mana yang dekat boleh lah cash and carry.

dendro species, tapi telah di pinang oleh pembaca dari NZ.


yellow bepi $25, tak ingat telah dibook atau belum, sila la beritahu saya sesiapa yang berminat.

belum lagi rasanya nak jual

yang ini cuma alifinara dan sani aje yang ada. harga $35, sila buat tempahan anda dengan cepat.
ipoh magic star, harga $28.


violacea mentawai $30.
sila2 buat tempahan, saya akan update lagi mana2 yang berbunga dan hendak saya jual.
equestries untuk anggerik, sila beritahu ye bila mau di amik yea.
ok la stop dulu nak pegi amik anak dari sekolah. kan saya kata saya memang sibuk.hehehhehe

Wednesday, September 2, 2009

update yang ringkas

Aerides apa tah dah lupa, tapi sejenis species.dah lama mogok dari berbunga, tapi sekali keluar 3 spikes. terubat sikit hati.


seedpod aerides lawrencia, harap2 menjadilah bila di semai nanti.

keiki ini telah mengeluarkan akar dan boleh lah di ubah tidak lama lagi.
sudah pernah mengeluarkan bunga.bunganya seperti di bawah.

Phal cornu cervi alba.
Phal cornu cervi alba, pot lain sedang meriah berbunga.
doritonopsis light purple, bunganya tahan lama. warnanya yang lembut sangat sejuk mata memandang.
phal florensis, tapi ada perdebatan di forum mengatakan bukan. saya cuma tulis ikut tag aje. rajin sangat berbunga, ini entah kali ke berapa ia berbunga.
Phal bellina, sebenarnya ia bellina blue
doritonopsis, jenis ini bunganya sangat tahan lama. sudah hampir 2 bulan.
Phal bellina kesayangan, yang ini hampir sama dengan cik novelis kita ada.

Phal cornu cervi sumatera.

Monday, August 31, 2009

gambar2 di bulan posa

ntah kenapa puasa kali ini, kami sekeluarga sangat malas ke pasar ramadhan dan tidak teruja langsung hendak membeli makanan di sana untuk berbuka puasa seperti tahun2 lepas.
adakah cik tina sekeluarga telah mendapat hidayah!!!! hehehehhehe
ala...... baru aje 10 hari posa............
sebenarnya ada satu hari tu, rasanya hari jumaat lepas, saya beli popiah basah dan juga murtabak. untuk aisyah roti jala dan untuk sarah kebab pita. tak berselra langsung dengan popiah basah dan murtabak itu, tak ada rasa .ish........ membazir aje.
roti jala pula tak la sedap mana, tapi sebab itu aje ada untuk aisyah maka saya beli la, disebabkan $2 untuk 5 keping, maka tidak cukup lah aisyah sebab telah di pau oleh adam dan julia.next 2 days saya buat roti jala, maka mereka makan sepuas2nya .
saya juga telah membuat roti john untuk menggantikan kebab pita...
eh! ini blog masakan atau makanan ????

tak menepati tema langusng lah.....

ok la jangan merepek, mari lihat okid ...
seedling cynoches ( betul ke spelling nih) hybrid, saje je beli nak tengok bunga macam mana.


harris,
inilah catacetum kepunyaan anda, dah togel. hanya satu aje daun yang tinggal.
ini pula wine delight, beli seedling aje sebab flowering size teramat la mencekik darah. masa beli agak cenonit, sekarang dah besar sikit.
persiapan untuk hari raya??? menepati tema "go green" tapi tidak senada dengan sofa.hmmm......
phal equestries kepunyaan shah,. yang ini cantik letak atas meja makan atau coffee table.
mariposa alba, sedang meriah berbunga.
bulbo becarrii, di hadiahkan oleh seorang judge okid malaysia yang teleh pencen dari membelai okid. saya telah tengok gambar bunganya, teramat lah panjang dan besar serta cantik.....
Dia kata ada 2 jenis , yang saya beli sebelum ini yang berdaun kecil, yang dia hadiahkan saya berdaun besar. daunnya saja dalam 3 kaki lebar.
ada keiki baru naik. dia suruh saya berguru dengan master lam ke lim ke ntah dah lupa, kalau saya betul2 berminat dengan species. dia kata master nih, range harga okid dia adalah serendah $350 dan setinggi beribu raban lemon. alamak!!! malulah , saya nye okid harga pasar malam.
Dia juga dengan baik hati telah memberi kan saya berbagai petua dan siap offer hendak ajar saya bagaimana hendak menjaga dan membungakan okid species.wah! sungguh teruja, tapi kena tunggu suami saya free la, sebab dia seorang lelaki nanti menimbulkan fitnah pulak.

dendro lampongesepandangan dari atas, suka tengok bahagian luar bunga ini sebab warna nya menarik, pink dan kuning kejinggaan.
cattleya ini memang mudah berbunga.
ini kepunyaan rozie, kali kedua berbunga.
close up bunganya.ok la.... nak tido, nanti tak terjaga pulak untuk bangun sahur...........

Saturday, August 29, 2009

out of batterry

Bersemangat la hendak bercerita pasal okid yang berbunga kat rumah nih, sedang teruja men"download" gambar , tiba2 battery pulak kong. hanya ini aje yang sempat di snap


cyc herrenhusanum x cyn chlocaron
close up bunga

dendro species dari phillipines, taj jumpa lagi idnya

phal venosa