ntah kenapa puasa kali ini, kami sekeluarga sangat malas ke pasar ramadhan dan tidak teruja langsung hendak membeli makanan di sana untuk berbuka puasa seperti tahun2 lepas.
adakah cik tina sekeluarga telah mendapat hidayah!!!! hehehehhehe
ala...... baru aje 10 hari posa............
sebenarnya ada satu hari tu, rasanya hari jumaat lepas, saya beli popiah basah dan juga murtabak. untuk aisyah roti jala dan untuk sarah kebab pita. tak berselra langsung dengan popiah basah dan murtabak itu, tak ada rasa .ish........ membazir aje.
roti jala pula tak la sedap mana, tapi sebab itu aje ada untuk aisyah maka saya beli la, disebabkan $2 untuk 5 keping, maka tidak cukup lah aisyah sebab telah di pau oleh adam dan julia.next 2 days saya buat roti jala, maka mereka makan sepuas2nya .
saya juga telah membuat roti john untuk menggantikan kebab pita...
eh! ini blog masakan atau makanan ????
tak menepati tema langusng lah.....
ok la jangan merepek, mari lihat okid ...
seedling cynoches ( betul ke spelling nih) hybrid, saje je beli nak tengok bunga macam mana.
harris,
inilah catacetum kepunyaan anda, dah togel. hanya satu aje daun yang tinggal.
ini pula wine delight, beli seedling aje sebab flowering size teramat la mencekik darah. masa beli agak cenonit, sekarang dah besar sikit.
persiapan untuk hari raya??? menepati tema "go green" tapi tidak senada dengan sofa.hmmm......
phal equestries kepunyaan shah,. yang ini cantik letak atas meja makan atau coffee table.
mariposa alba, sedang meriah berbunga.
bulbo becarrii, di hadiahkan oleh seorang judge okid malaysia yang teleh pencen dari membelai okid. saya telah tengok gambar bunganya, teramat lah panjang dan besar serta cantik.....
Dia kata ada 2 jenis , yang saya beli sebelum ini yang berdaun kecil, yang dia hadiahkan saya berdaun besar. daunnya saja dalam 3 kaki lebar.
ada keiki baru naik. dia suruh saya berguru dengan master lam ke lim ke ntah dah lupa, kalau saya betul2 berminat dengan species. dia kata master nih, range harga okid dia adalah serendah $350 dan setinggi beribu raban lemon. alamak!!! malulah , saya nye okid harga pasar malam.
Dia juga dengan baik hati telah memberi kan saya berbagai petua dan siap offer hendak ajar saya bagaimana hendak menjaga dan membungakan okid species.wah! sungguh teruja, tapi kena tunggu suami saya free la, sebab dia seorang lelaki nanti menimbulkan fitnah pulak.
dendro lampongesepandangan dari atas, suka tengok bahagian luar bunga ini sebab warna nya menarik, pink dan kuning kejinggaan.
cattleya ini memang mudah berbunga.
ini kepunyaan rozie, kali kedua berbunga.
close up bunganya.ok la.... nak tido, nanti tak terjaga pulak untuk bangun sahur...........
Cantik arr cik lampong tuhh....
ReplyDelete