Thursday, April 7, 2011

doritis

Hari ini kita belajar penjagaan doritis. Ini untuk menjawab pertanyaan Makyun ( yang masih bercerita tentang gader2 hari tuh. rugi tak datang ... hehehehhe)dan juga arabella serta sebagai pengetahuan am kepada geng2 orkid yang tak berminat dengan doritis.


Doritis ni dulu, adalah juga di sebut Phalaenopsis masa zaman dinosour dulu. Tetapi sekarang , tak ingat la tahun bila, sudah di tukar kepada doritis, sila lah tanya lebai google ye.Ia masih lagi, kaum kerabat Phal...

doritis sangat sesuai sebagai hiasan" indoor".Lihat lah sahaja di atas itu.... ewah!!!!....

Ok, mari kita mulakan pelajaran kita hari ini.

Kepada yang tidak kenal, ini PASU. Inilah pasu leper yang di tanya oleh peminat orkid di forum. Pasu ini, sangat sesuai jika anda mahukan doritis tersebut mempunyai anak pinak yang banyak.
Ini cara saya menanam doritis, saya cuma letakkan di atas pakis yang di potong -potong kecil. Biarkan sahaja akarnya mencari ruang untuk hidup.yang ini saya gunakan pasu yang kecil agar pokok tidak mabuk akar. maksudnya , bila ruang besar dan baja pokok selalu di beri, maka pokok ini akan beranak pinak tetapi tidak mahu berbunga. Ia boleh berbunga, tetapi lambaaaaaaaaaaatttttttttttttttttt sangaaaaaaaaaaaaaattttttttttttttttttt.
saya suka menanam doritis dalam pasu kecil dan biarkan ia membiak dengan memberi lebih baja pokok.Letakkan ia di tempat yang agak redup agar ia mudah membiak.

apabila ia sudah berbunga, anda boleh pindahkannya ke pasu yang anda suka untuk di letakkan di dalam rumah sebagai hiasan.
Saya gunakan pasu yang tidak berlubang di tepi, agar akar tidak keluar dan membantutkan usaha membungakan doritis ini.Sila ambil perhatian , saya gunakan pasu yang kecil; juga bertujuan untuk menstabilkan pokok semasa di dalam pasu yang lebih besar. Satu lagi tujuannya, anda tidak perlu memecahkan pasu kecil tersebut sebab ia masih boleh membiak dengan aktifnya, walaupun anda memasukkan ia ke dalam pasu yang lebih besar.
Pilih pasu yang sesuai dan sesuka hati anda( ayat ini selalu di gunakan oleh supplier saya - macam perli aje.)
Masukkan pasu doritis tadi ke dalam pasu hiasan yang anda pilih.Untuk menambahkan kecantikan hiasan pasu ini, silalah letak seaweed plastik atau apa aje hiasan untuk menutup bahagian akar yang nampak berselerak itu.akak tak boleh nak tunjukkan sebab tiada stock penutup rumpun itu.

Jika anda seorang yang pemalas sibuk, anda boleh guna cara di bawah untuk menyegarkan pokok anda. saya biasa gunakan cara ini apabila hendak meninggalkan pokok2 orchid saya untuk jangka masa 3 hari hingga seminggu.
Ambil tuala dapur yang tidak digunakan lagi. Perlu di ingatkan YANG TIDAK DIGUNAKAN LAGI. basahkan tuala tersebut.
Letakkan di sekeliling pokok tersebut.Sila pastikan, akarnya tidak terjuntai keluar dari pasu. Aisey.......... lupa nak pakai cincin penuh jari and gelang sampai ke siku macam makcik2 yang masuk dalam rancangan memasak tu. hehehhehe
Jangan padatkan tuala tersebut . Ini untuk mengelakkan akar2 tersebut lemas.

Ok itu aje pelajaran untuk hari ini. sila hafal ya , sebab akan di tanya semula dalam kelas minggu depan.

2 comments:

  1. cantik pasu... sy ada satu Doritis tp xberanak2... bunga rajin... yg saya tgk antara ruas daun jarak dia jauh2 skit dari akak nye ni...

    ReplyDelete
  2. farazi: doritis apakah itu? mgkn awak boleh upload kasi kita porang tengok and pakat2 komen. hehehhe

    ReplyDelete