Hari ini saya ingin membuat posting tentang vanda ini dan juga untuk menjawab persoalan dari Ct. Apa khabar ct di NZ, adakah lagi gegaran2 tersebut. Akak berharap tiada apa yang akan berlaku dan berhati-hati ye.
Vanda Sanderiana mempunyai pokok yang besar seperti Vanda sumatrana, vanda tricolor var suavis dan seangkatan dengannya. Vanda yang berpokok kecil adalah seperti Vanda coerulea, vanda denisoniana, vanda scandens etc.
Vanda ini berbunga besar dan mempunyai 2 tona warna.
Gambar di atas di ambil di remang senja. Bunganya adalah sebesar tapak tangan orang dewasa.
spikesnya mempunyai dalam 8/9 kuntum bunga.
Semasa akak berjumpa dengan se orang tokeh orkid yang telah berkecimpung di dalam dunia orkid semasa akak masih berhingusan lagi, beliau menjual orkid jenis ini pada harga $100 untuk satu cutting yang sedang berbunga.
akak terkezut la jugak , untuk rakyat marhaen macam kita ni, kira mahal la kan. Lagi pun mana nak tahu , palsu ke tidak ke, tak gitu cik limah???.....
Maka, akak yang ramah tamah ini bertanya la kepada tokeh yang tak berapa nak handsome ( motip) itu....
Maka dia menjawab seperti di bawah.....
adik manis!!!
tipu aje , bangla aje selalu cakap gitu... hehhehehe
nampak tak gambar di atas tuh, kalau original dan bukan pelesu aka hybrid , bahagian belakang labellum( betul ke nih, aiseh, kena rujuk kamus la pulak kan) adalah membulat.
Manakala, untuk hybrid , bahagian belakangnya tajam (pointy). nampak tak gambar kat atas tuh.....
kalau tak boleh nak faham, lain kali kita pergi Teh Tarik dan cerita panjang... ok tak????
Itu lah ilmu yang akak dapt dari tokeh yang tinggal di hujung dunia ini...
Harap ia memberi manafaat kepada anda semua.....

No comments:
Post a Comment