Monday, March 28, 2011

ada sesiapa berminat?

Sempena ulangtahun tiga orang tersayang di dalam family ahkak ( apa kena mengena), serta sempena hari bergader2 geng orkid ahad ini, maka akak ingin membuat jualan penghabisan stock. ewah!!!!

tak la abis stock, yang terpilih sahaja.
Phal amboinensis var common, sedang berbunga dan ada 2 spikes. Harga di nursery , paling murah ialah $80. akak nak let go pada rege 50 hengget aje. cepat ye kepada yang berminat.
gambar penuh.

Vanda Robert delight 'black'


Bulbophyllum cameronense tersangat wangi.


Cymbidium ensifolium kot, untuk tatapan umum sahaja.


da...............nanti up date lagi

Thursday, March 24, 2011

apa khabar

lama tak update.
biasala kan.......
maklum lah.....
.... sibuk selalu
tambah nak gader2 nih.....

kat bawah ni baru sempat amik gambo...

Vanda helvola, berabau wangi dan tahan agak lama walaupun kena hujan
Phal modesta, comel , rege comel juge $25 SOLD
Phal coerulea hybrid, tak sure hybrid apa, berbau wangi dari bellina
Dendro nestor x dendro anosmum pink. bunga yang besar dari anosmom biasa. Aunty jual keikinya $15 /pokok. Kalau sesiapa terining akak ada 2 keiki dan setiap satu berharga $10.
SOLD
Cymbidium bicolor.

Thursday, March 10, 2011

bacalah........

Ada sesiapa dah baca buku "A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad".
akak tidak berkesempatan lagi nak baca , malah belum pun tengok buku tu di kedai buku, apa tah lagi nak beli.hehehehehehhehe

Kepada sesiapa yang sudah membacanya, betul kah seperti yang di gembar-gemburkan bahawa, keputusan yang di buatnya adalah bukan dari beliau seperti pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Ops lalang yang diputuskan oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Haniff Omar.

Hmmm.... akak tertanya-tanya, adakah kesemua pembangunan yang di buat di negara terchenta ini, Malaysia semasa pemerintahan beliau bukan dari idea atau keputusan beliau jugak.

Musykil.... la
ada sesiapa yang dah baca, boleh lah ulas sedikit... nak la tahu jugak kan...

Hari ini saya cuma nak tampal orkid-orkid yang di minati oleh pembeli sejak akhir-akhir ini.
enjoy..............


Phal violacea var sumatra "nikko"
Amboinensis var common, stripes coklat yang agak kerap.

Phal amboinensis var common dengan stripes coklat yang lebih banyak dan rapat.

Phal Penang Violacea hybird. Kombinasi warna yang menarik maroon dan hijau.

terlebih rajin, amik gambar dua kali.
vanda mimi palmer x vanda tesselata
harap pembaca semua enjoy dengan gambar2 yang di tampal di sini.

Terkilan

Bertahun2 saya mencarinya, berbulan2 saya menunggunya, berminggu2 menunggu dengan sabar ia menonjolkan kecantikannya, berhari2 saya sabar menanti........
Sekelip mata ia hilang, kuciwa !!!!!!!!
eh! itu dia di atas lantai porch...
Kemungkinan
1. di petik Julia
2. di langgar adam dengan basikalnya
3. di langgar oleh kucing jiran ( rasa mcm nak ketuk kepala jiran yang kurang cerdik itu
4. atau saya yang terlanggar...hehehehehheehehhehe

Paph stonei

Monday, March 7, 2011

Vanda Sanderiana


Telah lama saya mengidamkan vanda ini, disebabkan sukar untuk mendapatkannya dan kekangan kewangan , maka hajat ini terbantut begitu sahaja.

Hari ini saya ingin membuat posting tentang vanda ini dan juga untuk menjawab persoalan dari Ct. Apa khabar ct di NZ, adakah lagi gegaran2 tersebut. Akak berharap tiada apa yang akan berlaku dan berhati-hati ye.

Vanda Sanderiana mempunyai pokok yang besar seperti Vanda sumatrana, vanda tricolor var suavis dan seangkatan dengannya. Vanda yang berpokok kecil adalah seperti Vanda coerulea, vanda denisoniana, vanda scandens etc.

Vanda ini berbunga besar dan mempunyai 2 tona warna.
Gambar di atas di ambil di remang senja. Bunganya adalah sebesar tapak tangan orang dewasa.
spikesnya mempunyai dalam 8/9 kuntum bunga.
Semasa akak berjumpa dengan se orang tokeh orkid yang telah berkecimpung di dalam dunia orkid semasa akak masih berhingusan lagi, beliau menjual orkid jenis ini pada harga $100 untuk satu cutting yang sedang berbunga.
akak terkezut la jugak , untuk rakyat marhaen macam kita ni, kira mahal la kan. Lagi pun mana nak tahu , palsu ke tidak ke, tak gitu cik limah???.....
Maka, akak yang ramah tamah ini bertanya la kepada tokeh yang tak berapa nak handsome ( motip) itu....

Maka dia menjawab seperti di bawah.....

adik manis!!!
tipu aje , bangla aje selalu cakap gitu... hehhehehe
nampak tak gambar di atas tuh, kalau original dan bukan pelesu aka hybrid , bahagian belakang labellum( betul ke nih, aiseh, kena rujuk kamus la pulak kan) adalah membulat.


Manakala, untuk hybrid , bahagian belakangnya tajam (pointy). nampak tak gambar kat atas tuh.....
kalau tak boleh nak faham, lain kali kita pergi Teh Tarik dan cerita panjang... ok tak????

Itu lah ilmu yang akak dapt dari tokeh yang tinggal di hujung dunia ini...
Harap ia memberi manafaat kepada anda semua.....

apa yang baru

Ramai yang bertanya, apa orkid baru yang ada sekarang. Sebenarnya ada banyak tetapi tidak berbunga, so saya terpaksa biarkan dulu . Saya juga teramat sibuk , jadi tidak sempat hendak mengambil gambar seperti yang di minta. Maklum lah, pilihan raya kecil di Kerdau tu memerlukan tumpuan...
Eh! apa kena mengena?!..

Di bawah ialah phal yang saya hendak lepaskan. Harga ialah $23 satu pokok. Eh! murahnya... nape jual murah....
disebabkan anda memerlukan fakta2 penting itu, maka inilah sebabnya....hehehhehe

1. saya beli dari kecil, harga seedling adalah lebih murah, tetapi untuk menjaganya memerlukan kesabaran tahap dewa -dewi. Kadang2 seedling ini memilih untuk ke syurga, dewa-dewi pun boleh menangis tau....

2. Disebabkan pilihanraya sudah habis, maka sudah tiada lagi gula2 yang di berikan kepada anda untuk menarik undi, maka saya terpaksa menjual apa yang ada untuk mengumpul tunai.heheheheh

3. Saya jual dengan harga yang murah supaya buyer saya boleh buat keputusan dengan cepat dan COD(cash on delivery). Ini kerana saya mengambil dengan tokeh COD, maka untuk membuat pusingan modal perlu juga COD dgn customer.

4. Saya hendak mengambil high end orkid seperti Paphio gigantiflorum, Cornu cervi red, vanda sanderiana etc.Disampaing menambah tunai, saya juga perlu menyediakan ruang untuk orkid 2 baru tadi.

Haa.... tu dia, panjang berjela alasan yang di beri.
so, meh la tengok apa yang hendak di lepaskan....

Phal violacea var sumatra, sebelah kanan berbunga dan sebelah kiri spiking.
Phal bellina Pink

Phal bellina blue


dan last sekali , phal zebrina.

Ok la, sila lah pilih, jangan malu-malu ye.....

Thursday, March 3, 2011

posto!posto!posto! apa nak buat lepas tuh......

POSTO...
POSTO.....
POSTO.....

Encik / Cik XXXXXX ada?
Ada bungkusan untuk dia........
Gedebuk!!!
satu kotak ,sebesar anak gajah di penuhi orkid.
terlalu excited.....
gumbira......
melompat.......
dan tak tahu nak buat apa....
Biasakan ..................................................................................

Saya selalu mendapat pertanyaan, apakah yang patut dilakukan dulu setelah menerima orkid secara poslaju atau melalui courier service yang lain seperti DHL, skynet etc.

Mari kita belajar apa yang patut di buat, langkah demi langkah.

1. sila sign delivery notes..... jangan lupa, or else mereka akan amik balik kotak tuh...hehehehehhe
2. Angkat kotak ( kalau berat , sila angkat dengan back hoe) dan letak di atas meja.
3. terpegun melihat kotak? Sila jangan lupa untuk buka kotak tersebut......



tada......

4. bentangkan suratkhabar lama dan letakkan orkid2 tadi di atas kertas tersebut. Jika orkid tidak banyak , biarkan ia terdedah didalam kotak untuk 1/2 jam. orkid2 ini memerlukan rehat .
Seperti anda juga yang lama didalam perjalanan, tentu memerlukan rehat setelah sampai ke destinasi....

5. isikan air di dalam besen atau baldi.biarkan ia dalam satu jam.
6. Kemudian rendamkan, orkid2 tadi dalam 1/2 jam.
tujuan aktiviti 4,5,dan 6 adalah untuk mengurangkan/menghilangkan stress.

7. Sekarang orkid2 anda telah bersedia untuk menginap di rumah baru.
sila sediakan peralatan dan bekas2 untuk memasukan orkid2 ini.

8. jika hendak di ikatkan ke kayu, sila rujuk gambar dia bawah. ( sopannya perkataan)
letakkan sedikit moss diatas kayu.
letakkan orkid yang di ingini.
letak moss dan di ikat.
letakkan tag

9. anda juga boleh pasukan orkid tersebut ke dalam clear pot
pastikan moss padat di dalam pot tersebut.

9. selain cara di atas , anda boleh gunakan plastik pot yang ada air ventilation hehehehehehehe

10. sila gantungkan orkid2 tersebut di tempat yang teduh.


Phalaenopsis yang diceritakan di dalam entry kali ini ialah phal lueddemanniana x phal violacea. Rupa parasnya adalah seperti di bawah. Namun, saya pasti anda semua tahu kalau hybrid anda tidak akan dapat kesemua nya sama seperti gambar di bawah.

Seperti anda dan adik beradik anda, sudah pasti tidak samakan?kan?kan?

gambar dari tenet.

Saya cuma ada 10 pokok nearly blomming size and spiking. So, jika berkenaan, silalab beritahu awal untuk mengelakkan kekecewaan ........

da......