apakah perasaan anda bila benda yang sangat diidamkan belum berjumpa?
Anda telah mampu iaitu kos untuk membeli barang tersebut, tempat juga telah di sediakan tetapi barangnya tiada?
begitulah , perasaan saya bila phal violacea mentawai yang di idamkan belum berjumpa. saya skip inai rambut satu session untuk menyimpan wang bagi membeli phal ini. walaubagaimana pun , baru2 ini telah diketemukan, aunty tersangat baik hati simpan kan saya satu pokok yang telah di tanamnya beberapa tahun lepas? wah !!!! puas hati tau......
Phal violacea mentawai, ia mempunyai tangkai yang panjang. saya tidak dapat menunjukkan tangkainya sebab malas nak tukar lense.
Ada 3 kuntum, tapi pokok kecik sebab ini version lama.
Phal carribean sunset x phal budi linohong, warna pinkish.
bunga dari pot yang sama, tak ingat siapa yang yang ada minta nak beli dulu. tapi dulu saya tiada extra. so, sesiapa yang berminat tu, beritahu la ye. cuma ada satu pot aje.
da.......
No comments:
Post a Comment