hi...hi...hi.....
Agak jarang2 sekali saya menghapdate blog ni. Maaf la ye sibuk sikit. al maklum lah, mana nak buat kerja rumah, menjaga orkid, memelihara alam sekitar(menyapu sampah , boleh kira ke??), membaca kisah retis. terlalu banyak la kisah mereka ni. terpaksa la baca kan sebab letak front page ....
ala kisah retis putus cinta, front page kan hari tu....
harus ekonomi negara merudum kalau tak di ambil tahu , tak gitu cik limah.......
ekekekekekkekek
so, apa khabar anda semua? sihat? cik Ct dah sampai NZ ke? cik sofie... selamat menyambut hari jadi yang ke AWAL berapa ye? cik na semoga anak2 sedara awak selamat di terbangkan ke malaysia dari Mesir.
Ha....
lepas bertanya khabar , marilah kita mencuci mata.
Oncidium NOID sebab tagnya hilang semasa dok angkat ubah dia ..
sat ke depan, tak sampai seminggu ke belakang pulak , pening dia sampai tertanggal idnya. anyway, bunganya cantik , iaitu kombinasi warna kuning coklat. spikenya pula mencecah satu meter, ada 2 spike , satu sudah kembang penuh, satu baru belajar hendak membuka mata.
Phal fuscata, yang baru sedikit sahaja kembangnya.kali ini banyak pulak bud yang menunggu masa untuk kembang.
Encyclia cordigera var semi alba, hadiah dari seorang sahabat baik semasa hari lahir saya tempohhari. Saya telah bertanya ke lebai google, tersangat lah menarik bunganya. Tak sabar rasanya menunggu budnya kembang.
Bulbo auratum var flava. si comel ini memang mudah berbunga kot, ataupun memang sekarang musim bulbo meriah berbunga.
tak sure coelogyne apa kah ini. try google yang paling hampir ialah coelogyne pulverula
tapi tak sure lagi, betul ke tidak id tersebut.Gambar di atas di ambil dari bahagian bawahnya.
close up bunganya dari bahagian depan.
tangkainya panjang mencecah satu meter dengan bunga yang penuh sepanjang tangkainya.
gambar di atas ialah Phal sumatrana junk girl. Sedang meriah berbunga.
close up bunganya.
Phal borneensis, kali ini bunganya agak terkeluar dari normal. sebelum ini saya ada satu pot yang hampir menyerupai cornu cervi. jika kita lihat di sini pun ia terlalu hampir meyerupai cornu cervi.Saya pernha hendak melepaskannya, tetapi sekarnag tidak lagi. sayang la pulak kan....
Berbeza dgn cornu cervi daunnya agak tirus iaitu hampir menyerupai phal pantherina.Nanti lah bila rajin akan cari detail mengenai phal jenis ini.
ok la cukup la di sini dulu.
da..........
No comments:
Post a Comment