Wednesday, February 9, 2011

makanan

paling ringkas nak citer nih.....
tentang makanan......
adakah anda
1.jenis memilih makanan atau
2.jenis letak apa aje semua sapu........
yang kedua tu sebenarnya, bukan lah jenis kuat makan atau tak malu tapi jenis kesian tengok makanan terbuang. tak gitu??? think positive hoccay.....

anak saya si aisyah dan si adam sangat memilih makanan yang di hidangkan , tersangat lah letih melayan kerenah mereka. Dahulu kala si aisyah, makanan nya mesti putih atau jernih. Dia hanya akan makan nasi dengan sup sayur yang di letak udang, kerapu goreng tepung bersos soya( cuma ambil daging yang putih), roti atau nasi sahaja.

Sekarang makanan nya ada berwarna sedikit seperti nasi goreng, kuay teow goreng dan nasi-kicap telur.Bercerita tentang nasi-kicap-telur, saya hairan macamana dia boleh makan nasi yang berkuahkan kicap. maksudnya terlalu banyak kicap sampai tiada warna nasi. Pernah saya menegurnya.
Ikuti lah perbualan anak beranak ini. Lokasi di meja makan di rumah saya.. hehehhehee

Saya : Aisyah, nape letak banyak sangat kicap tu.....
Aisyah : ala... ibu......... sedap tau gini.
Saya : tapi kicap banyak sangat, dah jadi macam "gravy" ibu tengok
Aisyah : macam itu la sedap ibu...
Saya : nak tahu tak.....
Opah cakap, kalau suka makan benda hitam macam nasi Aisyah tu, nanti kawen
dapat suami hitam tau.....
Aisyah: ayah tu....!!!!!
Saya : hmmmmm

Morale of the story: jangan beri perumpamaan atau contoh yang memakan diri sendiri!!!!!! muahahhahaha

ok, meh citer makanan orchid pulak.
hari ini saya nak citer tentang slow releaser fertiliser , juga dikenali sebagai fertiliser spikes. pernah tengok atau dengar tak tentang fertiliser ini.

Untuk orang malas sibuk seperti saya juga anda, baja seperti ini sangat lah membantu. ini kerana jika saya tidak sempat untuk spray fertiliser, pokok2 orchid saya masih ada nutrients yang diperlukan dari baja tadi.

Ia terbahagi kepada 2 jenis, untuk tumbesaran pokok dan juga untuk membungakan orchid anda.
untuk tumbesaran pokok, ada yang bewarna kehijauan atau pun putih.
untuk membungakan orchid.
Jenis ini sangat sesuai untuk orchid jenis Phalaenopsis.
Di nursery ada juga di jual yang telah di re- pack.


makanan mata pula.
Ini ialah darwinara, baunya sangat wangi. salah satu parentnya ialah Neofinitia falcata ataupun The Japanese Wind Orchid. size darwinara mengikut cik falcata iaitu miniature.Sangat mudah berbunga.
coelogyne xyrekes, namanya macam citer star trek kan???


ok la stop merapu dulu. kita sambung esok pulak ye.

No comments:

Post a Comment