Betul ke kita ni ada kembar 7 kat dunia nih? itu citer masa saya masih lagi berhingusan, dan menurut kata kawan2 ( tak tahu la kalau di tokok tambah). bila kita dah bertemu dengan ke tujuh2 nya bermakna ajal kita dah dekat.masa tu bila dengar , berdiri bulu roma; peluh jantan betina semua keluar....... eiiii....... takutnya
Betul ke tidak, saya pun tak tahu. Pada saya ajal maut di tangan tuhan. Kita manusia yang lemah hanya mampu berusaha dan bertawakkal aje. Selain itu mesti berniat hendak berbuat baik dan berusaha untuk membuat baik .Semoga mendapat ganjaran di akhirat kelak.Sekian tazkirah untuk kali ini. hehehhehehe
Orkid juga mempunyai kembar yang hampir se iras. Meh tengok...
Kedua2 orkid di atas ialah Phal violacea var sumatra. Yang sebelah kiri ada sambungan Nikko dan yang kanan pendek aje. Yang sebelah kiri tu bunganya lebih besar dan lebih harum dari cik vio sebelah kanan tuh.
close up kedua2nya
Phal violacea var sumatra
Phal violacea var sumatra "Nikko"
Phal violacea var sumatra "Nikko". Yang ini sudah pindah ke rumah baru di Kedah.Jika ada sesiapa yang berminat , boleh lah letak order sebab stock baru sampai next week.
Phal amboinensis var common
Seperti yang di nyatakan di posting yang lepas, var common bermaksud base/latar belakang putih. yang ini stripesnya kurang dan , base nya lebih menyerlah. Jangan tanya yang ini sebab dah berlepas ke Pantai Timur.
yang ini pula stripes nya lebih banyak dan agak kemerahan. Warna lebih mengancam dan lebih mudah di dapati. Cik amboi yang ini telah berlepas ke Johor.
Ini pula Phal tetrapis. Masa dulu2 saya tersangat suka phal ini, hingga mempunyai lebih kurang 7 koleksi. tetapi sekarang saya hanya mempunyai 3 sahaja.
Ini pula tanpa stripes dan tersangat lah sukar mencarinya. Tokeh minta saya jual kepadanya, dan minta saya letak harga. Maaf, tidak untuk berjual beli . Hanya untuk di nikmati keindahan nya yang putih bersih itu. Ewah!!!! ayat.......
Phal cornu cervi. Varisai ini dari sempadan.Stripes merah base kuning , tersangat lah menawan.
Yang ini nampak mcm bintik2 yang berterabur dan ada bahagian yang tiada berbintik. Fokus di bahagian kakinya. ( ewah!ewah!ewah! pandai2 aje letak kaki). Yang ini juga tidak untuk berjual beli.
Phal carribean sunset x Phal budi linohong. Berwarn pink lembut sesuai dengan baunya yang lembut.
No comments:
Post a Comment