Hari ini ada gader2 kat rumah sofiera. Hajat hati memang nak pegi , tetapi saya ada banyak hal la pulak di hari minggu ini.Maka saya pun siaplah apa yang patut pada hari sabtu itu, agar boleh bergader dan bergebang dengan gang orchid nih. ( patut kah gang orkid, sebab dia orang ni dah berdangdut ke nursery rose pulak).
Hari yang di nanti2 tiba, maka saya telah bangun pukul 5 pagi. gosok gigi, cuci muka ,terus mandi, pakai baju, minum susu , terus pegi ....pasar tani.
Dah sampai pasar tani, selepas beli keperluan dapur, wajib la pulak makan kan......
sudah makan..... harus lah pulak berjalan2 mencari barang.........
ternampak lah kuih telinga k***ng(param), saya pun beli untuk di bawa ke rumah sofiera kita.
lepas tu HB kata nak beli booster untuk enjin keter ke hapa tah, maka berpimpin tangan lah kami ke gerai yang di maksudkan.
Separuh jalan. Eh!!! cantiknya boxer untuk boys and girls. maka kamipun singgah dan membeli untuk puteri kecik dan putera . Jalan lagi .....eh! cantiknya kusyen ni, sofa saya pun dah lama tak tukar kusyennya. Maka saya singgah la di gerai kusyen pulak, disebabkan tiada yang berkenan dan akak itu bermurah hati untuk jahitkan untuk saya. maka saya tempah 6 biji kusyen, minta kurang , hanya 10 hengget aje.
"tak boleh lah kurang lagi dik, akak guna kain fella design ni", ok la kak kira jadilah.....
kemudian terpandang jam ....eh! dah dekat 8.30 pagi. kena balik ni , kang tak sempat pulak pegi rumah cik sofie kita.
Sarah telah menalipon banyak kali beritahu Julia dah ready. Sesampai di rumah saya terus bersiap dan hampir pukul 9 baru bertolak dari rumah. sempat call shida tapi tuan rumah yang angkat , cakap dah tunggu di pintu nak berangkat dah.Nasib baik dia begurau aje.Sindiran dalam gurauan ke cik sofie...hehhehehehe
Disebabkan lambat, HB bawa keter mcm F1. Panjang sikit la doa saya.....
Eh! nape sampai sungai buloh pulak ni!!!!!
alamak!!! dah la lambat sesat la pulak!!!!!
Call tuan rumah, setelah berbagai direction di beri, maka saya sampai lah tepat pukul 10 pagi, waktu berangkat pergi berdangdut sepatutnya.
Eh! mana pulak kuih param nih, teringgal!!!!!
Gift utk gang pun tertinggal, naisb baik tuan rumahnya ada bawa.......
Inilah gang orchid yang bergader2 di rumah sofiera. Jika nak tengok gambo2 lain, silalah ke FB ye.3 member baru, anggerik, arabella dan zarahim.
SO, meh la tengok orchid pulak.
Di beri nama Phal cornu cervi "red star". Comel aje bunganya dan pokoknya mcm Phal cornu cervi red( posting sebelum ini)
akhirnya telah kembang penuh cik lobbii ini. Masih ada 5 menunggu untuk kembang.
Ada sesiapa berminat???
Phal violacea alba, sangat rajin berbunga.
Blc little star x cattleya apa tah tak ingat...
tapi saya suka sebab tidak putus berbunga dan banyak pulak tuh.
ok la... sampai di sini dulu ya....
No comments:
Post a Comment