Sunday, November 7, 2010

sekepala dan gila-gila

Pernah kah anda mendapat geng yang satu kepala? Apa2 tindakan anda dan geng macam lagu dan irama.ewah!!!!!!!
best tau.....
Saya merupakan insan bertuah itu jangan jeles .Saya ada satu kawan, juga kakak sepupu juga regu orkid yang sangat serasi dengan saya. Wah!wah! sepupuku, sila bernafas dengan teratur, tak usah kembang kempiskan hidung tuh. hehehhehehe

Sempena cuti2 hujung minggu lepas, kami dengan gigihnya telah bershopping orkid yang beratus kilometer jauhnya dari rumah kami. Sepupu saya itu juga dengan semangat berkobar2 telah menambah jumlah RM (siap bertreasure hunt mencari ATM) . Ratusan RM yang di beri suami tidak cukup. semangat 1Malaysia betul
Sesampai aje di nursery tersebut, dengan semangat waja kami pun start bershopping. Wah! rambang mata tengok pokok yang berbunga dan yang tidak berbunga mempunyai pokok yang besar dan daun yang lebar . Kebanyakan pokok dibiarkan hidup secara liar. Sungguh mendamaikan bagi penggila orkid seperti kami. Percaya tak sepupu saya membeli 15 pokok phalaenopsis modesta , hmmm.... nak buat ulam kot!!!!
kami begitu teruja melihat Phal bellina blue yang sihat dan sedang berbunga. Baunya tersangat la harum.......
End up saya amik 10 pots dan sepupu saya amik 5 pots.dia kata nak buat natural potpouri. Mesti wangi garden dia nanti. Gigih kan kami berdua......
Ok la panjang pulak citer!!!
meh la kita tengok pokok2 tersebut ye.
Phalaenopsis zebrina, ada 3 pokok dan sau pokok ada spike. Yang ini telah berpunya.
Phalaenopsis kunstleri, di biakkan secara semula jadi.
Phalaenopsis violacea var blue, meriah dengan spikes.
Phalaenopsis kunstleri , ada 4 pokok di sini. Juga telah bertuan.


Phalaenopsis Bellina Blue yang harum semerbak.
sila-sila pilih yang mana berkenan.jangan malu2 , mereka belum berpunya lagi.hehehhee


Phalaenopsis manii

Ada 3 jenis orkid di sini. sebelah kiri Phalaenopsis inscriptiosinensis , bulbo auratom alba dan sebelah kanan sekali phalaenopsis maculata.

hingga jumpa lagi...
da..........

No comments:

Post a Comment