Ini kerana my one and only , kena bersunat pada 20 hb tuh. so, Jumaat kami kena pulang ke kampong.
Cerita hendak bersunat ini bermula dgn panggilan dari ibu saya 2 minggu sebelum tarikh tersebut , dia beritahu nak buat doa selamat sekali dgn berkhatam al-Quran untuk cucu-cucunya serta berkhatan untuk cucu lelaki.Selepas saya melatakkan ganggang talipon
Adam, " Ibu, bersunat tu apa?'
Ibu, " bersunat tu untuk budak lelaki dan perempuan"
Adam, " Adam kena bersunat ke?"
Ibu, " setiap orang kena bersunat"
Adam, ' apa tadi ibu, bersunat? apa tu ibu?"
Ibu, 'hmmmm.. nanti la ibu bagi tau"
Petang tu balik dari sekolah
Adam,'Ibu.................... adam tak nak bersunat'
hmmm..... mesti dah dapat maklumat dari kawan2 di sekolah. hehehehhe
Petang jumaat tu sesampai aje di rumah ibu saya. izwan sudah menunggu dan buka kan pintu kereta.
izwan,"adam, kamu jadi tak bersunat"
adam, 'jadi"
izwan,' ok'.
dan dia terus berlalu, nak dapatkan semangat kot. hehehhe
Maka hari yang di tunggu pun tiba. Majlis bermula dengan khatam untuk cucu - cucu opahnya, hanya cucu perempuan aje yang berkhatam. yang lelaki malu...
Yang barisan depan boleh membaca, yang belakang memegang bendera merah .Dua beradik , izwan dan imran(kanan) menunggu dengan penuh debaran.
Adam sibuk bermain dengan sepupunya tak tahu la dia takut ke tidak.
Makanan lambat sampai, tukang masak sibuk. so , budak2 sibuk main games.
ibu sempat berposing
bergossip
ah!! akhirnya makanan dan sampai, buffet stail. tapi , kami amik mcm hidang. malas nak bangun banyak2 kali.
Sesampai di klinik, adam yang sepatutnya bersunat dulu, meragam. Ini kerana dia marahkan saya sebab memalukan dia di depan sedara mara. nanti saya cerita di entry yang lain. hehehhehe
Mak kecik cuba memujuk adam dengan berjanji untuk membeli kasut roda. Adam cepat aje setuju, so tak pasal2 mak kecik kena beli heelys. Saya beli untuk sarah masa birthday dia 7 tahun lepas ialah $480. sekarang tak tahu la, dah tu adam nak warna hijau, hanya di us aje ada kaler hijau. kopak la mak kecik.
Izwan ,lega dah lepas. sepatutnya dia last, tetapi sebab adam meragam , izwan masuk dulu.
Di ikuti oleh imran. tersenyum lebar dia kerana dia sebenarnya takut sangat tetapi tiada ibu tempat mengadu, maka tahan sendiri aje la. abahnya sibuk.... kesian anak yatim dua orang ini.
Adam di dalam OT. Dr suruh angkat tangan, reason; agar tak pegang tangan doktor. nanti terslah potong.hehehhehe
Operasi sedang berlangsung, adam pesan. " ayah! jangan amik gambar bird adam tau"
Mula2 ibu larat tengok, tetapi bila doktor dah tarik jadi macam kepak kelawar tu, ibu dah tak larat nak tengok. Doktor kata, bird nya buta, so kena tarik keluar dan lambat sembuh la.Operasi sedang berlangsung, adam pesan. " ayah! jangan amik gambar bird adam tau"
Bila saya cakap kat mak saya di luar perihal buta ni.
Si sarah pulak menyapuk, ' so , bird adam tak nampak la ibu".
Hai....... apakah .......
Dah selesai , baru adam komplen lapar. masa nak pergi , bila tanya nak makan ke? oh! adam tak lapar la ibu, itu la jawapannya setiap kali di tanya. mungkin gemuruh kot.
Adam di rumah atuk /opah piul. Tersangat la manja sebab tak ramai cucu. Berkumur pun di tempat tidur aje.Nak pergi toilet aje dia bangun.
muka boring sebab kena tengok tv aje. ok la. nanti citer orkid ye. dah ramai yang tanya....
No comments:
Post a Comment