Tuesday, November 30, 2010

pujaan hati


Banyak sangat pujaan hati saya.
selain suami terchenta, anak2 dan peminat2 ( dibenarkan muntah) tidak lupa orkid2 saya.
malas nak komen panjang,tengok aje la ye....
Di tagkan sebagai vio red x bellina red, nampak mcm bellina biasa aje. mungkin nak sebut pink kot pi sebut red.cuma kaler pink nya agak tersebar luas sedikit. bau pun kadang2 bau violacea kdg2 bau bellina.
Ke, deria bau saya ada problem.
tak sabar nak tunggu speciosa ini kembang. berdebar2 sih, dulu saya beli $45 kecik gila pokoknya, bungapun tak byk calitan merahnya, tapi kali ini merahnya significant. belum kembang dah terserlah.
tak tahu ini phal apa, cantik dan berabu wangi..........
malangnya untuk tatapan umum ye, tak ada dah.
Phal ini di beli di Malaysia Timur, di labelkan sebagai phal cornu cervi tapi nampak dari luar macam kaler merah. adakah ia thalebanii???? Huh! harap2 gitu lah...


keiki vanda limbata yang hendak dilepaskan, harga $10.pjg satu kaki.sold
dendro lamellatum, rajin berbunga.inilah pokoknya
pahl fimbriata dan viridis , sila lah lihat di fb ye.
ok nak cari pisang goreng. da....

Sunday, November 28, 2010

corat-coret hujung minggu

Tiada yang menarik hujung minggu saya.ala2 boring dan tertunggu2 bilakah boleh berkawad di MAHA. Semalam Hakim SMS, adik seorang itu pergi ke sana rupanya. Sanggup memandu berjuta batu ( di atas jalan) .

Berjuta batu jauhnya
akan ku tinggal kan dirimu(orkid ku)
tujuh lautan akan ku lintasi
demi suatu MAHA

chorus
Bunga -bunga berguguran
di sinar bulan
akan ku bawakan untuk mu segalanya

sila menyanyikan ikut rentak berjuta batu , nyanyian alleycats.
Hari ini cikgu hakim SMS lagi menyatakan habis dia borong orkid kat sana. Uwaaaa...!!!!!!
Serius, panjang gila list yang dia beri kat akak. nanti tayang kat blog ye.

Ini yang tak sabar nak pergi nih, rasa macam nak ikut rombongan cik kiah berkawad kat MAHA satu haribulan nih. Tapi mana pulak nak tinggalkan gerabak ketapi tuh.HMmmmmm
adakah tahun ini saya hanya akan mendengar citer2 gembira dari rakan2 sahaja???sob..sob...sob...


Phal cassandra sunset x phal budi linuhung.

oncidium
Oncidium
Dtps summer red
Phal NOID


Phal bellina alba
Phal violacea alba
Dtps NOID
Vanda hybrid, berbau wangi
Phal speciosa,harap2 kali ini dapat yang banyak calitan merahnya.
Phal cornu cervi black
Mengikut kata tokeh, black dots is the indication of this type . i.e. black. Begitula harapan saya , yang membeli tanpa bunga ini.
another leaf
Dendrobium sutiknoi. Hanya untuk tatapan umum sahaja. tiada bekalan lagi. nanti saya biakkan, (kalau bernasib baik) dan jual kepada mereka yang mengidam.
Phal violacea alba, tengok daun pun dah gembira. mcmana tu? hanya mereka yang meminati yang memahami. hehheehe
Phal NOID

Saturday, November 27, 2010

rawatan diperlukan

Kepada peminat2( ewah! rasa mcm retis pulak. heheheheheh) blog ini, hari ini sessi belajar ye.
Tapi kan dah cuti sekarang ni. I nak pergi holiday.....
Hep!!!! tak kira, ini soalan ramalan untuk PMR next year. soalan bocor tau. Baik baca sekarang , kang tak pas mak marah tau. muahahahahhaha

Ok, benti merepek. Back to the subject.

Target : Phal David Lim (2 plants)
Problem : dehydrated
: mites attacked
: fungus infection ( probably)
Recommd. prevention: Yates antipest and mites , bennex


Secara keseluruhan, dilihat pada akar dan daun. pokok ini sangat2 tidak cukup minum.

akar yang kering dan tiada tanda2 akar baru muncul.Di hujung aerial root ini juga tiada ara baru.
Tanda serangan spider mites, tetapi telah mati . Mcmana kita tahu sudah tiada. Ini kerana tanda itu telah hitam dan bila kita gosok dgn jari tiada tanda seperti karat melekat kat jari kita.
Gambar2 di atas untuk plant yang pertama.



Gambar2 di bawah adalah untuk pokok yang ke dua.
ada banyak juga akar yang mati, fokus di sebelah kanan, tetapi tiada akar baru yang muncul.
Aerial root, ada yang kering dan tiada akar baru muncul.
Daun yang berkedut menunjukkan ia kekurangan air.



Di sebalik daun tadi, nampak bersih , tiada serangan mites.
Daun yang lain telah di potong kerana di katakan terkena serangan fungus.
Apakah yang patut kita buat?
Hah! baju merah, pada fikiran awak apa yang patut di buat?
baju merah," eh! saya tertidur tadi".
Hmm......

Ok, cara akak. akak rendam dulu dalam sejam dua.
Biarkan rest dalam 2/3 jam.
Selepas itu amik 1 sudu bennex, masuk dalam 5 liter air.
Kemudian rendam dalam 20 minutes.
Rendam keseluruhan pokok.
Angkat pokok, biarkan sekejap.
amik pasu kosong, masukkan pokok tadi.
Tabur sedikit moss yang baru (jgn guna recycle).
gantungkan pokok tersebut.
sila siram setiap hari.
Hari ketiga spray dengan anti pest yang di sebut tadi. Pastikan pokok di siram dahulu sebelum di racun.
sila spray di keseluruhan pokok.
Waktu baik untuk meracun ialah selepas subuh dan lewat petang. Kenapa? Next lectures.
Sila spray antipest seminggu sekali, atau cairkan bancuhan untuk 2 kali seminggu.
Berhenti ! setelah tanda2 jangkitan atau penyakit sudah tiada.
Pokok hendaklah di siram 2 kali sehari.
Ok. itu sahaja untuk hari ini.

da.................


Wednesday, November 24, 2010

rojak



otak beku sikit, nak letak tittle pun amik masa berjam2. Selepas 3 jam dan telah kenyang dengan nasi arab , baru dapat ilham.adakah begitu sinonim perkataan di atas. hehehhehehe
ishhhh..... bukan nak rombak kabinet atau nak buat pilihanraya aje kena tunggu ilham....
nak letak tittle pun perlu tunggu ilham tau................

ok, berhenti merepek. sila cerita apa yang peminat nak tau. ewah!!!!

nampak tak daun phal tetrapis ini kuning.
nampak tak, ada spike baru keluar di sebelah kiri tuh.
ini lah hasil stress....
dendrobium wasellii, bunganya comel sangat . suka tengok kombinasi warna bunga yang begitu harmoni.
ini bukan orkid ye, tapi fern slab. salah satu media orkid.
terpaksa letak cangkuk sebab tidak di sediakan.
eh!!nape tiba2 masuk citer slab pulak?
hmmmm sesuai la dengan tittle rojak tadi kan.............

Seedling phal gigantea, ada 5 pots aje yang hendak di lepaskan. 2 pots telah berpunya.

saya sekarang menggilai dendrobium species.
tersangat comel tetapi tak tahu nama. Kalau ada sesiapa tahu, sila lah beritahu saya ye.
ok, da......

p/s
tadi lupa nak masukkan
phalaenopsis inscriptiosinensis
tabah menanti bunganya kembang.

Monday, November 22, 2010

cuti2 yang ayah ibu lega dan anak bimbang

cuti sekolah bermula hari sabtu 20hb tapi anak2 saya dah mula bercuti pada hari Jumaat 19/11/2010 kerana nak balik kampong.

Ini kerana my one and only , kena bersunat pada 20 hb tuh. so, Jumaat kami kena pulang ke kampong.
Cerita hendak bersunat ini bermula dgn panggilan dari ibu saya 2 minggu sebelum tarikh tersebut , dia beritahu nak buat doa selamat sekali dgn berkhatam al-Quran untuk cucu-cucunya serta berkhatan untuk cucu lelaki.Selepas saya melatakkan ganggang talipon
Adam, " Ibu, bersunat tu apa?'
Ibu, " bersunat tu untuk budak lelaki dan perempuan"
Adam, " Adam kena bersunat ke?"
Ibu, " setiap orang kena bersunat"
Adam, ' apa tadi ibu, bersunat? apa tu ibu?"
Ibu, 'hmmmm.. nanti la ibu bagi tau"
Petang tu balik dari sekolah

Adam,'Ibu.................... adam tak nak bersunat'
hmmm..... mesti dah dapat maklumat dari kawan2 di sekolah. hehehehhe

Petang jumaat tu sesampai aje di rumah ibu saya. izwan sudah menunggu dan buka kan pintu kereta.
izwan,"adam, kamu jadi tak bersunat"
adam, 'jadi"
izwan,' ok'.
dan dia terus berlalu, nak dapatkan semangat kot. hehehhe

Maka hari yang di tunggu pun tiba. Majlis bermula dengan khatam untuk cucu - cucu opahnya, hanya cucu perempuan aje yang berkhatam. yang lelaki malu...


Yang barisan depan boleh membaca, yang belakang memegang bendera merah .Dua beradik , izwan dan imran(kanan) menunggu dengan penuh debaran.
Adam sibuk bermain dengan sepupunya tak tahu la dia takut ke tidak.
Makanan lambat sampai, tukang masak sibuk. so , budak2 sibuk main games.
ibu sempat berposing
bergossip


ah!! akhirnya makanan dan sampai, buffet stail. tapi , kami amik mcm hidang. malas nak bangun banyak2 kali.
Sesampai di klinik, adam yang sepatutnya bersunat dulu, meragam. Ini kerana dia marahkan saya sebab memalukan dia di depan sedara mara. nanti saya cerita di entry yang lain. hehehhehe
Mak kecik cuba memujuk adam dengan berjanji untuk membeli kasut roda. Adam cepat aje setuju, so tak pasal2 mak kecik kena beli heelys. Saya beli untuk sarah masa birthday dia 7 tahun lepas ialah $480. sekarang tak tahu la, dah tu adam nak warna hijau, hanya di us aje ada kaler hijau. kopak la mak kecik.

Seperti biasa, memujuk adam ialah dengan memberinya handphone ibu untuk main game.

Izwan ,lega dah lepas. sepatutnya dia last, tetapi sebab adam meragam , izwan masuk dulu.

Di ikuti oleh imran. tersenyum lebar dia kerana dia sebenarnya takut sangat tetapi tiada ibu tempat mengadu, maka tahan sendiri aje la. abahnya sibuk.... kesian anak yatim dua orang ini.
Adam di dalam OT. Dr suruh angkat tangan, reason; agar tak pegang tangan doktor. nanti terslah potong.hehehhehe
Operasi sedang berlangsung, adam pesan. " ayah! jangan amik gambar bird adam tau"
Mula2 ibu larat tengok, tetapi bila doktor dah tarik jadi macam kepak kelawar tu, ibu dah tak larat nak tengok. Doktor kata, bird nya buta, so kena tarik keluar dan lambat sembuh la.
Bila saya cakap kat mak saya di luar perihal buta ni.
Si sarah pulak menyapuk, ' so , bird adam tak nampak la ibu".
Hai....... apakah .......




Telah selesai. adam kata tak sakit.
Dah selesai , baru adam komplen lapar. masa nak pergi , bila tanya nak makan ke? oh! adam tak lapar la ibu, itu la jawapannya setiap kali di tanya. mungkin gemuruh kot.

Adam di rumah atuk /opah piul. Tersangat la manja sebab tak ramai cucu. Berkumur pun di tempat tidur aje.Nak pergi toilet aje dia bangun.
muka boring sebab kena tengok tv aje. ok la. nanti citer orkid ye. dah ramai yang tanya....