tak dak citer sebenarnya.mungkin anda akan pening kepala membacanya.
Dendrobium , nama specific kena tengok tag. malas la nak pegi tengok.
Blc Hadyai Delight for sale $20an
Blc hadyai delight for sale 20an
Blc hadyai delight for viewing only, sebab cacat.
Apakah maksud Blc tuh?
Untuk mengetahui secara details, kita mulakan dengan nama keluarga. yang ini ialah keluarga cattleya.Keluarga ini agak besar bila ia di silangkan dengan pelbagai genera seperti Brassavola ( Brassocattleya), Laelia ( Laeliocattleya), Broughtonia(?), Diacrium(?), Encyclia(?), Epidendrum(Epicattleya), , Sophronitis, Rhyncolaelia, Schomburgkia, etc.
Hybirdnya boleh terdiri dari pelbagai genera. 2 genera seperti Brassocattleya, 3 genera seperti Brassolaeliocattleya dan sebagainya.
Pening!!!!!!!
Ok back to Blc (sebutan kena betul ye, bukan Glc heheheheh).
Blc ialah nama manja yang di beri oleh mak pak angkat depa? Macam anda juga masa kecik2 mungkin mak panggil mek, ayang, awang, putih dan macam2 la. Jadi, BLc ialah Brassolaeliocattleya iaitu gabungan dari Brassavola, Leilia dan juga cattleya.
Ok la, dah semakin pening kan.
Dipendekkan citer, keluarga cattleya ini sangat mudah di jaga , ia juga mempunyai bunga yang cantik dan kebiasannya ia sarankan untuk beginner.
Kedua2 gambar di atas ialah Phalaenopsis tetrapis. Kalau anda perasan ia mempunyai satu sahaja stripe. sila buat perbandingan dengan yang di bawah ini.Saya sedang mencari Phal ini yang mempunyai tanpa secalit pun stripe. Harap2 berjumpa satu hari nanti.
Phalaenopsis tetrapis.
Encylia tampensis alba. Sepcies yang sangat rajin berbunga dan comel.Koleksi yang sangat saya sayangi, kerana sukar di dapati.Ia adalah species yang terawal saya beli , iaitu beberapa tahun dulu.
Vanda Robert Delight ' Black' , kepunyaan cik Ct . Tanpa saya sedari ia telah dimamah oleh kumbang kuning , Nasib baik sempat sedar, tapi separuh sudah hilang.
ok la, pegi la makan ubat . kalau pening2 lalat pergi la ke nursery orkid dan borong sekarang. hehehhe
No comments:
Post a Comment