Sunday, October 31, 2010

cymbidium aloifolium



2 spikes di bahagian kanan dan satu di kiri , agak tersorok.
close-up bunganya.
Seedpod

Cymbidium ini saya beli awal tahun lepas. Telah 2 kali berbunga di tangan saya. Kiranya jenis ini mudah berbunga. First time berbunga naik 2 spikes dan 2 nd time 3 spikes. Ada lagi 2 pots, harap2 akan berbunga secepat mungkin. Makanan kegemarannya ialah kulit pisang.

vanda tasselata



Bila lalu berhampiran dengan pokoknya baunya sungguh wangi semerbak.Gambar ini di ambil setelah bunganya hampir malar...
Perlukan cahaya matahari yang agak banyak untuk berbunga.

Friday, October 29, 2010

Hutang orkid




Hari ini rasa macam nak demam. Demam exam kot ........., hanya Sarah aje yang masih exam. Aisyah dan adam sudah habis. Adam bawa paper balik bahasa arab dapat 64%, agama 64% dan english 86%. Kesemua menurun dari mid year dulu. Paling teruk bahasa arab dan agama. Partly my mistake, saya tidak dapat mengajar bahasa arab sebab tak pandai. Untuk agama pula, saya terlepas pandang , ingatkan this week. rupa-rupanya last week on Tuesday. Hmmm...... yang simple pun Adam buat salah.

darwinara ku yang di nodai kumbang kuning. Hampir habis pucuk bunga di makannya.

eh! nak citer pasal hutang orkid.
saya masih berhutang dengan

1. natrah - seedling phal tetrapis x phal bellina.
2. mya - bila la nak amik farmeri tuh
3. henry - phal gigantea, tagging

sape la gi ye.
boring gila dah n.
ok la nak pegi minum latte

Thursday, October 28, 2010

tugasan dan perasaan dan hobi dan....

Minggu ini saya sibuk sebab anak exam. Maka profesion saya bertukar menjadi cikgu untuk berlainan subject di hari yang berbeza.
Kejap jadi cikgu math darjah 5, then bertukar science darjah 1, lepas tuh cikgu geografi untuk tingkatan satu , cikgu Bahasa Melayu untuk darjah 5, lepas tu tukar cikgu maths untuk form 1. Tapi saya tak boleh jadi cikgu Bahasa arab sebab masa belajar dulu cuma amik Bahasa Mandarin, kesian anak teruna saya.

Bulan ini , tanggal 28 , genap sepuluh tahun abah pergi meninggalkan kami. Saya tidak pernah membicarakannya , tetapi di tahun ini saya fikir saya mempunyai kekuatan untuk berbicara tentang abah saya , dan saya telah pun mengarang entry nya tetapi ternyata saya tidak mempunyai kekuatan. sepanjang saya menulis 5/6 kali saya berhenti sebab tulisan kabur dik air mata. Maka saya mengambil keputusan untuk berhenti dahulu, jika saya mempunyai kekuatan akan saya sambung dan post di kemudian hari.

Kesedihan menyebabkan saya mencari alternative lain, maka saya telah berjalan2 di nursery( hanya itu yang mampu menguraikan kesedihan. alasan muahahahaha) dan telah terbeli la pulak beberapa pot. hehehehehe

Gambar2 di bawah ada yang baru di beli ada yang lama. enjoy...........
BLc hadyai delight

suka tengok macam velvet
Phal Bellina pink , tersangat wangiPhal purple martin, mudah berbunga, banyak kuntum dan tak banyak kerenah.
Phal violacea alba


Phal sogo rose, wajib ada sebab disamping bunga yang cantik , ia juga mudah berbunga. malah harga pun mampu milik.

Dtps Hybrid, warna yang sangat menarikPhal hybrid, sangat teruja sebab spikes yang banyak, keiki jugak banyak dan harga kurang banyak $38. hehehehehe

ok la nak siap anak pegi sekolah... da......

Friday, October 22, 2010

caca marba

tak dak citer sebenarnya.mungkin anda akan pening kepala membacanya.

Dendrobium , nama specific kena tengok tag. malas la nak pegi tengok.

Blc Hadyai Delight for sale $20an

Blc hadyai delight for sale 20an
Blc hadyai delight for viewing only, sebab cacat.

Apakah maksud Blc tuh?
Untuk mengetahui secara details, kita mulakan dengan nama keluarga. yang ini ialah keluarga cattleya.
Keluarga ini agak besar bila ia di silangkan dengan pelbagai genera seperti Brassavola ( Brassocattleya), Laelia ( Laeliocattleya), Broughtonia(?), Diacrium(?), Encyclia(?), Epidendrum(Epicattleya), , Sophronitis, Rhyncolaelia, Schomburgkia, etc.
Hybirdnya boleh terdiri dari pelbagai genera. 2 genera seperti Brassocattleya, 3 genera seperti
Brassolaeliocattleya dan sebagainya.
Pening!!!!!!!

Ok back to Blc (sebutan kena betul ye, bukan Glc heheheheh).
Blc ialah nama manja yang di beri oleh mak pak angkat depa? Macam anda juga masa kecik2 mungkin mak panggil mek, ayang, awang, putih dan macam2 la. Jadi, BLc ialah Brassolaeliocattleya iaitu gabungan dari Brassavola, Leilia dan juga cattleya.
Ok la, dah semakin pening kan.

Dipendekkan citer, keluarga cattleya ini sangat mudah di jaga , ia juga mempunyai bunga yang cantik dan kebiasannya ia sarankan untuk beginner.

Kedua2 gambar di atas ialah Phalaenopsis tetrapis. Kalau anda perasan ia mempunyai satu sahaja stripe. sila buat perbandingan dengan yang di bawah ini.Saya sedang mencari Phal ini yang mempunyai tanpa secalit pun stripe. Harap2 berjumpa satu hari nanti.
Phalaenopsis tetrapis.

Encylia tampensis alba. Sepcies yang sangat rajin berbunga dan comel.Koleksi yang sangat saya sayangi, kerana sukar di dapati.Ia adalah species yang terawal saya beli , iaitu beberapa tahun dulu.
Vanda Robert Delight ' Black' , kepunyaan cik Ct . Tanpa saya sedari ia telah dimamah oleh kumbang kuning , Nasib baik sempat sedar, tapi separuh sudah hilang.

ok la, pegi la makan ubat . kalau pening2 lalat pergi la ke nursery orkid dan borong sekarang. hehehhe

Thursday, October 21, 2010

Himpunan ayat-ayat meruntun jiwa

Biasakah anda berbual-bual dengan anak-anak anda. Maksudnya macam "moms daughter talk".

Sarah anak sulong saya sangat prihatin dan menjaga perkataannya agar tidak menyakiti hati saya. Tetapi perlu di tekankan Bahasa Melayu mereka adalah agak menyakitkan telinga dan kadang-kadang boleh menyebabkan sakit jantung.hehehehe

Scenario 1.

Di suatu pagi yang nyaman, saya cuma keluar bersama Sarah untuk ke Nursery Orchid. Kami berbual banyak perkara. Hingga lah ....

Sarah : Ibu ! muka Sarah ni ada jerawat kat dahi.
Ibu : Kan .... ibu ada belikan cleaser dan ubat jerawat ( tanpa menyebut jenama untuk mengelakan publisiti hehehhehe)
Sarah : Sarah dah apply dah tapi tak mahu pun...
Ibu : Sarah.........
kita kena rajin kalau nak cantik, cuci muka , jangan liat mandi pagi , jaga kebersihan....
Sarah : ala..... ibu ni...
Ibu : betul...... tengok muka ibu," take things for granted", sebab muka ibu tiada problem. Masa dulu2 ibu selalu pakai make up, lepas tu tak cuci muka , tidur dgn make up sekali. Banyak kali ibu buat sebab tak nampak kesan lagi. Sekarang tengok muka ....
belum sempat saya menghabiskan ayat....

Sarah : ibu, bukan ke itu seperti Ketam mengajar anak berjalan?. Dengan muka penuh kejujuran dan suci murni.
Saya terkedu tak tahu nak kata apa. takkan nak marah pandai pulak anak aku ni berperi bahasa, kena pulak pada tempat tuh
.Maka saya pun gelak lah.
Ibu : Sarah......... shall we change the subject?
Sarah tersengih-sengih kehairanan.

Scenario 2

Bertentangan dengan Sarah, Aisyah adalah tersangat outspoken. Dia memang suka meluahkan apa juga yang dirasakannya tanpa ragu-ragu.Samada perkataan ataupun perbuatan. contohnya..

Ibu : Aisyah! jangan la gaduh2 dengan Adam tu
aisyah : tapi Adam start dulu
Ibu : Tapi Aisyah kan kakak, beralah lah sikit
Aisyah : Adam yang buat dulu la ibu.......
Mereka berdua terus kata mengata dan seperti tidak hirau apa yang saya cakap
Ibu: kalau macam ni, ibu tak nak la duduk rumah. ibu kerja balik la .....
Adam terdiam
Aisyah : Yeay!!!!!!!!nanti kita kaya balik.....

Scenario 3

Bila Julia tidur petang, saya selalunya berada di sampingnya , sambil melayari internet. Bukan apa, kalau dia tersedar dan saya tiada di sisi, alamat satu block ni boleh dengar dia menjerit.
suatu hari dia tersengih2 lepas bangun tidur......

Julia : ibu!ibu! nape la perut ibu ni........
sambil memegang perut saya
Ibu : nape...
Julia : hehehehehe ibu ....gemuk la
Ibu : Julia ni.....
Julia : hehehehe ada baby la ibu....
Julia nak baby girl.....

Perbualan ibu dan anak lelaki pulak...

Adam: ibu! masa ibu muda2 dulu ibu cantik ye...
Ibu : nape..... Adam nak kata ibu tua la tu....
Adam : bukan la ibu.......Adam tengok gambar lama..... ibu cantik la dulu
Ibu : habis sekarang....ibu tak cantik ke...
Adam: hmmmm..... can.....tik................sikit aje!!!


ataupun mungkin anda biasa mengalami yang ini.

Ibu : Adam ......tolong ibu amik penyapu kat atas.
Adam : ala.... penat la ibu, tadi adam dah sapu sampah kat kelas.
Ibu : Amboi !!!kat sekolah buat kerja sampai penat, kat rumah minta tolong amik kan penyapu tak larat.
Aisyah : nape adam rajin sangat kat sekolah. angah kan .... Masa turn angah duty, angah sorok penyapu so tak payah la sapu sampah....
Ibu : aisyah !!! tak baik tau gitu
Aisyah : ala...... penat tau ibu sapu sampah.....

ataupun yang ini, di meja makan

Ibu :siapa suka makan , telur ikan
Sarah, aisyah , adam : suka!!!!!
Adam : mcm citer ... apa tu ibu. Yang ibu dia suka makan telur ikan then anak dia habis kan. kesian kan..... ibu dia
Sarah : batu belah batu bertangkup. Kan ibu? kesian ibu dia kan.... apa la anak dia...
Aisyah : haah, anak yang boy tu makan habis , mak dia tak dapat yang merajuk masuk batu.
Selfish kan ibu, ibu budak tu..................
alahai.................

Macamana la pulak kisah anda bersama2 tersayang anda ye......

Ok la, kalau ingin berkongsi citer, tinggalkan lah komen anda...

Eh! ini blog keluarga ?ke orkid ke kak?hehehehehehe
jangan mara.....................
ok la, meh!meh! meh! tengok orkid pulak.
Asco

mimi palmer original colour , yang ini bunga besar . katanya yang mereka cross sendiri
suku sakat cattleyaPhal cornu cervi alba yang saya bela sejak masih baby. sekarang dah besar panjang , and mungkin tak lama lagi akan mendapat baby pulak.
sejenis aerides, tokeh tak tahu nama. saya lagi la tak tahu. hehehhee

Adakah ia arachnis, kagum dgn stripes nya yang terang itu. Mengikut kata tokeh tu ini ialah phal Amboinensis x Phal Gigantea. Oh! kalau begitu Phal David Lim la.
Bukan..... dia kata, kami cross sendiri ni. i tak pernah lagi jumpa kat mana2.
Hello makcik!!!! kat tenet ada.........

tapi , malas la kan nak buat issue, cuma saya perasan warna agak berbeza dgn encik david yang saya jumpa.
ok la, jemu dah membaca kan?????
stop dulu ye.....

Wednesday, October 20, 2010

hari sepi

Hari ini tidak banyak citer, rasa malas berbau rindu menyebabkan saya menalipon emak di kampong.

Saya" hello! hello"
mak" hello, sape ni. mak tak dengo le. bising bebeno kat sini"
Saya "mak kat mana ni, orang la"
mak " mak, kat PWTC ni"
saya " Hah!" mcamana mak sampai kat sana , mak buat apa? nak kita orang pergi amik ke"
mak " tak payah sebab mak ikut rombongan, mak jadi pemerhati kat perhimpunan UMNO ni, bla, bla......
malam ni mak balik , esok mak datang rumah kamu dgn mamat"
Saya " ok la mak, tak dengo sgt la"

Itu lah bonda saya, sejak dia menjadi balu, dia selalu menjadi sasaran hampir kesemua persatuan di kampong . Kejap dah ikut rombongan orang kampung ke Langkawi, tak lama Kelantan. Hari lain pulak , mak nak pergi under persatuan peladang ke seberang manong Muhyiddin Yassin datang.
Hari lain pulak,
Mak" kamu rase kalo mak pake baju kurong pink ni ok tak, mak nak amik sijil dari rafidah untuk ibu mithali"

Ok , itula ibu saya. Masih aktif walaupun dah berusia 69 tahun. Saya, duduk aje kat rumah. Nak masuk wanita UMNO dah beberapa kali daftar online tak ada respond, adakah saya patut masuk PKR, PAS , DAP atau Parti Bebas. hehehehhehe

Ok la, meh cuci mata dengan koleksi nursery dan sedikit koleksi saya.
AscocendaMeda Arnold x Ascocenda Blue boy, tersangat la deep purple....
cantik ....
Dendrobium species
Asco apa tah
Phal sweet memory, tersangat comel, juga ada bau.

Phal sogo rose, merah terang dan rajin berbunga
Dendrobium wassellii, sesiapa yang belum ada, elok lah amik satu. species yang rajin berbunga dan comel aje. Harga pun tak mahal.
Phal Purple Martin, gambar di atas tangkai dari 3 pots.

Vanda mimi palmer x v tesselata, wangi
Vanda Mimi Palmer dgn kaler originalnya.baunya juga wangi.
oncidium
Vanda denisoninana hybrid, harga $55. baik cari species berbaloi la jugak rasanya.
aerides coeletis alba, harga $80. First time tengok alba form dan tak sure harga tu berbaloi ke tidak. tetapi selalunya alba , harga berkali ganda dari yang biasa.
Phal tetrapis x phal pantherina. Sesiapa yang ada beli seedling , inilah rupa paras nya nanti.
Dove Orchid , national flower of Panama. tersangat la wangi dan putih yang cantik. maksudnya bila tengok rasa nyaman aje....
Asco hybrid. Warna cantik harga juga menarik $35.

saya suka orchid cattleya tapi tak pandai sangat nak beri dia berbunga.












Brassavola apa tah, nodosa kot?


Dtps, kepada cikna inilah rupa paras orchid yang duduk di cucur atap tuh. tinggi melangit, semalam baru dapat ambil gambarnya.

ok la gitu la citer hari ini. bye..............