Beberapa hari sebelum ramadhan, anak lelaki saya dimasukkan ke ward. Keadaannya tidak serius tetapi disebabkan dia ada asthma, maka Doktor nya minta kami warded kan dia untuk beberapa hari
Sementara itu, anak perempuan bongsu saya pula juga tidak sihat.Disebabkan saya pun kurang sihat, maka HB menunggu anak di hospital dan saya menjaga seorang lagi di rumah. Dugaan Allah kali ini agak besar kepada keluarga kami, saya yang tidak larat nak bangun sebab demam , sakit tekak dan batuk berharap kepada Sarah untuk membantu. Kesian Sarah, hampir semua kerja dia buat dan setelah itu bersiap2 ke sekolah pula, Nasib baik ada adik beradik membantu dan juga ibu saya datang dari kampong kerana bimbang anak-menantu dan cucu nya sakit.
Alhamdulillah, sekarang anak2 saya sudah semakin sembuh tetapi saya masih ada batuk dan sakit kepala.Kepada kawan2 yang bertanya dan berdoa agar kami sekeluarga sembuh, terima kaish di ucapkan. Jika saya tidak dapat membalas samada melalui phone, mail, chat, dan fb bermakna saya terlalu tidak larat.
tidak banyak benda yang hendak diceritakan, maka kita cuci mata aje la dgn gambar yang tidak seberapa ini.
Gambar di ward, Adam yang terlalu rindu pada Julia kerana sudah lama tidak bermain bersama minta Julia baring di sebelahnya.
"Julia, meh!! baring sebelah abang. meh la, nanti Julia nak balik jap lagi". Julia yang mungin juga rindu kepada abangnya, tersengih2 naik katil . gambar ini di ambil semasa mereka berdua sedang leka menonton TV di ward.
Aerides robson gem, ada 2 spikes yang sedang meriah berbunga. Ia mempunyai darah lawrencia dan agak sukar untuk di temui di nursery sekarang.
Dendrobium tanii, menurut kata yang empunya diri harga di pasaran ialah $50, di sebabkan saya berbarter trade dengannya, maka saya tak terasa keperitan mengeluarkan $$$$$
Cymbidium bicolor kot. gambar di ambil semasa baru nak kembang, sekarang ni dah hampir penghujung musim bunganya. tak sempat nak ambil gambar sedang blooming sebab tak larat nak ke belakang.Phal violacea var blue. suka kepada warna dan harumannya.Harga memang berbeza dari phal species biasa tetapi puas hati.
Sekarang ni bayak pula bunga2 rose yang berkembang di rumah saya. Hati bukan main teringin hendak membelainya tetapi apakan daya, saya masih lagi lemah untuk melakukan itu semua. setakat amik gambar oleh anak2 aje la.s
mempunyai kelopak yang tebal dan mudah berbunga.
warna cerah dan berbunga besar , kelopak tidak tebal.
antara kegemaran saya kerana sampai layu pun bunga maintain comel begini.
sudah di sambar emak saya.
Juga telah di sambar emak saya.telah di beli oleh se orang presiden persatuan kebajikan satu syarikat ini sempena minggu menghijaukan bumi .tujuannya untuk di tanam di sebuah rumah kebajikan. sebenarnya saya tidak mahu menjual tetapi disebabkan dia hendak beli untuk tujuan kebajikan, maka 3 pasu rose saya bertukar tangan.
sama seperti sebelum ini, cuma pasu berlainan,
Ok la sampai disini dulu, selamat mengerjakan ibadah puasa. dan semoga ramadhan tahun ini Allah memberkati anda semua dan kami sekeluarga. aminnnnn......
No comments:
Post a Comment