Thursday, July 29, 2010

mission impossible

Ye adik2 , kakak2, abang2 dan ibu2 serta bapa2 sekalian.
Teruja tak dengan tajuk di atas.
Pasti teruja!!! kalau tak pun ngaku aje la, nak sedap kan hati penulis blog ni.hehehhehe.

OK mari kita bermula. Jeng...jeng.jeng.jeng....jeng .jeng..jeng.. ( sila ikut intro music MI ye)
Mission kita kali ini ialah hendak membuat pesticide dan juga insect repellent daripada neem oil.
zap! psshhh.....................
ye! asap sudah berkepul2 keluar dari CD adakah para bapa/jejaka tampan sudah berasa diri anda bertukar menjadi Tom Cruise heheheh

Apakah neem oil itu, ya abdul wahab? sila baca skrip tersebut seperti cerita 3 abdul itu.
Neem oil ialah sejenis minyak yang di ambil dari biji - bijian pokok neem. Pokok ini pula berasal dan boleh didapati dengan banyak nya di India..Selain digunakan untuk tanaman , neem oil juga digunakan secara meluas didalam ubat-ubatan tradisional dan juga kecantikan aka kosmetik. anda boleh mendapatkan lebih maklumat tentang sejarah pokok neen ini di sini.India adalah antara negara yang bijak memanafaat kan sumber bahan asli mereka.Saya mendapat galakan penggunaan minyak neem ini pun dari hardcore orchid yang berbangsa India (selingan).Lanjutan dari itu, menurut mereka tadi, silalah cari minyak2 ini di Kedai kepunyaan orang India atau kadang2 mamak pun ada jual minyak ini.

Tidak lupa, Paradox juga ada memberi panduan penggunaan neem oil ini. saje nak citer, bukan satu bangsa aje memberi panduan akan penggunaan minyak ajaib (bukan baby ajaib aje tau) ini.

Ok,maaf tadi saya pergi ke Mumbai beli kain saree untuk baju raya.
cantik tak?
Lepas tu pergi ke Sarawak jap meninjau kawasan hutan yang dah diterangkan untuk tanam kelapa sawit.


credit to crustmania.


credit to ai-penggayu

siapa la yang kaya menimba hasil bumi ni ye???

Ok , berbalik citer neem oil tadi. dah hampir lupa dah ..hahahhahaha

Salah satu bahan asli yang terdapat di dalam minyak neem ini ialah AZADIRACHTIN. Sedap ye nama tu, silap2 ada orang letak nama anak nanti. hehehehehe

Ok kita citer dulu mcmana nak buat pesticide ini.

Bahan2 yang diperlukan ialah
1, minyak neem
2.mild detergent ( kawan seangkatan cadang gunakan sunlight, bercerita pasal sunlight ini saya teringat peristiwa lucu . Seseorang berkata kepada saya, akak kalau nak berkesan gunakan sunlight bersama2 dgn neem oil tuh. Setelah begitu lama dia explain , saya pun menyampuk. Ooooo..... akak faham dah, spray masa matahari dah keluar so kesannya akan lebih effective. Si kawan tadi kata, malam dan siang pun boleh. akak cakap la , malam mana ada sang mentari. Lepas itu akak dengar dia berdekah2 ketawa, sorry what i meant is sunlight yang guna untuk cuci pinggan mangkuk tuh.OOooooooooo hahahahhahahha)
3. air suam

oH! lupa pulak nak beri sukatan bahan2 yang dinyatakan tadi.Ini antara resepi yang di cadangkan, anda boleh ikut mana2 resepi yang ada di dalam tenet.

cadangan resepi
1. 5ml minyak neem ( lebihkurang 1 sudu kecil)
2. 12ml mild detergent ( 2 sudu kecil)
3. 1 liter air
4. botol yang bersih

Masukkan kesemua didalm botol, goncang dan wallaa......................................
pesticide buatan sendiri.

Tapi awas ya ibu2 dan juga bapa2. sila spray dulu untuk melihat tindak balas pohon2 di taman anda dengan racun ini. Jika tidak melecur, boleh di teruskan. Jika daun atau sebarang tanda lecur pada pokok anda sila tambahkan kecairannya.
Menurut lebai google, untuk memberi lebih keberkesanan, campuran itu perlu dibuat hanya bila anda mahu menggunakannya.

Bilakah masa yang sesuai untuk spray neem oil ini?
Digalakkan di awal pagi dan juga lewat petang. ada juga dinyatakan jika hujan sila sembur semula.

Bagaimanakah semburan perlu dibuat?
Sembur di keseluruhan pokok. atas dan bawah daun, pucuk daun , batang pokok dan pendek kata sampai lencun la. Jadi itulah kebaikan nya membuat sendiri untuk jimat kos hehehehhe.

Adakah caranya hanya spray ke pokok sahaja?
Oh tidak! anda boleh siram di media pokok ini supaya akar boleh menyerap dan berfungsi dari dalam.

Bagaimanakah neem oil ini berfungsi?
Neem oil mengandungi pelbagai bahan aktif. satu daripada bahan aktif tadi berfungsi sama dengan hormon yang dikeluarkan oleh serangga. system badan serangga ini tadi mengambil bahan tadi seperti hormon semulajadi mereka . Neem oil masuk ke dalam system dbadan mereka dan menyekat hormon sebenar dari berfungsi . serangga tadi seperti lupa untuk makan, 'mating', dan juga bertelur. malahan ada yang terlupa mereka boleh terbang. Jika mereka bertelur, telur ini pula tidak menetas. Begitulah kira nya penangan neem oil ni.

Ekoran daripada sifat 'terlupa'tadi, sudah tentu mereka tak hidup lama. ye la, lupa makan minum, mesti lah mati... dong.Life cycle mereka juga telah terputus, maka lama kelamaan mereka akan pupus dari taman anda.

Bila anda siram neem oil ini dan ia menyerap ke dalam tisu tanaman tersebut maka ia akan berfunsi dari dalaman. maksudnya kesannya akan seperti di atas bila serangga memakan daun pokok tersebut.

Bilakah anda dapat melihat hasilnya?
Neem oil bukan magic wand ye, once u shake the wand ur dreams come true. Janganlah bermimpi, pagi ini anda spray neem oil semua serangga dan penyakit akan terhapus dari tanaman anda. Kalau itu kemahuan anda , sila gunakan chemical poisons ya.....
Ia bertindak secara 'slow and steady'.
Hanya serangga yang memakan daun akan mendapat kesan daripada penggunaan neem oil ini.
Baunya yang boleh memeningkan itu , menyebabkan serangga tidak menghampiri tanaman anda.

apakah yang boleh dikawal oleh neem oil ini?
Neem oil boleh mengawal populasi ~ aphids, moth larvae, whitefly, Japanese beetles, scale and spider mites.
Ok la dah panjang citer neem oil ini. Anda boleh mencari kesemua informasi ini di internet. untuk kemudahan anda saya sertakan link nya di sini, sini, sini,dan sini

Mission saya....
Oh! saya sekarang bertukar menjadi angelina jolie dari tomb raider.
motif??????
takkan la tom cruise ...... diakan berlainan species dari saya.


menghalau kumbang kuning dari orkid saya ini.
bunganya sepatutnya tahan berbulan, tapi baru beberapa minggu tinggal cuma satu kuntum ini yang juga sudah cacat.

saya juga bercadang hendak menggunakannya di pokok rose saya yang dilitupi scales dan juga ulat bulu naik daun
kesemua gambar rose di atas saya menggunakan racun kimia. racun rose ini perlu digunakan selang 2 hari untuk mendapatkan daun yang cantik dan bunga yang mekar. gambar di atas setelah 2 kali digunakan baru daun2 di pucuk muda ini kembang.
Yang ini baru kembang semalam setelah mogok sebegitu lama tidak berjaga.


Ok la pembaca budiman sekelian. Jika anda ingin mencuba sila lah dapatkan full information dari tenet, anda boleh juga dapatkan dari link yang saya sertakan tadi.

Anda juga boleh gunakan informasi dari blog saya ini, tetapi SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas apa juga kemudharatan (jika ada) ke atas tanaman anda.


saya nak pergi mencari minyak neem
daaaaa.......

1 comment:

  1. Adoi..jelesnya tengok rose akak yang berdaun cantik tu...daun ros saya? hmmm mcm nenek tua tunggu hari jer..kerot kerepot berkulat2. bunga rajin, tp tak sempat kembang la..semua sebelum bermadu. apa petua akak? 1 dah tau dah, racunkan 2 hari sekali ek? :D

    ReplyDelete