baru2 ini
saya terserempak dengan separuh dari nyawanya.saya berkirim salam kepadanya.tetapi tiada khabar walaupun jarak antara saya dan dia adalah sepelaung, bukannya jauh sepert asap dari sebatang rokok. Saya meronda berharap terserempak dengannya , tetapi tiada.apa....kah????
Hmmmm..........Setelah itu saya faham , jika anda tiada kuasa, tiada pangkat, tiada kerja anda tiada pada mereka.
Kesian Dr. M kan.............
Motif , mengaitkan dengan tersayang itu........
Conclusion:
ada saya kesah!!!!!!!!!
Ok, saya sebenarnya hendak bercerita tentang laman impian saya. Tidak berapa menjadi lagi, tetapi saya tunjuk sikit aje la.
Saya telah menanam bunga rose di tepi kolam ikan ini. Impiannya hendak membuat 'rose edge' di situ. Kalau perasan masih ada lagi plastik tanah di situ, ini kerana saya bercadang hendak menutup tanah di sekeliling pokok rose itu dengan Japanese roses.Seminggu tapak tangan saya sakit kerana mengorek tanah untuk menanam rose itu. Next time bila HB tanya nak panggil mat indo tanamakan roses itu, saya mesti setuju......
Ini pula pandangan jauh untuk tempat yang sama.
Ini pula roses yang di sangkutkan di rak besi di tepi pagar. cadangnya hendak membuat rose edge juga di situ. tapi saya mempunyai masalah besar kerana di situ lah ampain kain saya. saya telah mengalihkan ampaian tadi dengan menutupi sliding door saya, which tersangatlah buruks..... hoccay.....so kena pikir lagi kat mana nak letak amapian itu atau roses itu.
any idea??????
motif post gambar yang hampir sama 2 x????
Oh!!oh.... terlupa.... sila cari perbezaan yang ketara sahaja.
Yang paling kanan tu terlebih baja dan terletak di tempat redup. rose ni tidak suka tempat redup.
.ingat tak lagi? masih kah kau ingat...............
suatu waktu dulu aku teringin laman dihiasi begonia, rose dan orchid. Ini lah antara begonia yang sedang di baik pulih.
saje je nak tunjuk gambar yang sama, bagi sakit mata dan sakit hati. hehehehhehe
Ini yang memang sudah pulih sepenuhnya .
tetapi saya masih tiada idea mcmana nak campurkan begonia dengan orchid. hasil di atas nampak berserabut.
Oh!!btw, saya ada membeli pokok bunga burung ini. kalau perasan ada 2 ekor burung kat situ. sebenarnya gambar ini kurang jelas. nanti2 bila saya tak penat saya ambil lagi gambarnya ye.
Sekarang , mari kita tengok orchid pula. Ini Phal bellina Pink. Yang ini nampak original kan.....
Semua Phal Bellina yang saya beli yang asalnya( tapi saya beli di nursery la) dari Papua New Guinea dan Sarawak, bentuk bunganya adalah begini.
Ini juga Phal Bellina Pink, nampak macam mentawai ataupun violacea sumatrana ( jangan ada orang melenting marah pulak sebab nama orchid nih ) ahaks.......
Menurut kata tokeh masa saya membeli dulu, jadi begini kerana mericlone ma...
Yang ini bukan bellina tetapi Phal violacea. saya suka yang ini sebab bunganya yang comel itu. sila jangan bertanya samada saya nak jual ke tidak, sebab saya akan menyimpannya. ini kerna ada nilai sentimental di situ.mariposa alba yang tak putus2 berbunga. saya membelinya setahun yang lepas kalau tak silap.walaupun dikatakan perlu tempat redup tapi saya gantungnya menghadap matahri terbit dan pancaran mentari mengenainya hingga pukul 3 petang.sungguh bertoleransi species ini. I like.......
ok la........
sambung lagi nanti.................
daaaa............................
Banyaknya pokok. Kalau tak cukup tempat, ada orang yang ruang masih kosong di rumahnya.
ReplyDeletemadisyak
ReplyDeletekalau orang itu dekat, boleh kita bertukar2 koleksi kan!!kan!!
Salam Kak,
ReplyDeletesaya sungguh jeles-jeles kucing melihat ros akak yg sihat dan lebat berbunga tu..ada petua yg boleh dikongsi bersama?
Saya juga peminat ros, tp bila dah sampai tangan saya, yg gemuks semuanya tinggal batang jer. daun asyik kena penyakit black spot tu. bunga tak sembat kembang dah kecut. boleh bantu?
Tkasih...
hi natrah,
ReplyDeletesaya spray racun rose seminggu 2 kali. kalau masa saya rajin, jika ada thrip melekat kat batang pokok rose tu saya make sure kelaurkan dulu then spray dgn racun.
sebulan sekali saya guna bennex.
baja seminggu sekurang2nya sekali.
harap dapat membantu natrah.