Tuesday, June 8, 2010

abang sulong saya

abang sulong ( yeop - panggilan utk abg sulong di Perak) saya sekeluarga, mertuanya, ibu saya dan opah saya ada di rumah.
Esok yeop akan masuk ward di IJN, dan hari Sabtu jika tiada aral dia akan menjalani open heart surgery.Ini adalah major surgery dan saya tengok dalam you tube juga adalah satu operation yang berisiko tinggi.

Yeop saya adalah seorang pendidik yang sangat cekal. Dia biasa meredah hutan dan juga mengayuh perahu pergi mengajar di sekolah2 pendalaman semasa mudanya. Malah, semasa saya belajar di ITM dan UKM, yeop saya masih lagi mengajar di sekolah pendalaman di mana jalan utamanya ialah menaiki boat atau perahu. Sekolah2 ini pula, kebanyakan muridnya buta huruf.Yeop saya sanggup memberi kelas tambahan kepada murid2 ini sebab mereka akan menduduki UPSR. Saya masih ingat dia mengupah saya untuk menaip helaian2 kertas aktiviti untuk diberikan kepada murid2 tadi. semuanya dibuat secara sukarela dan percuma.

Sekarang , dia sangat lemah dan agak cepat putus asa. Saya rasa , sakitnya ini ada memberi impak kepada kesihatannya secara fizikal dan emosi. Saya bersimpati sesangat melihat keadaannya, namun apalah yang saya mampu bantu.; kecuali memohon kepada yang maha Esa agar beliau selamat menjalani pembedahan ini dah sihat seperti sediakala.

Kepada pembaca blog saya ini, jika anda pernah menjalani pembedahan ini ataupun sedara mara anda, saya mohon untuk berkongsi pengalaman anda. Saya ingin tahu apakah langakh2 yang perlu di ambil sebelum dan selepas pembedahan . Juga, jika sudi, doakanlah abang sulong kesayangan kami ini Ruslan Alias, selamat menjalani pembedahan ini dan kembali sihat seperti sediakal. terima kasih.

6 comments:

  1. Puan,

    Yang saya pernah dengar, orang yang sudah menjalani pembedahan digalakkan memakan masakan haruan samada dibuat sup, direbus atau digoreng begitu sahaja. Haruan dapat menyembuhkan luka luaran dan dalaman dengan pantas.

    Demikian juga wanita yang lepas bersalin secara biasa atau pembedahan.

    Insyaallah!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. madisyak,
    terimakasih di atas info yang di beri. saya juga biasa dengar tentang khasiat ikan haruan ini.
    Insya-allah , saya akan suggest kan kepada abang saya untuk mengamalkannya selepas operation nanti.

    ReplyDelete
  4. insyaallah semoga pembedahan itu selamat dan abang puan kembali sihat semula

    ReplyDelete
  5. Insyaallah beliau akan selamat dan bertambah sihat.

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan

    Saya doakan abang juliadam selamat menjalani pembedahan dan kembali sembuh sepenuhnya.

    Abang saya pernah menjalani bypass tapi setelah sihat satu tahun ia pergi jua.

    ReplyDelete