Tuesday, June 29, 2010

kenapa ye?

Kenapa dah lama saya tak update blog?
Kenapa saya tak post lagi order dari pembaca blog ini?
Kenapa saya tak upload gambar seperti yang di janjikan?
Kenapa saya tak jawab lagi soalan2 dari teman2?

KENAPA?Kenapa?kenapa ye?

Kepada adik2 , kalau ada kenapa dan tanda? didalam sesuatu ayat; itu bermaksud soalan. dan setiap soalan mesti di jawab. kecuali adik2 yang berjantina perempuan, jika di tanya setuju/ tidak untuk bernikah dgn si polan. boleh diam aje tanda setuju,hehehehe

Ala!!!! ahkak ni..... serious la.

Tuesday, June 22, 2010

hasil 'stress'

Comel kan title kat atas tuh....
Disebabkan saya tersangat stress kerana tahu masalah ini tidak dapat diselesaikan seperti juga masalah2 yang lalu atau mungkin juga masalah2 yang akan datang. Maka , ter'update' lah blog ini.....pada hari ini......

wah!!!! intro................tangkap maut nye statement.hehehehehehhehehe
maaf ye...... bahasa yang kurang sopan kali ini......

sebenarnya tak tahu nak up date apa.....
stress ini menyebabkan otak saya buntu mcm U buntu.

OK lah meh citer pasal yeop saya. Dia sudah selamat menjalani pembedahan dan sekarang dalam proses 'recovery' .
hmmmmmm....... rasa tak sesuai lak nak citer kat sini.kita citer lain aje la ye....
nanti citer detail kat blog kerjatangan suri lagi sesuai rasanya.

kita citer pasal keracunan.
oh! citer pasal keracunan, sejak balik dari Kuantan hari itu, anak2 saya berlarutan sakit disebabkan keracunan makanan. Tak tahu punca dari mana,doktor kami yang berasal dari Kuantan dan menginap di tempat yang sama kami tinggal hari itu telah membuat spekulasi dari mana puncanya. Mungkin juga betul .....

OK lah , keracunan lain yang saya nak citer ialah pasal racun. Eh! apasal mcm aneh aje sambungan ayat tuh.....
kami tahu anda stress , so maaf di terima

racun orchid
sape tanya ari tuh.....
sofie, kak tim,cikno....
eh! 3 orang aje..... rasa mcm ramai aje ari tuh.....
tak pe , kita citer jugak la

akak guna 4 jenis racun, nama2 mereka ialah
1. thiram
2. bennex
3. neem oil
4. serai wangi

tak termasuk senarai berdaftar
1. air cili
2. air bawang

Berapa kerap akak meracun pokok2 orchid akak? meracun??? bunyi mcm membunuh aje kan?
akak tak ada schedule, tapi sebulan sekurang2nya dua kali bergantung kepada keadaan dan situasi semasa.
ada banyak jenis racun kat atas tuh, yang mana satu akak guna? akak selang seli kan penggunaanya. reason, untuk mengelakkan ia immune kepada racun yang sama. nanti mcm beri imunisasi pulak kan.....

oh ye? jika anda gunakan neem oil atau serai wangi, sila campurkan sedikit dengan mild detergent. reason: untuk mengelakkan lapisan minyak dari meliputi permukaan daun yang menyekat proses fotosinteis. eh! betul ke.........
rasanya betul la tu.............

racun tidak berdaftar ialah yang di buat sendiri.sasaran ialah kumbang belangkas, slug, ulat bulunaik daun dan yang seangkatan dengannya.

Hmmm...... stress saya belum reda , sekarang di tambah lagi stress untuk menulis di blog ini. ahaks...
ok la stop dulu


kepada anda di luar sana, saya tiada nasihat seperti yang dicadangkan oleh otai2 orchid. Pada saya, cari info walau dimana jua ia berada , then apply kan. Kalau sesuai proceed , kalau tak berhenti. Dengan usaha yang gigih dan semangat waja, saya pasti anda berjaya.
motip bernada perwira??????
supaya anda positif pada diri sendiri hehehhehehe
da..........

Tuesday, June 8, 2010

abang sulong saya

abang sulong ( yeop - panggilan utk abg sulong di Perak) saya sekeluarga, mertuanya, ibu saya dan opah saya ada di rumah.
Esok yeop akan masuk ward di IJN, dan hari Sabtu jika tiada aral dia akan menjalani open heart surgery.Ini adalah major surgery dan saya tengok dalam you tube juga adalah satu operation yang berisiko tinggi.

Yeop saya adalah seorang pendidik yang sangat cekal. Dia biasa meredah hutan dan juga mengayuh perahu pergi mengajar di sekolah2 pendalaman semasa mudanya. Malah, semasa saya belajar di ITM dan UKM, yeop saya masih lagi mengajar di sekolah pendalaman di mana jalan utamanya ialah menaiki boat atau perahu. Sekolah2 ini pula, kebanyakan muridnya buta huruf.Yeop saya sanggup memberi kelas tambahan kepada murid2 ini sebab mereka akan menduduki UPSR. Saya masih ingat dia mengupah saya untuk menaip helaian2 kertas aktiviti untuk diberikan kepada murid2 tadi. semuanya dibuat secara sukarela dan percuma.

Sekarang , dia sangat lemah dan agak cepat putus asa. Saya rasa , sakitnya ini ada memberi impak kepada kesihatannya secara fizikal dan emosi. Saya bersimpati sesangat melihat keadaannya, namun apalah yang saya mampu bantu.; kecuali memohon kepada yang maha Esa agar beliau selamat menjalani pembedahan ini dah sihat seperti sediakala.

Kepada pembaca blog saya ini, jika anda pernah menjalani pembedahan ini ataupun sedara mara anda, saya mohon untuk berkongsi pengalaman anda. Saya ingin tahu apakah langakh2 yang perlu di ambil sebelum dan selepas pembedahan . Juga, jika sudi, doakanlah abang sulong kesayangan kami ini Ruslan Alias, selamat menjalani pembedahan ini dan kembali sihat seperti sediakal. terima kasih.

Monday, June 7, 2010

cuti sekolah

cuti sekolah telah pun bermula.Bermakna bermulalah hari makan2, tidur2,jalan2, makan2, main2, tidur2 ,jalan2, makan2 , main2 ............................................................bagi anak2 saya.
Every day anak2 saya akan bertanya, "ibu, hari ini, ibu larat tak nak bawa kita orang pegi mana2 ke. boringlah duduk rumah......."
saya," tengok lah kalau kerja rumah siap, rumah bersih and anak2 ibu tolong ibu bersihkan rumah, bolehlah kita jalan2........" Jawapan yang memerangkap dan licik. muahahahahahahha
anak2,"ala!!!!!!! ibu ni.....................

Bermula dari hari sabtu, kami pergi makan nasi lemak seri wangi gombak. Nasi nya dah tak berapa sedap la, rasanya dia tukar beras kepada yang lebih murah. tapi ikan keli sambal memang mabeles!!!!!!yummy....yummmy......

selepas itu seperti biasa ke OU menuju MPH , membeli buku.
Ok, cuti sekolah budget $50/sorang.........
Then saya dapat satu idea,
Saya,"kalau sesiapa beli buku Bahasa Melayu walaupun satu buah, ibu beri beli 3 buku B. Inggeris at any price"
Yeayy!!!!!!!!!!!!
Tapi tak sorang pun beli buku Berbahasa Melayu.Alasan, rugi beli nanti setahun pun tak habis baca. sabau aje la..........

Kepada yang bertanya samada saya hendak berhenti daripada berhobikan orkid.
Jawapannya," saya juga seperti orkid , terutamanya dari species Phalaenopsis: iaitu ada masa dormant. so, sekarang adalah masa dormant saya,hehehehehehehehe
tak tentu lagi bila akan bergiat aktif. Tetapi saya masih lagi menyimpan species yang saya sangat sayang seperti enc. tampensis, vanda tesselata alba, vanda tricolor var suavis, vanda insignis,vanda merrillii, vandanopsis gigantea, neofinitia falcata, phal gigantea, phal cornucervi alba, phal bellina alba, etc.

Juga masih ada banyak lagi yang belum saya upload di sini untuk dilepaskan.saya cuma sempat upload sedikit gambar2 yang saya hendak lepaskan dan telahpun bertuan serta gambar2 orkid yang masih tinggal untuk saya buat pengubat rindu nanti.
Phal amboinensis, telahpun bertuan.
phal cornu cervi red.
Phal hybird , rasanya( cornu cervi alba x phal pantherina) x phal lamelligera
mariposa alba, yang rajin berbunga.
Tak pernah cuba nak cari nama orkid ini, mediumnya tanah. sangat mudah hidup dan berbunga.

Phal Cassandra x Pulcherima
Saya tidak tahu nama dendro ini sebab baru hendak berbunga buat pertama kainya di tangan saya. Nanti dah kembang saya pastekan di sini.

Neofinitia falcata
Sepasu lagi neofinitia falcata. Saya sangat suka psecies ini kerana selain bunganya yang unik berwarna putih bersih, baunya juga tersanga harum. semerbak!!!!

enc. tampensis
Phal cornu cervi alba,

Phal el-tigre

Phal amboinensis flava x phal violacea alba
Phal bellina blue

Friday, June 4, 2010

nyamannya hujan di pagi Jumaat

Pagi tadi hujan lebat dari waktu Subuh; sangat lah nyaman dan udara sejuk menyebabkan saya menarik selimut semula selepas breakfast. Namun hasrat hati tidak kesampaian kerana kesemua anak2 saya masuk bilik tidur kami kerana ayahnya baru aje download programme Britain got talent( semifinal) dan American got talent. Maka hendak tak hendak terpaksa lah saya tengok sekali.
Saya sungguh takjub seorang o....nyang( panggilan untuk ibu kepada nenek bagi orang Perak) dapat masuk final. Umurnya dalam 80an rasanya.
awesome!!!!!!! adakah Queen juga akan teruja untuk menyanyi nanti seandainya nyang ini menang dan membuat Royal Show di hadapan Queen nanti?????? sabau aje la......

Disebabkan mengantuk saya telah hilang, saya pun pergilah membaja pokok2 di halaman rumah. Baru saya perasan saya ada 30 pasu pokok bunga rose. Nampaknya saya tidak perlulah membeli roses lagi selepas kami mengubahsuai rumah nanti.

Saya sedang mencari idea untuk membuat landscape bunyi macam besar aje padahal sekangkang anak kera aje hehehehehehe dengan kombinasi tiga jenis pokok iaitu roses, orchid dan begonia.Kesemua jenis pokok ini saya telah ada dan sedang dalam proses grooming. Saya berharap mereka akan bertukar dari fantasia ke cinderella.Mungkin juga saya perlu tukar rupa paras pond saya seperti air terjun niagara . Letak buaian rotan supaya anak saya boleh menyanyi di tepi sungai untuk memikat anak raja. hahahahahahahaha

Pasal apa saya melalut nih?????

ok lah, saya rasa nak upload gambar tapi tak de la pulak gambarnya, nanti2 upload lagi.
btw, saya ada upload di ruang sebelah kanan blog ni, orchid yang masih available.

kepada Farazi and Hakim, monday akak post orchid tuh. Farazi semua yang awak order tu ada.
Kepada Khadri, nanti akak upload gambar yang lain untuk beccarri tuh.
Dr Guna , will update u the status soon.......

Thursday, June 3, 2010

dugaan ini

Saya sangat bersedih hati dengan berita sedih dari suami terchenta. Saya merasakan teringin sangat hendak meluahkan isi hati saya di sini, tetapi saya bimbang akan menjatuhkan maruah suami tujuannya agar nama suami saya bersih,ataupun menjatuhkan maruah orang yang menuduh tak tentu hala itu.

Sedang saya bersedih hati, saya terbaca satu blog ,di mana ayahnya telah dituduh membuat sesuatu yang tidak di buat dan di hina sebegitu rupa,hingga menyebabkan ayahnya di pinggirkan di tempat kerja. Si penulis meminta izin dari ayahnya untuk membelasah si durjana itu, namun ayahnya melarangnya berbuat begitu.

Di akhir katanya dia menulis

"istighfar banyak2.. walau siapa kita sekalipun. ALLAH hanya memandang hati kita sahaja..

Sesungguhnya di dalam hati manusia itu ada segumpal darah.. jika baik darah itu.. maka baiklah manusia itu tetapi jika buruk darah itu.. maka buruklah manusia itu.. itulah hati..."

Astagfirullah hal'azim , semoga Allah memberi hidayah kepada orang itu dan semoga Allah melembutkan hati saya. Amin..........

Wednesday, June 2, 2010

catatan hari ini

Hari ini saya tidak larat sangat sebab kena sakit tekak dan selsema. Malam tadi makan ubat flu terus knock out.So, ingat nak makan ubat tu lepas hantar anak2 pegi sekolah, kalau tidak, tak ke sekolah la anakanda ku nanti.

Saya juga telah makan B complex, kalau tak dapat tenaga macam badang dapat macam Kurt dari citer Glee tu pun jadilah. Oh! btw, heran lah mcamana orang boleh addicted to citer Glee ni. salah sorang darinya my other half. hehehehehehe

Tadi, sofie datang.Sofie ni, tak pernah rasanya tengok dia tak senyum, mesti senyum. Adakah senyuman itu yang memikat hati Richard Gere anda??????
Sebelum berpisah telah XOXO dgn dia, silalah masuk mesin basuh bersihkan badan dengan dettol ke atau apa2 aje bath foam yang ada anti bac. Bimbang awak terjangkit nanti.

Period............
Sambung balik. Masa saya bekerja dgn expact dari USA masa project KLIA dulu .Dia suka sebut period masa kita orangbaca contract and buat tender review.Nasib baik saya tak jawab, saya belum datang lagi bulan nih. hehehehehehhehehe.Eh! joke ni kena sensor

Baru lepas habis masakkan 2nd round breakfasat untuk anak2.Toast, Salami dan scramble egg. Anak teruna saya ni memang tak reti la nak makan nasi lemak ke, nasi goreng ke, mee hoon goreng ke atau apa2 aje yang kita orang normal makan.Rasanya semasa saya mengandungkan dia dulu tidaklah saya teringin makan makanan sedemikian atau pun terberkenan kan pada brad pit ke, george clooney,Zac Efron , (zac efron? motif????) ke atau yang seangkatan dengannya.

Oh! tapi saya ingat saya sangat meminati Jerry apa tah nama dia , pelakon taiwan yang jadi hero dalam citer meteor garden tuh. Hb yang tersangat sayangkan isteri jangan mare ye, sanggup membelikan vcd agar isterinya tidak ternanti2 melopong depan tv setiap pukul 6 petang, menunggu siaran tersebut.Sorry termelalut, mabuk supplement kot. hehehehhehe


Dah!dah!dah!!! mari tengok orkid balik.
Bulbo biflorum $10
Bulbo biflorum jugak, telah bertuan.
juga biflorum, juga $10.

Phal cornu cervi alba, masa saya beliyang ini dulu harga $25 dan sebesar seedling yang berharga ($10 telahpun bertuan). Setelah 2 tahun ini lah hasilnya.
Ini pula satu lagi keiki yang sudah lama berdikari, lebih besar dari yang sebelum ini dan berharga $15.


Last sekali, serumpun cattleya, nama tak ingat dah tapi bunga kaler kekuningan. yang ini tak boleh dipos sebab terlalu besar. kalau share boleh dapat hampir 10 orang.Bila berbunga serentak memang meriah .

Kepada Hakim dan khadri, akak akan update via sms atau chat box petang........................nanti ye.

perlukah saya memelihara maid

sedap tak topik di atas?
topik aje dah tahu tuan rumah sakit hati.

maid yang saya beri cuti dan sepatutnya balik bulan mei tanggal 10 enggak pulang2.Motif tiba2 bernada indon!!!!!
sebab maid ku dari indon, masa mahu pulang janji bukan main manis lagi.
" puan" , saya akan pulang, kalau saya tidak pulang ke sini, bagaimana bisa anak2 saya mahu bersekolah. saya kan janda" .
Masa baru sampai ke indon, siap SMS lagi. " puan, aku rindu sama Julia".
cis!!!!!! sekarang ni dah nak masuk 2 bulan, hampeh betul.

saya baru pulang dari farmasi beli vitamin B complex , berjumpa dulu dgn pharmacist( junior my HB masa di uni dulu) tanya yang mana boleh beri saya tenaga macam badang. hehehehehhehe
saya begitu bersemangat tidak mahu membela maid maid ku kerja nya makan dan tido ikut sesuka hati dia, saya agak bernasib baik dari rakan seorkid yang maidnya siap simpan pil perancang that is scary......

saya masih ingat saya ada terbaca di dalam satu magazine nih tidak lama dahulu, satu family yang tinggal di selangor mempunyai 3 orang anak teruna. Kesemuanya masih belasan tahun, mereka ini demam serentak pada suatu masa. Setelah agak lambat mahu sembuh , parents mereka bawa mereka berjumpa dengan specialist. alangkah luluhnya hati si ibu , bila ketiga2 anak terunanya didapati telah mendapat jangkitan HIV , apabila di siasat , rupanya datangnya dari maid mereka ( perlu diingatkan maid ini bukan dari indon dan kalau tidak silap keluarga ini bukan islam). sila berimaginasi sendiri, apakah yang telah dibuat oleh maid ini kepada ketiga2 mereka. sungguh kejam.Tapi apakah pembelaan yang rakyat kita dapat????

Sekali lagi , sila jawap solan ini menggunakan daya imaginasi anda . Kenapa imaginasi......
sebabnya walau kreatif mana pun pendapat anda , anda cuma mampu berimagin....... sahaja.........
sila jangan sedih ye......

ok back to vitamin tadi, saya juga membeli sebotol besar vitamin c. untuk flush virus dan bacteria dari badan. kalaulah mereka berdua tu boleh baca mesti terguling2 gelak.
Tidak cukup dengan itu, setelah mendapat nasihat dari cik pharmacist tadi tuh (please take xtra fluid) saya juga telah membeli sebotol besar jamu( dalam bentuk kapsul) mak dara. Katanya boleh melancarkan perjalanan darah tak tahu pulak darah kita boleh tersekat kat mana2,kalau darah tersekat bukankah kita sudah arwah dah?

hmmmmmmm imaginsi lagi...

ok lah tak larat nak update and amik gambar orkid hari ini, tak sihat....

ngundur diri dulu ya, ibu2.... bapak2....teruna2 kacak dan tampan( anak sedara saya belajar dari maid indon dia) serta cowok2 mungil... daaa.......


oppsssss
mr kertong............... bilakah anda hendak sampai ke rumah akak. orang yang tiada temu janji pun dah sampai. hehehhehehehhehe

double oooooppppppppsssssss
sila doakan saya berjaya menahan diri dari amik maid
last time tahan sebulan aje. this time sudah nak masuk dua bulan....

Tuesday, June 1, 2010

kesayangan saya part ii - sambungan

Adakah saya serius hendak melepaskan kesayangan saya ini?Itulah pertanyaan kawan2 se gila okid , malahan orang terdekat dengan saya juga. Ye, saya nekad. Kalau ada yang tinggal pun mungkin yang sungguh terkesan memory bersamanya.

Kenapa saya hendak melepaskannya setelah bertahun bersama2nya?
Kerana selama ini saya merasakan saya telah memberi sepenuh kasih sayang kepada yang tersayang, tetapi rupa2nya tidak cukup. Saya berhenti kerja pun kerana tersayang ini, tapi saya terlalai kerana kesibukan saya sebagai ibu, isteri, anak dan sebagai kuli.( saja tambah nak sedap kan citer...hehehhehehe)

Saya juga telah menghabiskan banyak wang ringgit dan masa kerana kegilaan ini. Wang untuk beli baju, inai rambut, beli kasut atau apa sahaja yang di beri suami untuk/ bagi kegunaan sendiri saya salurkan kepada hobi ini. Itu belum masuk wang sampingan yang saya perolehi melalui kebijaksanaan upah saya menjahit, memasak , memberi nasihat (kewangan) etc.

Namun hari ibu telah mencatatkan satu kenangan pahit buat saya dan juga telah menyedarkan saya dari kegilaan ini.Di petang hari ibu,untuk pertama kalinya saya telah memukul anak kedua saya Aisyah. Saya tidak pernah sebegini marah. Aisyah merupakan anak yang keras hati, walaupun saya pukul banyak kali di kakinya dia tidak mengeluarkan airmata walupun setitik. Bila saya tanya apa yang Aisyah rasa buat ibu sebegitu rupa. Baru air mata nya keluar. Bila saya tanya lagi kenapa Aisyah menangis?
Jawapannya " Sebab Aisyah pergi rumah kawan tak beritahu ibu".

Saya rasa macam nak histeria," tahu tak ibu macam nak gila pergi cari Aisyah hampir kat pelusuk taman yang aisyah cakap tu? Tahu tak ibu ingat kan sesuatu yang buruk terjadi kepada Aisyah? and Aisyah cuma bersedih sebab pergi rumah kawan tak beritahu ibu !!!! Bukannya Aisyah sedih tengok ibu sedih and bersusah payah cari Aisyah!!!!
Nape aisyah buat ibu macam ni!!!! cakap!!!!!!!!

"Sebab ibu cuma sayang pada Along,Adam Dan Julia aje.Ibu tak sayang kat Aisyah......
Ibu tak sayang kat Aisyah..... Ibu tak sayang kat Aisyah........"
Saya terkesima...... hati saya luluh.........., melihatkan airmata aisyah berjuraian dipipi comelnya, saya merasakan sangat bersalah..........
Anak yang hampir meragut nyawa saya semasa melahirkannya mengatakan saya tidak sayang kepadanya.Anak yang disayangi seluruh keluarga, yang tersangat comel semasa kecilnya, yang tersangat disayangi oleh maid2 indon saya ( serious dong!!!) , yang sangat tegas dan cekal ini mengatakan ibu tidak sayang kepadanya.

Saya memeluknya, kami menangis dan pada hari itu terluahlah segala yang terbuku dihatinya. Saya perasan Julia yang baru bangun tidur teresak2 melihatkan drama sebabak ini.Sungguh melodramatik( meloya drama minggu ini.) Setelah habis yang terbuku di hati , saya menyuruh aisyah mandi dan solat. Aisyah tidak makan sehari suntuk di rumah kawannya. Cuma minum air saja. Aisyah sangat cerewet tentang makanan.

Baru saya perasan, semasa Aisyah minta untuk keluar saya sedang sibuk memasak untuk sedara mara yang datang ke rumah.Saya minta suami tolong hantarkan dia. Rumah saya adalah favourite spot. betul tak tipu, kalau tipu pun sikit aje hehehhehehe.

Saya tidak sempat untuk masakkan dia nasi goreng kegemarannya. ( resepi ada di blog kerjatangansuri - eh! terpromo lagi heheheehe).Selepas dia mandi saya memasakkan nasi goreng kegemarannya. Menitis airmata saya melihat anak saya menghabiskan kesemua nasi yang saya masak tadi.

Malamnya saya buat sessi berdialog dengan 2( Sarah terpinga2 sebab dia tak sure apa salah dia) anak dara saya. Topik , kenapa ibu tak beri anak2 ibu pergi ke rumah kawan2. Alhamdulillah , mereka faham. Maka saya telah menjadi rujukan mereka, apa itu "kidnap", apa itu "rape", apa itu" harrasment" dan macam2 lagi yang mereka tak faham. Saya berjanji kepada mereka , seperti di tahun lepas cuti bulan december nanti saya sudi menjadi "bodyguard" untuk mereka keluar bershopping bersama2 kawan mereka.Everything on me!!!

Maka dengan itu adakah saya tersilap melepaskan kegilaan saya ini. Walaupun okid merupakan kesayangan saya, saya merasakan malah yakin kesayangan kepada okid tidak lah berbaloi jika dibandingkan kesayangan saya yang pertama(HB) dan kesayangan kedua (anak2). Pada saya jika hilang orkid boleh di beli tetapi tidak kedua2 kesayangan saya tadi.

Allah hu akbar.....
Macamamana boleh terkeluar citer Aisyah pulak nih!!!
Kalau menjawab soalan karangan ni mesti dah terkeluar topik dah ni.hehehheheheheh nak citer pasal orkid aje tadi.

Ok la mari kita citer pasal orkid balik.

becarrii yang tinggal cuma yang ini dan yang di bawah. setiap satu berharga $30, jika ambil keduanya total ialah $55.

yang ini telah pun bertuan, Hazrin aka HB raf.
pandangan sisi

keiki $5, ada few lagi termasuk wime delight.seedling phal pantherina x phal tetrapis.2 pots $5.

Phal amboinensis flava x Phal violacea alba -$30

Yang ini shida ada.
dendrobium anosmum pink $30


Phal ini ada di jual di LC , harga di sana ialah $25 satu pot. saya sudah lupa namanya. Yang saya ingin lepaskan gambar di bawah itu , ada 2 pokok dalam satu pot. harga $20.
Phal bellina blue - $30 ( nursery $35)
scriptum - tak ingat coklat atau kuning. -$40. Penat lah upload gambo. sambung lagi la nampaknya.

kesayangan saya part ii

saya akan up load sekejap lagi gambar2 okid yang saya nak lepaskan. becarrii tinggal 2 sahaja yang berharga $30.

sebentar tadi HB raf (sifu rose ) yang datang membeli belah okid. Maaf ye tak jemput masuk, HB akak baru aje keluar .Maid pun tak balik2 , akak dan si kecil aje kat rumah .

untuk roung akak dah baca email awak. jgn risau mengambil gambar dan bercerita di blog adalah routine kerja blogger.

antara yang akan di lepaskan
1. bellina blue - $30- (nursery $35)
2. tricolour var suavis - $30
3. anosmum purple - $30( beli mesti puas hati -ewah!!!! promo )
4. phal amboinensis falva x violacea alba - $30
etc .... pelbagai harga

jumpa jap lagi ye. si comel saya meragam.