Thursday, April 8, 2010

adakah ia langkah yang betul

sudah beberapa minggu saya sakit gigi. sepatutnya cabut last week setelah doktor letak ubat dan tampal sementara. Suami saya siap amik cuti lagi. Sementara menunggu pukul 11.30 , saya membelek orkid saya dan suami sibuk membuat kerja2nya. Pukul 1tghari , saya menyiapkan anak2 pergi sekolah dan suami baru perasan kami terlepas temujanji dengan doktor . Hmmm.....
saya bergantung kepada painkiller sebab suami sibuk dan tetamu dari kampung datang sepanjang minggu lepas hingga ke hari ini.
Disebabkan sudah tidak tahan lagi, saya pergi ke klinik hari ini bersama anak sulong tanpa suami sebab dia sibuk.
Setelah doktor check dia cadangkan dicabut sahaja gigi tersebut. saya beritahu dia, saya sedang sakit sekarang, dia kata tak apa dan saya cakap saya drive sendiri , tak apa ke?dia kata ok, boleh rehat dulu di sofa jika tak larat nanti.
Saya tak tahu apa doktor buat tapi dia bius dan gerudi gigi saya. masih terasa sakit walaupun di bius. then dia inject ubat kat dalam tempat yang telah di gerudi tadi. sakit siot....
lepas tu dia tunggu hingga ubat bius take effect. Masa doktor tekan gigi yang sakit itu masih terasa tapi tak sakit la, then dia kata ready untuk cabut.

First time doktor tarik gigi tu tak keluar, second time dia tarik, kaki saya terangkat dan saya cuba pegang doktor tu, sakit gilos....
saya cuma dengar doktor kata, ok...ok... dah nak keluar , jangan pegang tangan saya....
saya rasa dada saya berombak dan jantung saya bergerak dengan laju, seluruh badan saya lemah longlai........

'akak!akak! akak ok ke.......
' akak.....
saya rasa doktor itu pegang tangan saya dah dia mumble' tak bermaya , tangan panas dahi panas...etc....etc.....
saya nak buka mata tapi tak boleh, tangan tak boleh nak angkat.....
saya rasa kelopak mata saya panas dan berair......
saya menangis tapi saya tak rasa hendak menangis.... air mata keluar tanpa henti....
doktor pegang tangan saya tapi saya tak boleh nak genggam atau respond, saya lemah sangat.
'adik! ayah mana?'
'ayah work'...
lepas tu saya tak dengar apa2....

tak tahu berapa lama saya pitam kat situ, bila saya sedar doktor menyapu air ke muka saya dan tanya samada saya nak baring kat sofa, saya angguk dan mereka pimpin saya ke sofa. saya masih tak bermaya. ramai orang datang untuk mendapatkan rawatan , doktor tanya saya hendak baring di dalam ke? saya cuma mampu angguk, saya dipimpin semula ke dalam.

doktor buka tudung saya dan sapu air di seluruh muka serta pipi dan leher. Kemudian dia tukar kapas dan letak anti biotik atau ubat tahan sakit (tak sure)kat tempat gigi di cabut tuh. then, saya tertidur kot.semasa saya tertidur tuh, saya nampak seorang lelaki sedang solat.Dia berbaju dan berserban putih, tapi saya cuma nampak dari belakang dan dia seperti duduk dalam tahiyat akhir. tak tahu kenapa saya nampak dia seorang sahaja. then saya nampak lembaran quran, tetapi tiada orang yang membacanya , lastly saya nampak ramai orang sedang solat....
then saya terdengar
'akak! akak ok ke? akak nak minum? ada rasa nak muntah?ada rasa loya? saya cuma mampu gelengkan kepala. doktor sapu air lagi dam suruh saya rehat. saya rasa segar sedikit dan sudah mampu buka mata tapi badan rasa lemah sangat dgn bersusah payah saya minta anak saya talipon ayahnya datang ambil sebab saya tak larat nak drive balik.

suami saya sampai dalam masa 1/2 jam dari KL, tak tahu la samada tak jam atau dia memang pecut laju. Doktor suruh saya makan antibiotik dan painkiller sebelum keluar.saya di pimpin dua orang ke kereta dan sampai rumah saya cuma mampu baring di sofa sebab tak larat nak naik atas.
maid saya masakkan bubur nasi dan sup ayam.
saya makan sedikit sebab perut saya sudah memulas, lepas tu saya tertidur. saya rasa saya tidur 4-5 jam.
Hingga sekarang setelah 6 jam, darah masih lagi keluar.Saya masih rasa sakit dan pening.Saya teringin nak berbual dengan mak saya tapi saya tahu dia mesti risau jika dia tahu apa yang terjadi kepada saya. Sebab suami pertama mak saya meninggal selepas cabut gigi dan mak saya menjadi single mum (anak seorang usia berapa bulan tah) di usia belasan tahun....

Saya tak larat hendak bergerak so, baring aje kat katil . Rasa rindu nak tengok orkid, pagi tadi tak sempat nak siram mereka apatah lagi beri mereka makan. Nasib baik saya sempat beri ikan2 saya makan tadi.
Hmmmm tengok gambar kat photobucket aje la.

1 comment:

  1. lahh..kesiannya akak, semoga cepat sembuh yee....
    jangan dirisaukan sgt orkid tu, mereka semuanya sihat!

    ReplyDelete