Di suatu hari, saya telah berjalan jalan untuk mengubat hati yang luka. Ini kerana saya telah berpisah dengan buah hati saya.
Bolehkah anda teka di mana kah saya membawa hati yang lara itu?
Semua orang telah teka dengan tepat sekali, Nursery.hehehehehehehehehe
Saya suka pergi ke setiap pelusuk nursery jika saya sedang berduka. Dalam masa berjalan2 itu, saya terpandang satu okid yang tersangat bagak bergayutan di sebatang pokok apa tah.
Saya bertanya kepada tokeh pokok apakah itu.
Tokeh," Aiya!! sudah lupa , apa........... gigantea....
Saya,'Rhy gigantea ka tokeh"
saja ingin menduga .
Tokeh," bukan... apa itu bunyi macam cina campur india jadi melayu"
Saya," Hah!" Tokeh mahu main teka teki tekuk sama saya ka?"
Tokeh," Bukan!bukan! haiya, itu bunyi macam ada campur2 sikit, haiya! apa ....ya saya sudah lupa.
Saya,"Jenis vanda kan tokeh"
Tokeh,"tapi dia bukan vanda tau..."aiya!aiya!. sambil tergaru2 kepala.
Tokeh,"hah!sudah ingat !sudah ingat! vandopsis gigantea. ada pernah dengar ka. bunga manyak cantik, keras sikit bukan macam okid biasa. awak boleh jual $20 untuk satu kuntum kalau buat apa itu apa ya. itu lekat pada baju itu."
Apa2 la tokeh, saya terpikat sebab pokoknya yang besar dan cantik.
Saya rasa bunyi macam bagus aje,terus beli.Lepas tu pening kepala nak ikat kat mana, pokok mangga kat depan rumah dah tak ada ruang dah nak ikat, tambahan pula okid ni lagi besar dari batang pokok mangga tuh.
Maka 2 hari, okid ni terperap kat belakng rumah. akhirnya dapat idea,lekat kat pondok okid belakang rumah.
Hah! begini la rupa okid saya tuh.
Eh! nape ada 4 gambar. Sila cari apa yang berbeza. hehehehehehehehehehe
sesiapa nak tengok details pergi lah ke link nih atau sini
tak sabar nak tunggu ia berbunga....................
uih, kalo dah sekuntum bunga aje RM20, pokoknya baper ntah yer....
ReplyDeleteish ish ish....
chekamala,
ReplyDeleteperasan tak ada keiki kecik kat atas tu kan.
Harganya 2 keping kaler merah.
Maknya boleh tahan jugak la harganya.