Tuesday, June 30, 2009

tak tercapai akal ku

Di suatu hari, saya telah berjalan jalan untuk mengubat hati yang luka. Ini kerana saya telah berpisah dengan buah hati saya.

Bolehkah anda teka di mana kah saya membawa hati yang lara itu?
Semua orang telah teka dengan tepat sekali, Nursery.hehehehehehehehehe

Saya suka pergi ke setiap pelusuk nursery jika saya sedang berduka. Dalam masa berjalan2 itu, saya terpandang satu okid yang tersangat bagak bergayutan di sebatang pokok apa tah.

Saya bertanya kepada tokeh pokok apakah itu.

Tokeh," Aiya!! sudah lupa , apa........... gigantea....
Saya,'Rhy gigantea ka tokeh"
saja ingin menduga .
Tokeh," bukan... apa itu bunyi macam cina campur india jadi melayu"
Saya," Hah!" Tokeh mahu main teka teki tekuk sama saya ka?"
Tokeh," Bukan!bukan! haiya, itu bunyi macam ada campur2 sikit, haiya! apa ....ya saya sudah lupa.
Saya,"Jenis vanda kan tokeh"
Tokeh,"tapi dia bukan vanda tau..."aiya!aiya!. sambil tergaru2 kepala.
Tokeh,"hah!sudah ingat !sudah ingat! vandopsis gigantea. ada pernah dengar ka. bunga manyak cantik, keras sikit bukan macam okid biasa. awak boleh jual $20 untuk satu kuntum kalau buat apa itu apa ya. itu lekat pada baju itu."

Apa2 la tokeh, saya terpikat sebab pokoknya yang besar dan cantik.
Saya rasa bunyi macam bagus aje,terus beli.Lepas tu pening kepala nak ikat kat mana, pokok mangga kat depan rumah dah tak ada ruang dah nak ikat, tambahan pula okid ni lagi besar dari batang pokok mangga tuh.

Maka 2 hari, okid ni terperap kat belakng rumah. akhirnya dapat idea,lekat kat pondok okid belakang rumah.

Hah! begini la rupa okid saya tuh.


Eh! nape ada 4 gambar. Sila cari apa yang berbeza. hehehehehehehehehehe

sesiapa nak tengok details pergi lah ke link nih atau sini

tak sabar nak tunggu ia berbunga....................

hari yang jernih?

ntah! rasanya tak ada kena-mengena dengan tajuk kat atas tuh.
ada ke hari yang jernih atau mungkin hari yang suci????
or lebih tepat , hari merepek hahahahahahahhahahaha

layan aje la, tengah mabuk nih. mabuk kopi, ntah apa maid saya letak, rasa sedap aje kopi tuh. tapi macam pening2 sikit, mungkin juga saya mengantuk.

flask di atas di beli masa agro fest di sg sipot last week end. Hybrid Phal Thalebanii x Phal cornu cervi.Mengikut kata tokeh tu Lawrence kedua2 parents seedling ni dah dapat silver medal, so boleh imagine la betapa cantiknya bunga dan pokok phal ini nanti.
Kalau perumpamaan dengan orang, mungkin boleh la disamakan dengan Brat pitt - Angelina Jolie (shiloh) atau Tom Cruise -Katie Homes(Seri muka), ataupun Rob Pattison - Kristen stewart (Seram)hihihihihihihihihi


dendro stratiotes , bunganya lama kembang. menambah seri laman yang macam hutan. heheehehe
Kepada kejariah, inilah vanda hybrid tuh yang berbunga kuning dan berbau wangi.
Bellina pink dari Panama.
Phal cornu cervi dari sumatera. Rumah saya ada masyarakat okid antarabangsa. ahaks......
Kepada Sani, ini phal kunstleri yang ada seedling

Ini pula phal kunstleri sendirian. u r not alone...................

Monday, June 29, 2009

agro fest sg sipot

Kan saya dah kata, anak saya suka akan haiwan ternakan. Gambar 2 ini menceritakna segalanya. heheheheheheheheh



Adam,"ayah!, adam, cuma nak amik gambar dgn cow aje.'
hello! hehehehehehehe
ala..... adam pegang sikit aje
dia baik la ayah.... nak pegang lebih sikit la

he.he.he.itu kasut adam la, bukan kasut cow.......tau.....


Boleh tak adam amik satu, bawak balik , ayah!


tak tahu la kenapa nak berposing dengan begitu ayu dengan lembu2 di belakang tuh.

adakah anak anda seperti anak saya

anak2 saya, juga anak sedara saya yang tidak tinggal di kampong memang teruja kalau dpat bermain dengan haiwan ternakan.
Bukan lah yang membawa H1N1 atau yang seangkatan denganya. Jadi peluang balik kampong di hujung minggu lepas, memang mereka enjoy habis.

Kesian kepada tetamu saya yang ikut balik, pening mereka dengan agenda kami. sebenarnya kami pun pening,hahahahahhahahahaha
sebabnya kami pun tak ada agenda, main redah aje. hehehehehhehe

ok, selepas makan pulut durian & makan tengahari di kebun. Kami pun pulang ke rumah emak saya. Di sebabkan aktiviti hanya tolong melengkarkan ular sawa atau dalam kata lain beradu.hihihiii, maka tiada lah di snap sebarang gambar.

Selepas agak petang, dalam pukul 5. Kami pun pergi lah ke rumah mertua saya, cadang hendak tido di sana. Mertua saya tinggal tidak jauh , orang kata sepelaung aje, tapi rasanya kena guna talipon la sepelaung tu. Atau peribahasa lain, tak habis rokok sebatang. Mcamna nak habis, hisap 2/3 kali padam kan, then 1/2 jam nyalakan balik. hisap 2/3 kali , padam lagi then lagi 3/4 jam nyalakan balik. so, saya rasa tidak sesuai lah. boleh sampai KL tau...... peribahasa sebatang rokok tuh.

Amaran kerajaan" Merokok membahayakan kesihatan". Hmmmm..... tidak begitu memberangsangkan kan......
Patutnya "Merokok Membawa Maut.Pastikan pasangan anda telah membeli insurance hayat sekurang2nya $1 juta. Hehehehehehehehehe

Macam tu ok tak????? Macam iklan insurance la pulak kan?kan?kan?
ok la, hentikan cerita tukang karut itu. kita ke cerita seterusnya.



Mari!mari!mari! kita tengok gambar lagi

Adam, " emak ayam! boleh tak kita orang main dengan anak2 awak".
Oh! anak -anak!!!! pastikan hanya anak ayam haiwan ye.
ok! semua orang get ready, rasa-rasanya adam berjaya mendapat approval dari ibu ayam tuh.
chip! chip! mari makan.................
asraff, "eeeiiiiii! geramnya'
aisyah, " adam kita pegi tempat lain la, tak yah share"
ye, 2 beradik ini sedang asyik dengan anak2 ayam ini.
Aisyah, " asyraff, nanti, bila kak aisyah beri signal, asyraff tangkap tau anak ayam tuh"
Adam, " alamak! tak sempat tangkap la dah lari bawah sini."
ayah dan ibu sedang sibuk mengait buah menia atau asam kundang bahasa standardnya.

malamnya kami ke taiping kerana Julia demam dan bimbang adam terkena asthma sebab dah kejar ayam tadi. Ayam2 itu juga mesti lega banyak , sebab mereka boleh hdiup dengan tenang. hehehehehehe
Kalau tak, mereka kena simpan tenaga untukmenyelamatkan diri dari geng2 Klang valley nih. heheheheheeheh

musim durian tiba lagi

Pernah tak dengar orang (bukan orang2 ye)
berkata, "cepatnya masa berlalu, pejam celik -pejam celik dah setahun"

Itulah yang kami sekeluarga rasa, rasa baru aje makan durian tahun lepas.Sekarang nih, dah tiba musim durian lagi.
ewah!ewah!ewah! rasa macam nak buat promo "makan lah buah-buahan tempatan pulak".ahaks....

ok la, mari tengok gambar2 kita orang di kebun durian sambil telan air liur

anak dara kecil saya tengah memantau kawasan sekeliling.
Julia,' ok ibu! tak ada nyamuk , tak ada pacat.ibu boleh datang sini sekarang.'
abang adam berposing bersama asyraff.
Jemput ... jemput makan.Jangan malu - malu. Makan tengahari dan juga makan pulut durian.
Adam,'Ibu!! adam tak suka durian..........
Cik momod kita, tak tahu la samada dia boleh makan makanan Perak. saya perasan mereka tak makan ikan sungai. Mak saya buat special ikan lawang bakar.

anak2 saya bersama dengan anak shida dan juga anak2 sedara saya. Kebun saya telah menjadi padang permainan mereka.
Mereka ni yang peliknya tak heran pun nampak durian yang bergelimpangan. Masa saya kecik2 dulu , mesti berkejar2 nak sampai kebun dulu nak berebut kutip durian yang dah gugur.

anak2 zaman transformer la, zaman kita dulu superman, pakai seluar kecik pun kat luar.
eh! apa kena mengena dengan entry nih.
ok la, cheers

Friday, June 26, 2009

ada idea tak???

selain dari menguruskan rumah okid saya, ada sesiapa boleh beri idea untuk memastikan okid saya selamat dalam masa mengubah suai rumah .

saya selalu baca, masa ubahsuai tu mesti ada pokok2 yang memilih untuk kembali ke syurga dari merana di alam fana ini.....
ewah! apa pasal emo di hari jumaat ini.

Oh! satu lagi lupa nak cakap, saya tidak pandai nak paste power point , jadi tidak la dapat menampal gambar okid serta quotes yang comel itu.

Thursday, June 25, 2009

sekarang sesiapa saja boleh memilikinya - Part 2

Ini lagi yang saya nak lepaskan. Begonia $28 bagi setiap pasu.


Ini ialah cornu cervi red, setiap POKOK berharga $25. Tidakkah ia menepati tema"sekarang sesiapa sahaja boleh memilikinya?" hehehehehehe

Ada sesiapa tahu, nama okid nih.
saje je letak, rasanya semua orang dah ada bellina pink ini.dan juga doritis ini.

sekarang anda juga boleh memilikinya

suka tak kat tema tuh?????hehehehehehehe
mcm satu tema yang kita semua boleh terbang tuh................ahaks...

Lanjutan dari kisah semalam, saya sebenarnya perlu melepaskan kebanyakan okid2 yang agak bagak, yang memang kegemaran saya. Saya juga perlu menguruskan rumah okid saya. Rumah okid sekarang terlalu gemuk, sila lihat gamabr2 semalam untuk rujukan. heheheheeheh

Mengapakah begitu?????
Ini kerna, Hb saya bercadang hendak menutup ruang di patio , jadi kesemua okid itu perlu mencari rumah baru.




farmeri, kedua gambar di atas dari clump yang sama. Begitu juga yang di bawah.Fera dan ct, sila buat pilihan anda.Phal zebrina, telah di miliki.
Cattleya intermedia, juga telah dimiliki oleh peminat okid kelaya jaya.
Phal kunstleri, belum berpunya.
cattleya orange ini telah di miliki oleh 2 tuan sofiera dan shida.

cattleya hadyaii delight. belum di miliki.

Rhy retusa dan gigantea spot, telah di miliki oleh peminat okid yang masih berada di NZ.
Pandangan sisi kanan doritinopsis .
Pandangan sisi kiri.

Untuk Kak har dan shida , silalah cari seorang lagi rakan kongsi untuk dapat harga termurah.
Dan akhir sekali, silalah tulis dgn pencil 2B apabila anda menggunakan tag ini untuk tagging okid atau apa sahaja.

masih ada byk lagi yang perlu saya keluarkan dari rumah ini. nanti lah kena amik gambar dulu.