Thursday, May 7, 2009

penawar sakit

Terima kasih kepada semua peminat saya, eh !silap peminat blog saya, kerana mendoakan agar saya cepat sembuh. Walaupun saya masih pening2 lalat dan lutut rasa macam nak tercabut , tapi saya telah merewang ke nursery.

Saya juga telah berkesempatan berjumpa dengan teman seforum, magnifera yang kecik molek orangnya.Oh! tidak lupa juga telah terserempak dengan otai okid si sepul yang curi tulang pergi berdangdut di LC dan di glenmarie bersama dengan fera dan saya. hehehehehehe

Ok, itu intro saya. Sekarang mari kita cuci mata dengan okid yang ada untuk dilihat dan juga diniagakan(sila baca ayat ini dengan satu nafas sahaja). ewah! sedap tak ayat tu tadi.

Pengumuman penting, sila tahan diri anda dari hendak tergelak, termuntah atau apa2 sahaja ter bila membaca dan melihat gambar untuk posting kali ini, Ini kerana saya sedang kemaruk membelek okid dan meng"up-date " pertumbuhan okid saya kerana sudah beberapa hari tidak berbual mesra dengan mereka.





Phal bellina, mungkin coerulea. Tapi yang ini lain sikit kerana spike nya yang panjang dan lipsnya yang berbeza.
Ini pula phal kunstleri, flowering size.Untuk di jual jika ada sesiapa yang berminat.
Phal david lim yang hidup subur di samping rhy gigantea spot.
Dendro antenatum dari taiko cheah, sejenis species ( antenatum yea, bukan cheah itu). Saya suka akan combination warna yang putih bersih bersama apple green, disamping lorekan purple yang jelas.

Dendro sutiknoi juga di beli dari cheah bukit changgang. sorry gambar tak clear, kemaruk punya pasal nak juga tepek gambar tu kat sini., hahahahahahaha...sabar je la......
Yang ini tak tahu apa, tetapi sejenis species mengikut kata tokeh di selatan perak ini. Sangat gembira kerana tidak pernah berbunga dan sekarang berbunga di tangan saya. Isshhhhh rasa macam terrornya .Sila gelak hahahahahahaha
Ini pula ialah dendro strebloceras green, khas untuk tatapan sani kerana percayalah sesungguhnya cutting yang awak ada itu akan mengeluarkan bunga tidak lama lagi. Lihat lah pokok di atas yang cinonet ini tetapi telah berbunga dan spike yang baru juga ada muncul.
close up gambar.

Ini pula phal amboinensis flava. Saya sangat menggalakkan anda semua untuk menambah koleksi anda dengan phal jenis ini. Sebab2 yang boleh dipercayai adalah seperti berikut
1. mudah dijagai
2. mudah berbunga
3. spike yang banyak
4. mampu milik.
Ini pula phal violacea coerulea atau sesetengah orang memanggilnya var blue. Juga saya recommend untuk anda memilikinya disamping ciri2 seperti di atas, ia juga sangat haruuuuummmm.
Ini ialah Phal amboinens flava, saja nak bagi u all muntah dengan susunan cerita yang tunggang langgang. kan tadi dah citer pasal amboinensis flava ini.hehehehehehe
Phal bellina sabah. Sila jangan jeles dengan keayuannya ,disamping rupa paras yang jelita ia adalah seperti wanita Melayu(asli) terakhir kerana ia juga adalah jelitawan dari kelompok phal bellina asli terakhir.
Kepada Sani dan Shida, akak telah berjaya memiliki semula okid ini walaupun begitu lama mencarinya. Phal thalebanii x Phal amboinensis. Tercacat kerana di makan apa tah. Mungkin saya biarkan di bawah cahaya yang terang di waktu malam, jadi ia telah menarik serangga untuk memakan kelopaknya yang nampak macam sedap aje kot......Untuk pengetahuan anda, petalnya seperti berkilat.
cymbidium finlay, yang ini warga baru di bukit jelutong. Bunganya agak kecil kerana ia dari kebun mak saya, jadi mungkin tak cukup nutrient kot.
Dendro inoglossum atau nindii (sila betulkan jika salah), telah mula kembang. Nasib baik saya beli, warnanya sangat lembut . Nampak sejuk aje mata memandang.
yang ini pula , cymbidium finlay yang memang sudah beberapa tahun menetap di rumah saya. Tidak henti2 berbunga.
Phal violacea sumatrana, seperti biasa saya suka warna pinknya yang terang serta baunya yang harum.
Cattleya violacea secret love kepunyaan kejariah. Sila jangan jeles, melihat keayuannya dan
clumpnya yang besar.

Ini pula giant oncidium, sebenarnya saya tidak tahu nama sebenar oncidium ini tetapi sangat lah besar dengan spikenya yang panjang............ itu
Ini clumpnya, boleh dipecah dua lah sudah...............
Ada sesiapa berminat harga $45. Kalau yang jauh tuh, kena potong la spikenya yang panjang itu, kalau tidak jenuh la abang posman nak bawa kotak ajaib yang panjang ini.


Ini lah rupa paras oncidium itu, bunganya pun besar.
Ini apa la pulak.la tak habis lagi.
Eh!!! jangan muntah lagi..... Ini ialah kayu rambutan yang saya beli untuk ikat okid.
yang kecil ini $3

dan yang besar ini $4.Yang ini phal bellina yang telah siap di ikat dan di gantung.


ok...ok...ok... dah...dah...dah... habis dah......
sekarang boleh muntah
uwekkkkk.......

8 comments:

  1. phal. amboi.flava tu mmg saya setuju dgn k.sarah. spike byk, rajin berbunga. dr mula beli sampai skang bunga x putus..

    ReplyDelete
  2. akak..bestnyaaa...mg pening sbb banyak yg tgh bbunga!...sonoknyaaaaaa....

    ReplyDelete
  3. boleh dak saya muntah sambil gelak ni hehhehhe.....cantiklah dendro strebloceras green dan phal flava tu hehehhe

    ReplyDelete
  4. Hai sejak sakit2 ni dah jadi penulis skrip pulak. Artisnya comel2. berkenanlah dengan phal amboinensis flava tu. Bila nak ke nurseri lagi. Rasa macam nak ikut

    ReplyDelete
  5. Kak, phal thalabanii tu cantik sebab dia berkilat. Bunganya sejak akak belikan sampai sekarang belum putus lagi...

    ReplyDelete
  6. salam kak,
    saya nak tanya akak guna simbol tu not dollar ke Rm?compius jap.sori kak,1st time join blog akak.

    ReplyDelete
  7. miza,
    terima kasih satu lagi testimonial dari pencinta okid.

    ct,
    kesian awak,pening sorang2 kat sana. Meh! la balik ke sini. Boleh kita pegi nursery sama2 heheheheheheh.

    sani,
    boleh aje. strebloceras tu harris tak ada tau..... mesti dia jeles dgn awak....
    awak juga boleh jeles dgn dia sebab awak tak ada yg soft pink tu. hihihihihi

    Kak ani,

    week end dah penuh, kita pegi masa week days ok. akak call yea.

    shida,

    seronok kan tgk bunganya.


    Aidy-Shahril,
    Selamat datang ke blog akak. Dengar tak bunyi kompang tuh, hah, itu mengalu2kan kedatangan awak ke blog akak.

    Walaupun bendera kita hampir sama tetapi itu sign utk RM bukan USD yea. hehehehehehehe
    Tapi, kalau awak nak bayar dalam USD, sangat lah di alu2kan.

    ReplyDelete
  8. Kakk!

    Ada stock phal lagi kerrrrrrrrrrr?

    ReplyDelete