Sunday, May 10, 2009

hari ibu bersama teman se forum

Hari ibu, tahun ini seperti tahun2 yang sebelumnya. Saya tidak menyambutnya, tetapi anak2 suka hendak membeli kan saya present. Tapi, tak sampai hati nak cakap nak hadiah apa, sebab duit tu mereka kumpul dan rasa bersalah pulak nak terima.Mereka kata nak beli roses, saya kata beli okid aje untuk ibu. So, masa dia orang tidur, petang tu kita orang pegi nursery. hehehehehe

Kak Har ada sms nak ajak pegi Hew pukul 10am, tapi disebabkan dah plan dgn anak2 hendak pegi breakfast di Gombak dan juga nak pegi Pasar tani. So, maaf ye kak har. Week day, this week kalau petang boleh saya bawa pegi sana. week end saya sibuk sebab rombongan che kiah dari utara akan datang. Mereka datang 2 kereta, so saya sibuk sangat.Unless, mereka tukar plan.

Tengahari kak ani datang nak pick up orchid yang dia order dulu, so cakap la saya nak pergi serdang dan ajak kak ani sekali. Kami pergi kereta berasingan, tapi kak ani sampai dulu!!! Bersemangat sungguh, setelah berpuasa lama tuh.hehehehehehehehe


Saya memang lama telah mengidam pokok tiger yang berbunga nih, yang saya ada semuanya belum berbunga. Maka, inilah hadiah dari suami saya untuk hari ibu.Harga $60 untuk clump besar gini, dia kata sepatutnya $80. Jenuh memujuk , cakap
Saya, "aunty, kurang lah sikit"
Aunty," aiya, awak tanya nursery lain , musti dia olang jual $100 ke atas woo..."
Memang betul saya pernah tengok satu nursery jual $120.
Saya, "Ala......aunty, hari ini hari ibu, kasi la murah sebagai present"
Aunty," Aiya... jalan2........"
dan aunty itu mengambil pokok itu untuk saya. Horrayyy!!!!!!!!!!!!!
Dan, jangan mare yea, aunty tu siap beri cutting rose pink lagi, saya minta la .
apa lagi, and saya minta utk kak ani jugak. bestnya.......


Ini bunganya.

Vanda pinctawit spot, harga $35 tak kurang. walaupun dah jenuh memujuk aunty tu agar kurangkan untuk hari ibu. tetapi tidaklah berjaya. Disebabkan bimbang teringat2 maka saya rembat la jugak,sebab tinggal satu jek.Selalunya gitu tau, mimpi indah kita bukannya pergi vacation ke , atau terima barang kemas ke sebagai hadiah; tetapi mimpi terjumpa ratusan okid hidup subur di kebun bonda atau kebun sendiri dan juga terima okid idaman adalah mimpi ynag paling indah. tak caya??? tanya lah orang yang gila okid.hihihihihi
Mood aunty itu jugak baik, masa kak ani nak beli anosmum purple dia nak beri yang ada 2/3 cane jek. saya mintakan yang ada bunga dan byk cane, dia beri dgn harga $20 , bertuah kak ani pada hari ibu. hahahahahaha


Ini pula ialah bunga phal speciosa kepunyaan shah.
Malangnya daunya kena" sunscotch" (sila betulkan spelling saya cikgu, ramai tau cikgu yang minat okid hihihihihi)
Ini lah rupa keadaan fizikal phal speciosa yang cacat itu.tak tahu lah boleh survive ke?Maka memecut la saya menuju ke nursery untuk berbarter trade. Dia kata salah saya. Maka terpaksa lah saya berbarter trade pokok di atas dgn beberapa keping notes merah dan biru.So, Yang di atas inilah kepunyaan shah yang baru.
Ini pula phal amboinensis x phal thalebani , kepunyaan rozie.

Bunganya yang tersangat comel. Rozie,sebenarnya dia tak nak jual sebab dah masuk kawasan larangan iaitu untuk buat seedpod, tapi akak kata customer saya kepingin sangat. Kat tag dia tulis $50 tapi bukan lah harga tuh. hihihihihihihi

Ok la, kepada para ibu di luar sana. Selamat hari ibu , ingatlah hari ibu bukan satu hari sahaja tetapi hari2, maka berilah hadiah kepada ibu anda setiap hari, hatta satu panggilan sahaja untuk berkata saya sayang ibu, atau pelukan di pagi hari untuk ibu anda.

cheers

No comments:

Post a Comment