Friday, May 29, 2009

adakah aisyah akan mengikut jejak saya




Maaf la jika ada yang tertungu-tunggu up-date dari blog saya yea. Untuk ct, yang jauh di perantauan(ewah!! mcm nak buat ucapan raya pulak hehehehehe), akak akan cuba update setiap hari kalau ada masa berkali2 sehari. ahaks......

Hari Khamis baru2 nih, saya dengan di temani oleh aisyah telah berdangdut di nursery. Semasa dalam kereta menuju ke nursery itu tiba2 aisyah berkata.

Aisyah, 'ibu, boleh tak aisyah nak beli okid'.
Saya, 'memang lah kita nak pegi beli okid'.
Aisyah,' Tak............ maksud aisyah, beli okid untuk aisyah'.
Saya, ' Oh! boleh'.
Saya sebenarnya tak berapa yakin dia hendak membeli okid untuk dirinya sendiri, sebab selalunya dia tak keluar pun dari kereta semasa saya sibuk bershopping okid. atau, kalau saya tanya sesiapa yang hendak ikut saya ke nursery. Jawapan aisyah , selalunya volunteer tak nak pergi. hihihihi

Ok, lah sesampaai aje di nursery tuh. Terkejut saya, aisyah begitu bersemangat hendak membeli belah. Dia nak bunga yang besar, saya kata vanda lah. Tetapi di sebabkan tiada yang dia berkenan sangat. maka kami end up dengan bunga2 seperti di bawah ini.

Mula2 nak beli yang ini, tapi sebab pokok tak cantik and tak ada bau tak jadi beli.
Yang ini, aisyah kata terang sangat.
Yang murah ni, dia tak pandang pun. ishhhhh.........
Ini pula dendro waselli, byk stock tapi saya tak beli sebab dah beli masa berdangdut dengan henry.
Ini pula dendro pierardii, kerabat aphyllum. masih anak dara. kat bawah ni bunganya seperti dalam buku tokeh.
sebab nampak cantik , rembat jugak satu.
Phal hybrid $20

Phal hybrid katanya ada darah amboinensis. tak tahu lah betul ke tidak, kena tengok bunga dulu.Juga phal hybrid.


yang ini next visit, berbau wangi harga $35.
Both , Aisyah dan saya suka jugak yang ini. sepakat nak beli next month.
Yang ini pun comel. jugak next visit.Berpuasa lah , macam ni nak simpan duit untuk beli okid. hahahahahagambar yang sama
Aisyah telah memaksa saya membeli yang ini , memang tersangat comel. Harga pun agak comel.
tak ingat la nama okid nih and bila masa tersnap.

ini pula yang sedang kembang di rumah. Dtps Pulcherrima "alba" x P chingruey's Beauty. Masa beli dulu cuma ada spike aje, setelah 3 bulan baru kembang. happy la.
close up bunga.

ok la, kalau rajin saya akan up date gambar lagi.

cheers

1 comment: