Wednesday, April 1, 2009

Peristiwa hari ini dalam sejarah

Peringatan:Ini ialah entry yang sangat panjang, sila siapkan minuman dan bekalan makanan disisi.Ini kerana ia akan mengambil masa untuk breakfast, lunch atau dinner anda.heheheheheeh


Peristiwa ini sungguh memalukan! Ingat tak saya pergi bershopping okid, yea! Terjadi satu peristiwa hari ini dalam sejarah.
Setelah seronok memilih orchid yang saya minati, orchid yang dikirim kawan serta orchid yang saya rasa kawan2 saya suka, maka sayapun selesailah upacara membeli belah dan jangan lupa okid itu perlu di bayar.
Saya menyeluk saku, kerana saya baru masukkan wang sebelum saya keluar tadi. Eh! $45 je, rasanya saya masukkan banyak nota2 cinta tadi. Tak pe, saya buka purse.Ya Allah!Purse saya kosong, belek handbag. MasyaAllah, saya terbawa hangbag lain. Saya rasa muka saya dah merah padam, peluh jantan betina dah memercik di dahi.Mcmana nih, saya tanya terima credit card tak, dia tak terima, then minta mereka tunjukkan the nearest ATM. La, saya tidak biasa pulak jalan ke situ, sebab nya saya pergi ke kawasan itu hanya untuk membeli okid.
Maka saya talipon suami saya, mcmana nak pegi ATM tuh, suami saya kata tidak berapa jauh tapi kawasan tu memang jam and dia tak rasa saya selamat ke sana. Dia cadangkan saya tanya mereka samada mereka percaya pada saya . Jika percaya minta nombor account dan transfer duit kepada mereka.
Mereka kata boleh, then mereka kata"Haiya Tina!Kita olang percaya sama U, next week atau bila u datang u bayar la.
Hah!Banyak la, awak buat biz, nanti kalau saya hutang akan kacau biz awak. Lagipun memang saya tidak suka hutang.
Tak Apa!tak apa!Aiya......Kita percaya, kita percaya.nanti2 u datang bayar la.Haiya! Mereka adik beradik menepuk2 bahu saya.Mari bawa keta, kami masuk susun bunga.Setelah selesai saya pun memandu pulang.
Begitulah citernya, moral of the story " anda memang boleh bershopping banyak okid, tapi pergilah di nursery yang anda biasa pergi; supaya anda boleh berhutang dgn secara tidak sengaja; jika terlupa membawa duit".Hehehehehe bolehkah di ambil nilai murni(baru belajar dari anak2 perkataan ini) dari citer di atas.
Sebenarnya , jangan suka bertukar2 handbag(di mana ia merupakan salah satu kegemaran wanita), gunakanlah satu handbag sahaja ; disamping anda tidak tersilap anda juga boleh berjimat kerana tidak perlu berhabis duit beli handbag dan duit tersebut boleh di gunakan untuk membeli okid. Heehehehehehe

Gambar2 di bawah ialah yang tidak dimasukkan ke dalam blog semalam. Ada yang telah di miliki.
dendro strebloceras X liho. Bunganya sangat cantik dan ia ada tanduk yang kerinting.
Dendrobium stratiotes -sejenis species. Yang ini saya beli tidak berbunga, menurut kata tokeh itu ia berwarna mcm pink + purple. So saya google lah dan memang cantik bunganya.
aerides - white base blue lip
Dendrobium King Dragon

Dendrobium Alice noda x Ckai minnie. Ia telah berpunya , bunganya yang rapat2, nampak begitu meriah dan berwarna perang kecoklatan memang nampak "sweet" jek.
Discolour Bandaray Ipoh
Dendrobium goudii - warna yang sungguh lembut dan sejuk mata memandang.
Dendrobium anttenatum lasienthera - ia juga merupakan favourite saya. Bunganya berwarna putih +kuning kehijauan. tanduknya yang panjang dan kerinting memang sungguh menarik.
Phalaenopsis fascata
Dendro alba . Menurut kata tokeh tu, ia sangat jarang di temui kerana "kealbaan"nya itu. adake perkataan itu, maksudnya warna alba .So, dia kata tak nak jual tapi , saya telah memilihnya. Tapi dia jual juga kepada saya, dia cakap jangan jual mother plant , jual anak. Anakpun mesti jual dalam $15 satu cane, ini mother plant harga $50 kalau mahu jual. Saya kata saya tak nak jual, tapi untuk diri sendiri.Sebab saya memang terpesona dengan warnanya itu.So, kepada yang berminat minta maaf la yea, tiada xtra. Kalau nak book anaknya boleh, tapi kena tunggu dalam 3 bulan.
Kepada Juaina, contoh untuk menghias oncidium taiwan pink ini.Akak rasa kalau vase itu berwarna purple atau pink lebih menarik, dan diikat dengan riben kertas besar berwarna hijau. Sila dapatkan vase itu di kedai $5. iklan la pulak.hehehehehe

close-up bunganya.
Ini pula ialah dendrobium cleoptra beauty. Tersangat lah comelnya dendro ini dan hargapun memang sangat2 mampu milik berbanding kecantikannya.
Dendrobium kiyomi beauty x burana white

Ini ialah rupa paras dendrobium williamsianum a.k.a putera william. Ia sejenis species.

Epi Kyoguchi, yang sangat rajin berbunga.

Yang di bawah ini bukan dari nusery, cuma nak update doritis yang sedang berkembang di rumah.Tidak sure id sebenar doritis ini, tetapi sangat menawan petal berwarna putih kekuningan, lipnya purple and ada seperti warna coklat pekat de tepi lip itu.
Yang ini pula, combination of white, yellow and apple green.

Yang ini pula, ialah kepunyaan kak Har. Maaf yea kak har, lambat post gambar seperti yang di janjikan.

3 comments:

  1. Kak Tina....cantiklah bila letak kat dalam vase ...saya x sabar nak dapatkannya..Saya punya pokok masih flowering x.Booking satu lagi dendro.Williamsianum 1 pot...

    ReplyDelete
  2. Juaina,

    Ya,masih lagi flowering. ok reserve williamsianum utk awak satu pot.

    ReplyDelete
  3. Mereka kata boleh, then mereka kata"Haiya Tina!Kita olang percaya sama U, next week atau bila u datang u bayar la.

    Ce ace kita tafsirkan kenapa adik beradik LC tu kata begitu..

    Sebab bila akak datang lagi sekali nak bayar hutang, dah surenye akak akan membeli belah orkid lagi.. :) tak gitu? sebab tiada orang gila orkid pergi nurseri orkid tak membeli..

    ReplyDelete