Saturday, April 4, 2009

Pengetahuan Asas(Basic knowledge)

Credit to http://www.orchidexperts.com. Please refer to the said link for further info.


Ramai daripada kita termasuk saya, agak terkeliru dengan bahagian2 pada bunga okid. Saya tidak mahir untuk term tersebut, maka saya rasa lebih baik kita refer dalam term English, dan kalau kita pergi nursery pun , kebiasaanya mereka akan menggunakan term tersebut. Dan , jika tidak silap saya "sepal" juga di Bahasa Melayukan sebagai sepal.Sila betulkan jika saya tersilap( kita belajar dari kesilapan kan?kan?kan?)Kalau saya tidak salah, sepal ialah kelopak bahagian luar dan petal ialah kelopak bahagian dalam.Saya musykil jika setiap kali berbual dgn tokeh nursery atau kawan2 , perbualan saya seperti
" tokeh, awak ada tak paphio yang kelopak bahagian dalamnya(petal) warna hijau pekat dan kelopak bahagian luar(sepal) hijau muda"
ataupun
Eh! awak tahu tak kelopak bahagian luar okid(sepal) phalaenopsis itu adalah sensitif dan mudah cacat jika terkena air hujan.
wah! begitu details dan bersopan santun saya bercakap dengan tokeh nursery itu dan juga kawan2 saya.
Dan kemusykilan itu bertambah jika saya menafsirkan dari gambarajah di atas "throat" sebagai kerongkong ataupun tekak kepada okid ini. Mungkin saya orang pertama yang menyebutnya. hehehehehe

Selain daripada link di atas, anda juga boleh pergi ke link ini untuk mendapatkan maklumat tentang okid dan penjagaanya, http://www.orchidspecies.com
Adalah perlu ditekankan di sini, bahawa maklumat ini sebagai panduan sahaja, kemungkinan di tempat anda ataupun saya, maklumat tersebut adalah kurang sesuai. Oleh itu, anda semua digalakkan untuk membuat R & D sendiri, dalam bahasa yang lebih mudah di fahami "trial and error" ataupun trial by error.

Satu lagi baru saya perasan, "air root" yang selalu di sebut oleh bijak pandai okid, yang merujuk kepada akar yang terkeluar dari pot seperti akar vanda, sebenarnya ialah
aerial roots - (AYR-re-ul ROOTS) -Roots that arise above the ground, from either the stem or the base of the plant.
Sebenarnya saya ingin meletakkan gambar vanda saya yang mempunyai aerial roots yang agak luar biasa.(pada pandangan mata saya la)

Ok lah cukup untuk pelajaran hari ini.

Mari pula kita lihat, apa perkembanga terbaru anak2 naz bersama saya. Sebenarnya saya menjaga okid2 kepunyaan Nazurah Aisyah seorang novelis Malaysia yang novelnya sold out setiap kali cetakan. Sila dapatkan novelnya," Lily untuk Najah" - cerita yang meruntun perasaan dan sarat dengan kasih sayang; di kedai buku berhampiran .
Dan juga novel terbaru "Rahsia hati sofea" yang akan dijual bermula dari 17/4/09. Ewah! promo la pula, sebenarnya tadi nak citer yang dia sibuk memerah otak untuk novel ni, so that saya tolong jagakan okidnya, entah mcmana terpromo pulak. hehehehee

Ini ialah bellina pink, spikenya dah panjang dan ada 2/3 buds yang menanti masa untuk kembang.

Yang di bawajh ini pula, ialah pokoknya. Disebabkan sudah terlalu lama, say perlu tukarkan potnya. Ini pot sementara , kerana saya kehabisan pot dan perlu menunggu stok dari bukit changgang.Harap2 kejariah belikan.
Ini ialah darwinara, telah banyak akar baru muncul. akarnya agak panjang , jadi tidak boleh "enter frame".heheheheh


Adakah ini akan menjadi spike atau keiki, kita tunggulah nanti.

Orchid yang sama iaitu dendro albo, tetapi shot yang berlainan. Adakah ini menunjukkan ia telah terlalu lama tinggal di hostel. Keiki ini sudah semakin matang.

Doritis ini juga telah mengeluarkan aerial roots( ewah! saya telah meng aplikasikan apa yang di pelajari) yang agak banyak. Harap2 bila ia telah sampai ke tangan bondanya , ia akan berbunga.

Oncidium orange yang telah mula kembang.
Seedling phal corningiana, mungkin perlu ditukar baju baru (pot) setelah tiba di rumah ibunya.Phal Hiero, sila gantung bila ampai ke rumah untuk mendapatkan tumbesaran yang baik. sebenarnya ada banyak lagi, tetapi saya rasa setakat ini saja . nanti pembaca jemu pula.

Apakah yang saya beri anak2 naz makan/minum serta kesegaran mereka sepanjang di hostel Bukit Jelutong?
Disebabkan bonda mereka ada mengirim wang untuk perbelanjaan mereka, maka, makanan dan minuman mereka serta shampoo serta foam mandian mereka ada lah antara yang terbaik.
Antara makanan mereka ialah Juice 101, cereal organic, sushi dan juga supplement yang diimport dari taiwan. Untuk mandian mereka ialah foam betex dan wangian serai wangi.

stop dulu yea.

2 comments:

  1. Anak-anak Dinda ke tu Kanda?

    Nanti Dinda titipkan lagi uwang belanjanya ya :)

    ReplyDelete
  2. Naz,

    Yea, itu anak2 dinda, ada lagi. Kanda kena cari di mana mereka merayap. hehehehehe

    eh! akak ada citer menarik tentang satu brand utk fertilizer and racun okid. nanti YM yea , boleh bergossip.

    ReplyDelete