Sekarang ini saya membeli okid mengikut pelaburan yang saya rasa saya mampu dari segi perasaan dan kewangan.
Mula2 terjebak dengan okid , saya sentiasa membuat pelaburan jangka pendek. Maksudnya, beli dah ada bunga, so enjoy tengok bunga tuh. Masa tu tak sabar nak tengok bunga.Contohnya seperti di bawah ini
mimi palmer ini harga $30
mimi palmer yang ini $45, mahal sikit sebab tokeh dah pilih untuk di""clonekan kerana warna dan kelopak bunga yang menyerlah.Kalau bukan pilihan tokeh harganya sama seperti yang di atas.
Tapi dengar citernya tokeh dah turunkan harga kepada $27, kalau tak silap.
Yang ini pula dendro biasa, harga $10 jek.
Bunga yang cantik begini dengan harga $17, saya rasa berbaloi beli untuk jangka pendek.
Yang ini pula mak saya punya, harga selepas proses tawar menawar yang sangat panjang , maka dapatlah $28. Mak saya tersenyum lebar , sebab tersangat gembira.
Kemudian , saya memikirkan saya suka butterfly orchid/phalaenopsis hybrid. Ini kerana bunganya yang besar dan warna yang menarik. Tetapi harganya yang mahal, selalunya $30 ke atas untuk baka dan bunga yang cantik.Maka, saya rasa lebih baik saya mencuba yang jangka sederhana (4-8 bulan) seperti di bawah ini, setiap satu berharga $10 kecuali yang spiking, $15.
Saya beli 10 pots , sebab sukar untuk mendapatkan yang sebegini.
Yang di bawah ini pula, mother plant berharga $80.Jadi saya beli anaknya yang berharga $18.00
Bila minta saya semakin bertambah mendalam terhadap okid yang tidak mampu milik ataupun saya ingin memiliki dalam kuantiti yang banyak, saya beralih kepada seedling. Seedling adalah satu pelaburan jangka masa panjang.
Cornu cervi red ini berharga $30 untuk yang baru di pindahkan sebulan ke dalam pot yang 2" dan harga akan bertambah mengikut usia seedling tersebut.
Yang ini pula salu spot x huarjin diamond, untuk 2 pot ini saya mendapat harga $8.Satu pot $5.00
tak ingat harga , rasanya dalam $7, sebab ada cross dgn phal philippinensis dan mempunyai bunga berwarna putih bersih dan besar.
$10 untuk 3 pots
Saya berminat untuk menampal phal bellina ini di pokok mangga di halaman rumah untuk mendapatkan haruman nya yang semerbak itu. Yang di atas ini $10 utk 5 pots.
Vanda pachara delight $5, flowering size berharga $65. Saya beli 3 pots, dan harap2 semua hidup.
Yang ini pula tiada kena mengena dgn entry di atas, saya ada terlebih satu dendro williamsianom. tak ingat siapa yang kirim ataupun memang terbeli lebih. Kalau ada sesiapa nak, beritahu lah saya yea.
Yang ini pula, gatton sunray kak har.
No comments:
Post a Comment