Thursday, April 16, 2009

Lain di mulut lain di hati

Cantik tak tittle saya hari ini. Macam belia aje, hehehehehe

Hari ini saya keluar untuk membeli stand untuk orchid saya. Yea lah, sudah lama sangat saya tidak mengemas laman rumah , orang tua kata "kalau harimau menyorok pun tak nampak" ( ewah! pasal apa saya berperibahasa pulak nih. heheheh).

Kesibukan kerana ketiadaan maid memaksa saya menutup mata akan semak samun di halaman rumah. (alasan.....) . Sekarang nih, setelah ada maid , legalah sikit.
Ok, berbalik kepada mencari stand untuk pasu bunga tadi. Saya terpaksa mencari di area yang ada nursery la kan.....( alasan lagi........hehehehe)

Masa lalu di nursery yang jual stand tu, saya terlepas la pulak.( memang tak munasarawak alasan ini). Kereta saya terus meluncur ke arah nursery okid.Sebenarnya saya dah lama tak pergi nursery tuh, selepas ambil selekoh ke arah nursery okid tadi, tiba2 keluar papantanda " lencongan", disebabkan saya tidak tahu ia akan membawa saya ke jalan yang benar atau tidak, maka saya terpaksa u - turn.

Tapi, otak saya sudah memikirkan nursery okid mana yang terdekat. Maka inilah hasilnya,

Tak tahu apa id cattleya ini.Tapi bunganya memang cantik dan meriah.Oleh itu, untuk peminat okid budiman, saya telah khaskan cutting .

Yang ini berharga $10.Yang tengah sudah di rembat peminat okid kelana jaya.

Yang ini pula $15.


Adakah ini sutiknoii, tak tahu la pulak sebab tokeh tak tahu idnya. Harganya macam melambangkan sutiknoii.Hanya ini sepasu jek, saya pun sambar la jugak. Maaf yea kawan2 tak de lagi dah. tokeh kata dia pun cuma dapat 3 pasu ,yang dua lagi telah dijual dgn harga yang lagi mahal. Kalau sesiapa nak cutting atau keikinya nanti, sila beritahu yea. Tapi saya tidak tahu bila, mgkn 4/5 bulan lagi.


Setelah selesai, saya pun memandu pulang . Di pertengahan jalan, saya terfikir sudah lama saya tidak mengunjungi uncle di nursery nih. Maka, saya melencung lah ke nursery uncle tadi. Wah! uncle sangat suka sebab sudah berapa bulan, saya tidak menziarahinya. Tetapi , nursery uncle tak banyak bunga, so saya saja tengok2. Tiba2 terpandang pada phal cornu cervi alba, di sebabkan sayanya phal nih dah nazak terkena penyakit daun kuning, maka saya bercadang hendak membeli baru sebagai persediaan.Di sebabkan uncle sangat gembira dengan kunjungan saya, dia telah kurangkan harga dgn sungguh berpatutan.( Moral of the story, kunjungi lah selalu uncle/auntie nursery anda untuk mendapatkan discount hehehehe) Saya pun rembat 2 pots kerana terfikir kalau2 ada rakan yang teringin. Betul tekaan saya, satu pot telah di rembat oleh peminat okid dari utara.




Yang ini pula, saya akan ada 2 cutting untuk di jual . Setiap satu berharga $25, tinggal satu aje kerana satu telah di beli oleh peminat dari kelana jaya.

Itu lah citer saya hari ini. Kalau anda semua perasan, dimanakah cerita hendak membeli stand okid tadi. Hilangkan, begitulah kalau sudah fanatik okid , lain di mulut lain di hati, semestinya yang lain di beli . Okid........

2 comments:

  1. Saya berkenan dgn phal cc alba....kalau harga dlm budget sy, nak jugak 1.

    Cutting catt tu sy nak yg RM15 punya gambar yg tgh..nmpk besar clump dia.

    ReplyDelete
  2. shida,

    semua dah reserve untuk awak.

    ReplyDelete