Sunday, April 12, 2009

idaman hati

Minggu ini saya mengalami kemalangan kecil di mana ia menyeababkan jari saya terpaksa di jahit 5 jahitan dan menyebabkan saya terpaksa menunda kelas menghias kek. Saya juga tidak boleh memasak, maka ; suami saya telah membantu saya di dapur.

Maid saya juga telah di tunda kedatangannya daripada Jumaat ke Sabtu, jadi tidak banayk aktiviti yang saya buat. Bagaimanapun saya berjaya (ewah! ) memujuk suami membawa saya ke Nursery di Serdang kerana saya ingin sangat memiliki dendro di bawah ini. Dendro ini dari Thailand, sejak tahun lepas semasa saya pergi bersama shida dan kak hanim , saya teringin sangat memilikinya. Tetapi pada masa itu auntie hendak jual pada harga $60-$80, dan saya tidak mampu. Tetapi hari ini, beliau telh bermurah hati menjual cutting kepada saya, walaupun pada mulanya dia enggan. Walaupun mahal sikit, saya rasa sangat berbaloi.
Dendro ini di tanam secara liar, maksudnya di tampal di pokok dan nampak se akan semulajadi orkid liar.
Mariposa alba ini juga telah saya miliki, seperti yang di katakan oleh kawan se orkid, kalau dah berkenan selagi tidak memilikinya, selagi itu tidak senang hati.
Di bawah ini pula gatton sunray, sedang mekar.
close up bunga.
Yang ini pula, Phal Bellina kepunyaan Naz. Mereka sangat sabar menunggu bonda mereka datang menjemput mereka next week end. Harap2 mereka masih berbunga.
Tak tahu kenapa mood auntie ini baik sangat, cutting farmeri ini selalunya di jual pada $25 tetapi hari ini dia jual kepada saya pada harga $15 setiap satu. Sebenarnya saya telah ada, tetapi saya sengaja beli kalau ada kawan2 yang belum ada hendak memilikinya. Sesiapa yang ingin memilikinya sila beritahu saya yea, bergantung kepada siapa cepat yea. Terhad kepada 3 orang sahaja, kerana saya cuma membeli 3 sahaja. Saya telah google gambarnya , sesiapa yang ingin melihat gambar tersebut, sila pergi ke link ini.
http://www.kamaorchidspecies.com/images/Dendrobium%20farmeri.jpg

Yang ini pula cutting mimi palmer, berwarna coklat terang, sangat cantik. Di jual pada harga $10. Siapa mahu, sila beritahu yea.

2 comments:

  1. Mesti mood auntie tu baik masa akak dtg tu.Akak nak gi Mambau bila, rasa mcm nak ikut laa....

    ReplyDelete
  2. akak ni,ewah! ada orang beri upah $100 utk jaga orchid dia. tapi kalau nak pegi mabau cukup utk duit minyak and tol je kot.
    Nanti try pujuk HB, next saturday , kalau ok yea

    ReplyDelete